Wednesday, 28 December 2011

Aku lebih rela menjadi Fatimah







Bibirmu terkunci,
Senyummu terpaksa,
Demi maruah suami,
Kau diamkan segala.

Tangismu hiba di malam gelita,
Batinmu mengadu pada Yang Esa.
Kau tak mahu mengaibkan sesiapa,
Agar orang melihat tiada apa-apa.

Meskipun rahsiamu kemas tersimpan,
Allah tak rela kau menangis sendirian,
Kisah keluarga Nabi, Allah dedahkan,
Sebagai tauladan sepanjang zaman.

Konflik para isteri Nabi menjelaskan,
Betapa perit mengurus kecemburuan,
Walaupun oleh wanita paling beriman,
Apatah lagi dirimu wanita akhir zaman.

Terima-kasih buatmu Nabi,
Atas kebaikan cara, kemuliaan tujuan,
Atas kelembutan dan keadilan,
Wujudkah lelaki kini sebaik Nabi?

Aku belajar dari kepahitan mereka,
Bukan memilih kepahitan untuk belajar,
Terima-kasih Tuhanku tidak memaksa,
Menjaga agamaku daripada tercalar.

Pernikahan bukan medan percaturan,
Poligami bukan cuba-cubaan,
Tanpa keperluan ia bukan pilihan,
Hanya rukhsah ketika tiada jalan.

Syarat ta’liqku kukuh terpateri,
Kerana tiada lelaki sebaik Nabi,
Dan aku tak akan sebaik Aisyah,
Aku lebih rela menjadi Fatimah.


luahan diri yang akan ku perbaiki...^^

Semoga Allah Redha

Sunday, 18 December 2011

Teladan berikutan kisah kamal at-tartuk (bapa kemusnahan Islam di Turki)

Teladan daripada kisah Kamal At-Tartuk:


1.Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.


2.Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).


3.Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.


4.Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”


5.Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6.Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7.Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8.Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9.Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Semoga Allah Redha

Sunday, 27 November 2011

smething.

Bismillahirrahmanirrahiiim.

                                           
                                           http://www.youtube.com/watch?v=LYwlslJfzCM
Semoga Allah Redha

Saturday, 5 November 2011

Setiap Pengorbanan pasti ada ganjaran!

Pengorbanan itu pahit
Pengorbanan itu menyeksakan
Pengorbanan adalah satu kerja yang tak mendatangkan faedah!silly!
Acapkali saya terdengar kata-kata orang tentang pengorbanan. Hmmm..termenungku sendirian memikirkan jawabannya. Adakah ia menyeksakan?adakah ianya pahit?adakah ia kerja bodoh?

Jawapan untuk segala persoalan di atas ialah....ya,definetely!

kemudian, saya berfikir lagi,,,betul ke pengorbanan tak mendatangkan faedah???jawapannya,,,tak.
dan saya kembali tersenyum, Allah kan Maha Adil...yes!i got it!

kalaulah tiada pengorbanan yang dilakukan di dunia ni,
mana akan tersohor Islam sehingga sekarang?
mana akan kita lahir di bumi ini?
mana akan sampai ilmu kpd kita?
mana akan kita kecapi kemewahan?
IMPOSSIBLE!
jom...kita fikirkan,kenapa kalau kita rasakan pengorbanan ni pahit sepahit hempedu,
siapa yang boleh lawan pengorbanan Rasul kita Muhammad?

rela dicerca dan dikutuk sang musyrik
demi terbela umatnya kelak
berdakwah tanpa penat lelah
hinggakan Allah menyanjungnya
namanya bersanding dengan Tuhan Semesta Alam


tetap tersenyum ceria
tanpa rasa putus asa
dan dia tahu erti pengorbanan
yang pengakhirannya pasti kemanaisan...

Adakah lagi manusia sepertimu?terima kasih rasulullah...Semoga Allah merahmatimu..

Dan kita lupa akan pengorbanan seorang wanita yang amat cekal,,yang kita rapat sekali. Dialah Ibu kita!
kalaulah, ibu tidak melakukan pengorbanan, kita tidak akan bisa melihat dunia, bahkan lahir ke bumi ini..

Pengorbananmu amat ku sanjungi
membelai dan menjagaku sejak belum ku dilahirkan
memahami karenah anakmu
walau dirimu dilanda derita


sungguh kau sungguh tabah
menjagaku dalm kandungan 9 bln lamanya
kau mahu aku lahir walau nyamu dipertarungkan
ternyata kaulah bidadari manusia..


duhai kawan, adakah kita lupa...mereka semua berkorban kerana mereka tahu adanya kemanisan, juga saya suka tertarik sangat dengan pengorbanan sang mentari,walau manusia ramai mengutuknya,dia tetap menyinarkan cahayanya sehingga waktu,kerana dia tahu manusia memerlukannya,amat memerlukannya...


kerana itu saya banyak belajar dari sang mentari
siangnya memancarkan tenaga
malamnya memberikan cahaya nan indah
sehinggakan dia adalah punca tenaga alam
tanpanya dunia akan malap
malah kiamat akan tiba
lantaran itu jadilah sepertinya
matahari tetap matahari
matahariku!!!!

Kepada teman-temanku,
jangan takut melakukan pengorbanan
ingatlah bahawasanya janji Allah benar
dan setiap pengorbanan pasti ada ganjaran...
lakukanlah pengorbanan!!!


Semoga Allah Redha

Friday, 4 November 2011

Apa bukti Allah ada?

"apa bukti Allah ada?"

soalan itu ditujukan kepadaku oleh ustazah. Aku terpana tak tahu jawapan.

"nanti kamu cari yer jawapn itu."

aku dah lama fikirkan jawapan untuk persoalan itu. tapi, susah tak dapat cari jawapannnya. Tadi, kat rumah tengah belek2 buku lama terjumpa segala permasalahannya. Alhamdulillah...


Bukti naqli kewujudan Allah


Allah ada berfirman yang berbunyi:

Berkata Rasul2 mereka : "Apakah ada keraguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi?"(surah Ibrahim: 10)
Ayat ini mengandungi makna mengingkari golongan yang menafikan kewujudan Allah dalam bentuk persoalan, yang membawa maksud penetapan akan kewujudan Allah.

Allah berfirman lagi:
Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Allah...(Al-A-raf: 54)
Rasulullah bersabda:
Maksudnya: " Sesungguhnya Allah menciptakan seluruh pencipta( dari kalangan makhluk) dan ciptaannya"(hadis riwayat Al- Hakim) 
 Dalil Aqli tentang kewujudan-Nya


Seseorang yang melihat kewujudan dirinya, pasti akan merasakan bahawasanya, dirinya tidak wujud dengan dirinya sendiri, kerana sebelum kelahirannya, dia tidak pernah wujud di muka bumi ini.

Jadi, seseorang yang merasakan bahawasanya dirinya wujud daripada tiada, pasti akan merasai hakikat bahawanya dia tidak akan wujud dengan sendirinya, kerana dirinya bahkan seluruh alama ini tersusun rapi. Sesuatu yang tersusun rapi dan sistematik, pasti disusun Yang Maha Menyusun lagi Maha Menciptakan seluruh kewujudan.

Maka ketika itu, terbitlah dari sudut pandangan akal bahawa ada Tuhan di sebalik kewujudan alam ini, yang menciptakan seluruh alam ini dan mentadbirkannya. TUHAN ITU ADALAH ALLAH.

Sebahagian ulama' mutakallim menggunakan kaedah logik seperti berikut:

  1. Alam ini ada permulaan, maka setiap yang ada permulaan pasti ada yang menciptakan
  2. Alam ini ada yang menciptakan, yang menciptakan alam ini adalah Tuhan (Allah)

 
       

Semoga Allah Redha

Pengorbananmu membuktikan cinta pada-Nya



Masih ku ingat kisah pengorbanan Hajar
Menyusuri padang kontang
Saat mentari memancarkan diri
Anakanda Ismail dikendong di sisi
Kerana patuh suruhan Ilahi
Ismail juga sepertimu
Rela menjadi sembelihan ayahanda tercinta
langsung tak gentar ketajaman pisau
Asalkan perintah Allah terlaksana 
Lantas sang iblis datang mengahalang
Namun kau tetap dengan pendirian
Orang ramai menjadi saksi
Keteguhan imanmu
Kambing menjadi gantian Tuhanmu
Kerana Dia masih menyayangimu

Adakah lagi wanita sehebat Sumayyah
Pengorbananmu persis sang mujahid
Hakikatnya dirimu adalah wanita
Relakan diseksa Al-Mughirah
Abu Jahal adalah pelopornya
Padang pasir dan fatamorgana menyaksikan
Bukti sucinya cintamu
Serta keberanian seorang wanita
Demi tertegaknya agama Muhammad
Darahmu harum sehingga kini
Walau dirimu hancur dek keganasan mereka
Gelaran ummu syuhada' berkekalan

Kita bukan seorang Bilal bin Rabah
Mangsa seksaan Umaiyah tanpa belas
Meskipun diseksa beribu
Agama Allah terpatri di kalbu
Bibirmu basah mengucapkan 'Ahad'
Keutuhan imanmu menjadi tauladan
Hinggakan lunak suaramu diiktiraf-Nya
Bergema arasy pabila mendengarnya
Lantaran itu kau punyai suara terbaik
Kerana keikhlasan merajai segala
Syurga buatmu janji Ilahi
Walau harta dan rupa tidak kau miliki

Aku rindukan Rasul kita Muhammad
Sungguh, kaulah manusia terbaik
Siapa yang boleh menjadi gantianmu?
Pengorbananmu terlalu tinggi
Kau cekal berdiri
Di atas bumi ini
Berkorban demi tertegak agama suci
Walau peritnya tindasan musyrikin
Serta kekejaman yang mereka lakukan
Kau tetap di atas kesabaran
Tersenyum ceria mempamer gigi
Memperjuangkan agama-Nya tanpa henti

Kalimah terakhir di bibirmu
Menjadi bukti
Kecintaanmu terhadap kami
Namun berapa ramai umatmu
Yang masih mengingatimu?
Ramainya yang melupakan kisah pengornbananmu
Malah menghinamu membabi buta
Bahkan sehingga kini
Kekejian masih difitnahkan kepadamu
Padahal hanya kau satu-satunya manusia
Yang namanya bersanding dengan Tuhan Semesta Alam

Rasulku,
Kelak pabila ufuk pengetahuan sudah sempurna
Menyingkap kesombongan peradaban maya
Saat itu
Tiap mata akan terbeliak
Tentang kesempurnaan dirimu
Hidupmu disalah fahami
Orang yang buta hatinya

Pengorbanan kita tidak sehebat mereka
Namun berjuanglah
Walau sekecil zarah
Moga diterima oleh-Nya
Berjuanglah wahai para mujahidin!


Semoga Allah Redha

Thursday, 3 November 2011

Would you marry you?

aha, weird??or funny?haha...i found this,interesting thing!
Now ask yourself, "would I marry me?''. What should you answer?"maybe, no, exactly no, I hate myself, I'm not perfect" Hmm..let me answer this interesting question.

I began pondering. This method is excellent. Hmm..Would I marry me? suprisingly, I found my honest self saying, "Maybe." instead of,"definetely". or "of course!" So, I then asked myself what things I should do to help me to change my answer from a maybe to a definite yes?

This method is so great that I decided to use the same line of questioning on myself for other things, too like;
Would I befriend me?
would I trust me?
would I love me?
would I boss me?
would I student me?
would I daughter me?
okay, I know the last three sound a little bit weird, but I think you know what I mean, right?

I was quite amused by the answers I gave to each my questions. The results confirmed that I'm only human!with many weakness n I could definetely benefit from some behavioral changes.
do'a+changes+tawakkal=excellent
do a transformation from now!!!good luck!

Semoga Allah Redha

Saturday, 15 October 2011

Who Am I???CHAMPION!!!


PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

            PERINGKAT SATU     NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air maniMaksud firman Allah dala surah al-Insan : 2       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat       

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran          Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.               Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.             
A- Sperma                                 B-Sperma menembusi ovum

 PERINGKAT KEDUAALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.Firman Allah yang bermaksud" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"                                                                 al-Mukminun : 14         Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :sesuatu yang bergantung atau melekat
pacat atau lintah
suatu buku atau ketulan darah
 
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.

 PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14

      Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

 PERINGKAT KEEMPAT

 IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
        
   Janin pada usia 12 minggu

PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.


Janin mendapat makanan melalui uri

 PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t
                         
TERFIKIRKAH  AKAN UNIKNYA KEJADIAN KITA ?

Semoga Allah Redha

Bingkisan untuk sahabatku






Teman,
Atas tautan ukhuwah nan jitu,
Juga atas satu dasar aqidah yang kukuh,
Aku mencoretkan di lembaran bisu ini,
Khas buat teman-teman seagamaku...

Wahai temanku an nisa’,
Engkau sedia maklum,
Engkau hiasan duniawi,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki,
Semamangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu...

Wahai temanku ar rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah srikandi yang kau impi..

Wahai temanku an nisa’
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi
Ingin dimanjai
Engkau juga ingin menyayangi
Juga ingin memanjai
Dan aku juga tahu
Temanmu ar rijal juga begitu..

Tetapi temanku an nisa’
Ketahuilah engkau
Bercinta itu memang fitrah
Tetapi janganlah kau cemarinya dengan fitnah
Kalau benar kau mengasihinya
Kasihinya kerana Pencipta Fitrah
Dan jika engkau benar mengasihinya kerana-Nya
Engkau tidak kan bisa melunakkan suaramu
Engkau tidak kan bisa melemparkan panahan menggodamu
Kerana engkau tahu
Ianya bisa menggoyahkan iman ar rijal!
Dan engkau mengetahui
Akalnya 9 dan nafsunya 1
Kerana nafsunya 1
Nafsunya menggila menghancurkan akalnya yang 9
Dan engkau tidak bisa menjadikan sang nafsu itu
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu nisa’
Dia kan terjerumus ke dalam api yang memarak
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila...

Wahai temanku ar rijal
Andai engkau mencintainya
Cintailah dia kerana yang mencipta cinta
Letakkanlah Pencipta Cinta itu melebihi cintamu kepadanya
Andai engkau mengasihinya kerana-Nya
Engkau tidak akn tegar
Mengajakanya mengajaknya bermukah di taman sepi
Kerana engkau tahu
Dia punya 9 nafsu dan 1 akal
Manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya kerana-Nya
Engkau tidak kan bisa berbual bersamanya
Walaupun dengan berchatting
Kerana engkau tahu itu sudah menghampiri zina
Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya
Andai kau relakan dia terjun ke neraka-Nya?

Sahabatku ar nisa’
Tidak lupa juga an-nisa’
Aku mengasihimu Lillah
Lantaran itu
Dengarlah sedikit pesanan daripada hatiku ini
Manusia mana yang bisa hidup tanpa cinta?
Letakkan cintamu kepada-Nya yang hakiki
Lantaran DIA yang terbaik
Dia juga akan menentukan yang terbaik buatmu
Tetapi bukan masa sekarang untuk memikirkannya
Jika ada jodoh tak kan ke mana
Apakah benar engkau meyakini takdir-Nya?

Maafkan aku teman
Bicaraku penuh ketegasan
Aku tidak membencimu
Tetapi membenci mungkarmu itu
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu
Aku menegur mana yang mampu
Kerana aku takut
Andai aku tidak menegurmu
Kita kan sama-sama meredah lautan api
Yang terlau pedih,yang terlalu seksa, yang terlau azab!!
Nauzubillah min zalik

Sama-samalah teman
Pagarilah imanmu
Agar sang iman tidak terlepas
Cintailah Dia
Kerana Dia lah penjaga iman kita
Yakinlah dengan-Nya
Serahkan segalanya pada Nya
Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita
Cintailah Dia
Dan engkau akan merasakan erti Cinta yang sebenar
Insya-Allah..

Akhirul kalam
Maaf jika bicaraku bisa menoreh luka
Di hati seorang insani
Bisa memanaskan hati si pembaca
Namun perubahan itulah yang aku harapkan
Andai kita bersama
Menjadi generasi al-quran
Generasi dakwah
Yang akan membangunkan kembali khilafah islamiah
Yang kian runtuh
Kerana keegoan kita
Mari bersama
Memartabatkan kembali zaman kegemilangan islam!!!

Afala yatadabbarunal Quran???
Sedangkan kita generasi quran!

-oleh pandangan pertama yang mencari cinta-Nya-


Semoga Allah Redha

Srikandi disegani terus dicari sehingga kini...


Kenalkah engkau kepada Sumayyah Srikandi sejati?
Seorang hamba yang sangat berani,
Padang pasir dan fatamorgana menjadi saksi,
Keteguhan iman keluarga ini,
Dijemur di bawah terik mentari.

Turut diseksa anak dan suami,
Oleh musyrikin yang dendam dan benci,
Yakni Al-Mughirah tuannya sendiri,
Abu Jahal yang melopori,
Kerana Sumayyah mengaku Rabbinya Ilahi,
Muhammad sebagai rasul dan nabi.

Rasulullah pemberi motivasi,
Kepada keluarga yang suci ini,
Tidak berganjak iman di hati,
Walau seksaan semakin pedih.

Pabila anak dan suami meninggalkan duniawi,
Akibat siksa yang berat sekali,
Sumayyah diseksa sekali lagi,
Oleh Abu Hudzaifah dan Abu Jahal yang dilaknati.

Tetapi,
Walau dipaksa meninggalkan agama yang murni,
Makin teguh imannya di sanubari,
Penyeksa tidak berbuat apa lagi,
Api kemarahan memenuhi diri,
Sumayyah ditombak tertusuk tepat di ulu hati,
Akhirnya Syahid kerana
keteguhan imannya kepada Ilahi.

Sumayyah,
Walaupun dirimu tiada lagi,
Namun namamu menjadi sebutan di sana sini,
Srikandi dan Syahidah Islam pertama sekali,
Menjadi sejarah Tamadun Islam yang abadi.

Aku mencari dan terus mencari,
Adakah lagi wanita sepertimu ini?
Patah tumbuh, hilang berganti
Tetapi sukarnya dirimu ku cari ganti,
sukarnya dirimu dicontohi,
Oleh wanita Islam di era moden globalisasi
srikandi sejati idaman Ilahi...very hoping!


Semoga Allah Redha

Life Must go On...

Why the title must be'life must go on'???haha...yes exactly,our life must go on,whatever happening,right??
Kehidupan selepas PMR adalah kehidupan yang cukup biasa bagi diri kita. Bukan bermakna kita sudah merdeka sepenuhnya, tapi ada tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan,bukankah begitu?
Ada orang yang mengatakan....

I HATE MY LIFE!!!!

sepatutnya..lebih layak kita mengatakan...

ALHAMDULILLAH, I'M STILL ALIVE

haha...lawak bukan?terkadang kita sendiri tidak perasan bahawa kita sendiri mengatakan begitu. Namun, Allah masih memberi nafas pada kita sehingga ke hari ini dan juga mengurniakan nikmatnya untuk kita. Adakah kita tetap mensyukuri nikmatnya..
afala tasykurun?



Semoga Allah Redha

Monday, 1 August 2011

Trend taqrabuz zina sebelum nikah


Analogi Harimau dan Nyamuk

        Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
       Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
        Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? 
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?     
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang. 
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)

Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

            Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
            Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat? Ikhtilat ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Dalam Islam, asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, al-aslu fil ikhtilat haram. 
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia bukan dinamakan ikhtilat sebaliknya muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat  bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya, 
Dah makan ke? 
Tengah  buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa? 
Dah tidur ke?  
Adakah  ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih  tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah. 
Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Cinta Fitnah
            Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
            Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
            Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
          Soal cinta amat akrab dengan soal hati.  Oleh sebab  itulah hati perlu  berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta  dan sayang yang suci itu terheret  menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota  badan  seperti lidah,  tangan,  kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.    

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
            Ingat pesan Nabi,

فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
 (رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil  sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan  sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

            Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
            Allah SWT mengingatkan kita,
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
            Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.  Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
            Sabda Rasulullah SAW,
  • عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
  • Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)

Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...