Saturday, 19 March 2011

sinopsis denyut kasih medik

cerita ini mengisahkan tentang seorang doc pelatih(HO),DR.muslih,yang cuba memperjuangkan syariat di hospital..dia bukan sahaja ingin merawat pesakitny drp penyakit fizikal,tetapi juga dia ingin merawat penyakit rohani pesakit2 di hospital... (doc + da'ei)..

ketika mula brtugas sbgai HO,dia terpaksa berdepan dgn pelbagai ragam pesakit dan staf2 d hospital...antarany:

1.penggunaan clexane(sejenis ubat mencairkan darah y mgndungi protein khinzir) secara berleluasa d hospital meyebbkan dia rasa begitu kecewa dgn protokol y dkeluarkn hospital dan bg dia,kalau bukan doc muslim,siapa lg yg akn ambil berat ttg sensitiviti agama pesakit2 muslim..DR.muslih berusaha untuk mmbwa isu ini kpd pihak atsan.setelah byk kali usaha y d lakukan,akhirnya pihak hospital memutuskan,u pesakit beragama islam,heparin akn diberikan menggantikn clexane.

2.kemudian,Dia berhadapan pula dengan ragam mat rempit...Dia tahu,untuk mndekati gologn ni,bukan mudah..mereka perlu di didik,bukan dicemuh..dengn pendekatan dan nasihat dr.muslih y penuh berhikmah sekali,dia berjaya membri keinsafan kpd mat2 rempit ni untuk kmbli ke pangkal jalan..

3.then,dia berhadpn pula dgn patient y accident krn minum arak..dia bermonolog dgn diriny dan merasa bersyukur kerana islam mengharmkn arak kpd umatny krn arak boleh memudaratkn kesihatan dan menghilagkn kewarasan akal.

4.lepas tu,dia berhadpan pula dgn patient y kena dera oleh suaminya..

5.then,dia merawat pesakit y merupakan penagih dadah(en.misman).y mengalami pembengkakan pada pangkal paha kiri kerana uratny telah rosak..seperti biasa,hati dr.muslih membuak-buak u mmberi kata2 nasiht kpd en.misman.en.misman berjnji u x mnghisap dadah n mulakn hidup br

6.dr.muslih brhadapn pula ngn pesakitny y mrupakn seorng remaja perempuan y terpaksa d hntrkn ke hospital krn terlebih telan panadol krn kecewa dgn cinta monyet..huhu..cinta itu buta...

7.berhadapn dgn kerenah waris pesakit.tme ni mmg mmberi tekanan y kuatla buat dia cz dia terpaksa berhdpn dgn timbalan pengarah hospital krn dtuduh lmbt mmberi rwtn kpd pesakit padahal bg dia,pesakit y perlukn rwtn segera perlu dberi priority.sabar n redho mnerima tuduhn tu n terpksa trima hukuman wlupn perbuatn dia tu betul..

8.dia jg tidak terlepas brhadapn dgn pelbgai kerenah sahabat seangkatan dgn nya(dr.neezam n dr.nazir) y sdikit jahil pasal agama ni.tp hasil nasihat n usrah n jg dr.muslih mmperkenlkn sahabtny pd seorang ustaz y jg menjdi org tengah antra dr.muslih n tunangny(qani;ah) dan akhirny sahabt dia ni smkin bersmgt u mndalami agama.

pernah satu hari,seorang HO perempuan ni mngis sbb kene marah oleh seorg MO..Well,dah menjdi adatla kot spanjg mnjdi HO ni,mmg mmerlukan kekuatan mental,fizikal n rohani..kene biasakan diri bila kene marah..huhu..MO dlm crita ni garang2 esp MO perempuan..hmm..

doc ni jg pernh mnasihti bbrapa org pesakit y x mnunaikan solat.alasan y dberikn psakit,sakit..so,xyah solat..dsebabkn rs tggjwbny sbgai seorg muslim,dia mnsihti pesakit trsebut agar x mnigglkn solat dlm apa jua keadaan dan mgjr pesakitny cara solat dlm keadaan sakit..
well,tme nila ilmu y kita semua dpt dlm halaqah bley di praktikkn..

dr.ni jg da bertunang,tp dia x pernah menatap wajah tunangny.dia knl tunang dia ni mlalui ustaz.mcm2la orang cerita pasal tunang dia ni.ade y cakap tunang dia ni bersaiz XL n lebih tua dariny.tp DR. muslih x kisah semua tu.y penting bg ny,perempuan tu ade agama..xkisahla fizikalny mcm mane..(susah kn nk jumpa lelaki mcm ni,hehe)..n ape y mengkagumkn lg sal doc ni,spnjg pertunagn dyorang,dia jarang2 n xpnh lgsung kluar or contact antra satu sama lain kcuali klau bnda y bgitu penting sahaja..tu pun malu2 nk cntact..(bagus,respect both of them)

akhirny dyorang pun kawinla..segala sangkaan dia terhadap tunang ny salah..isteriny sgt cantik n lbih muda dr ny..betapa berkat,rahmatny n beruntung kalau mmilih perempuan kerana agamanya...then,dyorang di kurniakn cahaya mata.hrpn dyorang,anak ini dpt menjadi ulama u mmkmurkan alam ini suatu hr nnti...ameen,smga niat kita pun sama mcm ni..hehe..
moral of the story???
a lot to be mentioned here!!fikir-fikirknlah sendiri....

WALLAHUALAM..
harap siapa2 y terbaca synopsis ni puas hati dgn synopsis y dberi..kalau nk best lg,bc la bku ni..
best!!sure x menyesal baca buku ini + bku ni byk menyelitkn fakta-fakta ttg FIQH PERUBATAN
Semoga Allah Redha

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.
Semoga Allah Redha

Sejarah Islam tumbang pada 1 April(April Fool's day)

jangan pernah disambut oleh agama Islam
Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Semoga Allah Redha

Friday, 18 March 2011

Bahana cuba menggugurkan anak


Seorang suami kelihatn resah. Isterinya juga kelihatan sugul. Ujian air kencing yang dibuatnya betul-betul mengejutkan.

"Macam mana boleh mengandung juga ni?Bukan pil perancang tu dah makan setiap hari?"tanya Musa kepada isterinya Ruhaya. Suaranya menunjukkan dia sedang stress.

"Manalah saya tahu. Saya tak pernah miss makan. Saya pun tak nak mengandung lagi."

"huh!kita ni jenis bekerjaya, bukan macam orang kampung yang nak ramai anak tu. Dua orang anak cukuplah. Lagipun dah dapat sepasang, satu laki dan satu perempuan. Buat apa nak lagi?"keluh Musa dengan wajah masam mencuka.

"Awak ni salahkan saya pula. Saya pun tak nak dah mengandung lagi. Macam mana ni bang?"keluh Ruhaya risau.

"Dah mengndung, teruskan jelah,"kata Musa.

"Ish, tak naklah. Nanti orang cop saya kilang buat anak,"rungut Ruhaya.

"Saya cadang nak gugurkan anak ni kat klinik Dr. Ranjit. Ada ramai orang buat. Saya nak pergi sana esok,"kata Ruhaya.

"Awak gila ke?!Bahaya tau."

"Saya tak kira."

Keesokan harinya, mereka pergi ke klinik Dr Ranjit. Dr Ranjit tidak hadir kerana ada hal yang mustahak, jadi doktor sambilannya yang menggantikannya. Beliau adalah seorang doktor muslim.

Encik Musa dan puan Ruhaya menerangkan kepada doktor tersebut tentang kehamilan yang tidak diundan oleh mereka. Doktor tersebut tidak memberi keizinan kepada mereka kerana hukum menggugurkannya adalah haram di sisi Islam. Mereka pulang dengan hampa.

"Saya tak kira. Saya nak bayi ni mati juga. Saya akan makan benda yang tajam, asam, cuka biar cepat gugur,"kata Ruhaya. Dia yakin dengan cara itu, anaknya akan gugur tidak lama lagi.

Percubaan demi percubaan dilakukan olehnya tetapi ianya tetap tidak berhasil. Perutnya semakin membesar hari demi hari. Ruhaya tidak memakan vitamin-vitamin yang disediakn oleh doktor. Dia berharap sangat agar kandungannya akan mati kerana kekurangan vitamin.

Apabila usia kandungannya berusia lapan bulan,tiba-tiba rahimnya sakit dan mula berasa menegang. Suaminya terus membawanya ke hospital. Sebelum itu, Ruhaya tidak lupa menyuruh adiknya menghantar 2 orang anaknya pulang ke kampung.

Sesampainya di Wad bersalin hospital tersebut, Ruhaya meraung-raung kesakitan.

"Doktor, cepat! Rasa nak mati bawa anak sial ni,"rintih Ruhaya.

"Sabar ye puan. Tengok tarikh puan ni belum cukup bulan lagi,"kata doktor itu.

Setelah pemeriksaan dibuat, Ruhaya belum sampai waktu untuk bersalin.

Doktor tersebut mendekati suaminya Musa."Assalamualaikum, encik. Saya Dr Muslih. Setelah diperiksa oleh pakar, isteri encik mengalami pendarahan dalam rahim. Perlu dibedah dengan segera untuk menyelamatkan isteri dan bayi dalam kandungan,"jelas Dr Muslih.

"Apa-apalah doktor buat. Asalkan isteri saya selamat,"kata Musa gelisah.

Setelah dipujuk oleh Dr Muslih, akhirnya Ruhaya setuju untuk menjalankan pembedahan. Musa menunggu diluar bilik bedah.

'Nak elakkan masalah,masalah lebih besar timbul. Sekiranya aku boleh putar waktu....',hatinya bermonolog.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering."Musa, ada berita tak baik ni. Mak harap kau bertenang ya,"kedengaran suara mentuanya di telefon.

"Razi accident kat Ijok.Dia patah tulang paha,"percakapan ibunya terhenti lantas menangis. Razi itulah yang menghantar anak-anaknya ke rumah mak mentuanya.

"Anak-anak saya macam mana mak?Mak, cepatlah beritahu,"kekusutannya berganda.

"Cucu mak dua-dua meninggal,"tangisan beriringan.

Lidah Musa menjadi kelu.Air matanya tumpah.Tangisannya jelas kedengaran.

Sementara di dewan bedah, Ruhaya dimasukkan berpeket-peket darah. Bayi yang dikeluarkannya kelihatan biru, lembik dan tidak bernafas. Kelihatan tiada tanda-tanda bayi itu untuk hidup. Akhirnya, mereka memutuskan untuk menghentikan segala usaha menyelamatkan bayi itu dan mengisytiharkan bayi itu meninggal dunia.

Keadaan Ruhaya bertambah parah. Akhirnya, pakar O&G memutuskan untuk membuang keseluruhan rahimnya bagi mengelakkan pendarahan. Pembedahan membuang rahim berjaya dan pendarahan dapat dihentikan. Ruhaya dimasukkan ke ICU kerana keadaannya sangat tidak stabil.

Musa seperti orang gila apabila dijelaskan tentang keadaan isteri dan anaknya. Seluruh dunia seakan gelap baginya. Dia baru rasa menyesal. Inilah balasan Allah terhadap dirinya.

Pesana buat temanku, janganlah engkau sesekali melanggar hukum Allah.
jika kau dilanda ujian, banyakkanlah bersabar dan beristighfar kerana ada hikmah di sebalik ujian yang diberi.
Semoga Allah Redha

Sajak petikan Tautan Hati

Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan,
Mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan,
Mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif ‘taaruf’ dan ‘serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,
Batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.
- Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Sekadar perkongsian… Sajak yang menarik untuk dihayati…
Wallahualam…

Semoga Allah Redha

Wednesday, 16 March 2011

Cerita : uhubbuka lillah

Huda seorang pelajar yang baik, pandai, cantik, sopan santun lagi...Orang kata perfectlah dari pandangan mata. Kalau dah cantik tu mestilah ada orang minat kan, tak gitu? Bukan sorang, boleh kata ramailah minat dia, itu yang diketahui, yang rahsia tak tahu.

Walaupun ramai orang yang minat dia, seorang pun tak berani nak kacau. Huyoo, hebat tu. Nak tahu sebab ape? hah...sebab dia menjaga hijabnya dengan lelaki...menjaga pandangannya, pergaulannya, percakapannya dan semuanya lah! Susah nak jadi cam dia..

Tapi, ada sorang tu yang nak cuba kacau dia. Budak form 4 baru, biasalah tak tahu-menahu dalam bab agama ni...Surat tu berbunyi,

Assalamualaikum,
Salam ukhuwwah dan perkenalan...
Saya Ahmad Dzulqarnain, ala 4 Umar...Awak memikat hati saya lah...cute sangat!
Kat sekolah lama dulu ramai yang suka kat saya, boleh kata setiap minggu bagi coklat, bunga, surat, perfume...macam2 lagilah!tapi saya tak terima. Maksudnya, saya dikategorikan hensem lah..hehe (^_^)
Kalau nk kenal lebih lanjut, datanglah 4 Umar, ngintai-ngintai saye...ustaz takde...
Boleh jadi gurlfren saya. Insya-Allah saya akan jaga awak dengan penuh kasih sayang!Trust me!
Oklah, tolong balas surat ni...letak je bawah meja saya...
Sayang daripadaku,
Dzul, si kacak.

Huda terkejut membaca surat yang dijumpainya bawah meja kelasnya. Dia terus mengepal kertas itu dan membuang ke dalm tong sampah. Dia berdoa agar perasaan Dzul kepadanya hilang, tak de pape dah.

Di suatu pagi yang damai, Huda berjalan berseorangan menuju ke kelas, tiba-tiba.....

ada seseorang pelajar muslimin yang macam dia kenal memanggil-manggil namanya...
"Huda, Huda!"
Dia memerlahankan langkahnya. Huda menoleh. Owh, Mus'ab rupanya...

"Emh, ni enti punya sapu tangan tadi jatuh. Ana bagi takut kotor kat sana."

Huda menjadi malu..."Emh, jazakallahukhair...ana tak perasan"

Mus'ab terus pergi menuju ke kelasnya. Huda pun sama. "Alhamdulillah,ada jugak ye orang yang baik dan menjaga pandangan macam dia...",hatinya berkata-kata.
Sejak hari tu, dia betul-betul kagum dengan Mus'ab. Mus'ablah lelaki yang paling sopan, hormat orang tua, rajin ngaji, pandai dan manis mukanya...memng betul pun.

Tiap kali lepas solat, dia mesti doa,"Ya Allah, kalaulah dia benar-benar jodohku, rapatkanlah dia dengan hatiku, tetapi kalau dia bukan jodohku, buangkanlah dia daripada hatiku...berikanlah aku suami yang soleh."

Dalam diam, Mus'ab pun meminati Huda...tapi dia memendam dan mampu berdoa kepada Allah...

Selepas keluar keputusan SPM, Huda dapat result yang bagus. Dia dapat tawaran untuk sambung belajar ke Jordan.

Masa kat Jordan, dia ambil fiqh Usuluddin. Rupa-rupanya, dia sama kuliah dengan Mus'ab. Dah sama kelas tuh mestilah selalu terserempak kan?begitulah kisahnya, romantik sungguh.

Mus'ab pernah tolong temankan Huda masa malam-malam sebab Huda balik sorang-sorang daripada perpustakaan. Tapi, temankan kerana keselamatanlah sebab Mus'ab nampak Huda berjalan berseorangan. Huda berdegil walaupun kawan serumahnya tidak membenrkannya, sebabnya...nak pinjam buku..tak munasabah betul!

Lepas keduanya tamat belajar,

Beberapa hari lepas tu,

"Huda, tadi ada yang datang nak merisik. Namanya...Mus'ab. Maknya kata, dia sekolah sama dengan Huda. dia pun belajar kat Jordan. Takkanlah Huda tak kenal kan?",umminya memberitahu kepada Huda.

"Ummi, nanti saya beri jawapan. Saya perlu solat istikharah dulu."

Alhamdulillah, Allah memberikan jodohnya dengan pemuda yang soleh dan paling layak untuknya.

Kisah ini perlu dijadikan pengajaran untuk semua. Jagalah hijab kita...Kalau Allah kata tundukkan pandangan, ikutlah...
Semoga mendapat iktibar...
Semoga kita menjadi wanita solehah seperti Huda dan lelaki yang soleh seperti Mus'ab.renung-renungkan dan selamat beramal!
Semoga Allah Redha

Tuesday, 15 March 2011

Darjat Wanita Diangkat Islam

Untuk Wanita... anda adalah manusia yang beruntung sekali...jangan pernah menyesal kerana diciptakan sebagai seorang wanita.

  • Mengutamakan ibu ats bapa
         Seorang lelaki dtg kepada Rasulullah lalu berkata, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?" Baginda menjawab, "Ibumu!".Lelaki itu terus bertanya, "kemudian siapa?"
Nabi menjawab, "Ibumu!"Sekali lagi dia bertanya, "Kemudian siapa?"Nabi menjawab,"Bapamu!"(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

  • Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat
"Sesipa yang menanggung 2 anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah daripada api neraka." (Riwayat Al-Bukhari)
   Begitu juga bagi yang mempunyai 1 atau lebih anak perempuan.

  • Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf
"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan itu akan masuk ke dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun."(Surah An-Nisa': 124)

  • Hak wanita diiktiraf
Umar Al-Khattab berkata, "pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikit pun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah mereka sedar bahawa mereka mempunyai hak keatas kami."

Semoga Allah Redha

Monday, 14 March 2011

Hukum Merokok: Boleh ke???



Isu : Apakah sebenarnya hukum merokok? Dulu dengarnya makruh, sekarang haram pula kenapa ye?

Hukum : Haram tanpa keraguan mengikut ulama' kontemporari setelah kajian dilakukan mengesahkan rokok sangt berbahaya utk kesihatan dan asapnya memudaratkan diri serta orang lain. Kajian itu belum didapati ketika ulama' terdahulu mengatakan makruh.

Dalil : "Dan menghalalkan segala benda yang baik dan mengharamkan segala benda yang buruk"
(Surah Al-A'raf: 157)

"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan...."(Surah Al-Baqarah : 195)

"Dan janganlah kamu membelanjakan harta kamu dengan boros yang melampau"(Al-Isra': 26-27)

Pesananku untukmu : Buat penjual rokok, ketahuilah bahawa salah satu punca rezekidan perniagaan anda tidak berkat ialah kerana menjual rokok. Untuk apa keuntungan seringgit dua kalau ia boleh menghancurkan anak bangsa?

Buat perokok, berusahalah sehabis daya untukberhenti merokok...
Semoga Allah Redha

Hadiah untuk teman-temanku~Lawatan ke Terengganu


sedikit pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama antum....
lawatan plajar form 3 ke Terengganu..



senyuman ustaz idris sanusi dan ustaz irfan, semasa makan malam di RnR, Pahang. Ada pelajar banin yang   terselit sekali.

                                         gambar di hadapan muzium terengganu, indah sekali..

                                   gambar sempoi kami menaiki cruise, kumpulan 3...syok sekali!


                          gambar ahli rumah kami di penginapan as-salam...penuh sopan santun...


Semoga Allah Redha

Hanya ingin mempromosi: Majalah Sinergi



Assalamu’alaikum wbt..Alhamdulillah..tempahan Majalah Sinergi Edisi-4 buat semua pengedar-pengedar berdaftar dibuka bermula sekarang!!! Pastikan anda mengisi Borang Tempahan Pengedar (BTP) yang dihantar kepada anda. BTP boleh terus dihantar ke emel kami di synergymedia2010@gmail.com.
Pendaftaran pengedar baru juga masih dibuka. Hanya perlu mengisi Borang Permohonan Pengedar (BPP) dan hantar ke emel synergymedia2010@gmail.com untuk langkah seterusnya. BPP boleh dimuat turun di SINI!!! Ayuh bersama melahirkan generasi rabbani yang profesional..insyaAllah..

Saya hanya ingin mempromosikan majalah ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh ditanyakan di laman web yang berkenaan....
Semoga Allah Redha

Lirik: Opick:Cahaya Hati

Tatkala hati itu sepi
Terasa ia tidak keruan
Merasakan ia melemah
Tidak tahu ke mana harus dituju

Maka ingatlah, Allah itu ada
Dia adalah penyelesaian
Cintanya yang hilang
kerana itu hatimu tidak tenang

Kembalilah wahai jiwa
kembalilah kepada-Nya
Nescaya kau kan kembali bertenaga
Piala hatimu kan kembali bercahaya





Cahaya Hati



Album : Cahaya Hati
Munsyid : Opick
http://liriknasyid.com


Alloh Engkau Dekat
Penuh Kasih Sayang
Takkan Pernah Engkau Biarkan
HambaMU Menangis

Karna KemurahanMU
Karena Kasih SayangMu

Hanya Bila DiriMu
Ingin Nyatakan Cinta
Pada Jiwa-jiwa
Yang Rela Dia Kekasihmu

Kau yang Slalu Terjaga
yang Memberi segala

Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Disetiap Nafas Disegala Waktu
Semua Bersujud Memuji Memuja AsmaMu

Kau yang slalu Terjaga
Yang Memberi Segala...

Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Setiap Makhluk Bergantung PadaMu
dan Bersujud Semesta UntukMu
Setiap Wajah Mendamba CintaMu Cahyamu

Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Ya Alloh Ya Romah Ya Alloh 3x

Semoga Allah Redha

Sunday, 13 March 2011

Zina Hati???

Ini adalah satu kisah benar yang perlu diambil pengajaran. Semoga terhibur....

Aku ada suka kat sorang mamat yang agak terkenal dan hensem. Bagi aku tiada apa yang istimewa kat mamat tu tapi.....entahlah, nak buat camna cinta itu buta kan??


Pada suatu pagi, aku seperti mana plajar-plajar yang lain meneruskan PNP di kelas hafazan masing-masing. Aku terus masuk ke klas hafazanku yang diberi nama"ibn amir". Aku ngaji seperti biasa...


Tiba-tiba,


Seorang pelajar banin datang dengan membawa al-quran dan buku rekod hafazannya datang ke kelas hafazanku. Rupa-rupanya, dialah lelaki idamanku yang selama ini aku meminati dia dalam diam.


Aku menjadi kaku.
"Err...ustazah, boleh saya ithbat dengan ustazah?",dia menanyakan hal itu pada Ustazah Maya,guru tasmi'ku.


"Boleh,boleh. Silakan, oklah yang lain senyap dan dengarkan bacaan ye"


Dia pun memperdengarkan bacaannya di hadapan ustazah. Masya-Allah, sungguh sedap suaranya, bacaan yang dibawanya juga sesuai dengan suaranya. Dia membaca dengan lagu Imam As-Sudais.


Aku baru tahu selain mukanya kacak, dia juga mempunyai suara yang sedap.


Selepas Yusuf pergi, aku terus memperdengarkn bacaanku pada ustazah. Sampai ayat,"Wa lataqrabuz zina....


....Aku lupa....aku ulang kalimah itu beberapa kali..."Wa la taqrabuz zina.....


Tiba-tiba, air mataku menitis...aku menangis di hdpn ustazah.


"Kenapa ni amira?kamu ada masalah ke?",tnya ustazah lembut.


...Aku terus menangis.


"Ustazah, semalam saya sangat lancar m/s ni...tapi sekarang...lepas pelajar lelaki yang ithbat dengan ustazah tadi datang....",lidahku kelu tidak dapat meneruskan kata-kata.


"Kamu minat kat Yusuf ke?Ustazah dapat baca isi hati kamu"


"Ustazah, berdosakah saya?"


"Sebenarnya, kamu kemaruk sangat kat dia...dah brapa lama dah pendam?"


"tak lama..1 tahun..je"


"1 tahun?lama tu,patutlah prestasi hafazan kamu menurun. Kamu suka kat dia tapi dia tak tau kamu suka kat dia...kamu asyik teringat dia, itu ZINA HATI.."


"ZINA HATI???"


"Ye, kamu perlu hindari...turunkan nafsu kamu,kuatkan iman, Insya-Allah berjaya"


"Terima kasih ustazah, saya akan ingat pesan ustazah..."


Semenjak dari hari itu, dia cuba membuang rasa minatnya pada Yusuf. Memang susah, tapi bak kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?


Akhirnya, aku dapat menepis perasaan cintan kepada Yusuf dan lelaki-lelaki ajnabi yang lain. Prestasi hafazanku semakin baik dan menjadi pelajar 'Qudwah Hasanah' pada tahun tersebut.


Elakkan daripada zina hati ye.. sahabatku...

Jagalah hati-hati anda sebelum tercemar....
tetapi...cerita ini bukan tentang diriku, saja menukar namanya kepada 'aku'.
Semoga Allah Redha

Penampilan Baru

"Awak,izinkan saya memetik sekuntum bunga mawar di taman bunga yang indah. Sudikah awak menjadi teman wanita saya?"

Tiba-tiba, Amir Haziq menanyakan soalan itu menerusi kotak perbualan laman web 'facebook'.

Astaghfirullah...aku beristighfar.
Ya Allah, adakah selama ini aku ada menggoda iman anak adam ya Allah...

Aku terus membalas,
"Maaf,ana tidak layak menjadi teman wanita enta. Carilah yang lebih baik daripada ana. Jangan pernah mengharap cinta daripada makhluk,sedangkan cinta daripada Ilahi belum diperolehi."

Aku terus 'block' dia. Cara itu mungkin lebih baik.
Amir Haziq yang selama ini aku kenal adalah seorang lelaki yang pendiam dan pemalu. Ternyata,aku silap.

Setiap hari, aku mesti dapat surat, mesej ataupun e-mail daripada lelaki yang aku kenali di sekolah.

Ya Allah, apa yang harus aku lakukan?Aku buntu!
Aku terus mennyakan hal ini pada ukht Aisyah yang lebih arif dalam hal-hal ini.

2 hari kemudian...
Kring..kring..kring...aku mengangkat."Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan ukht Sumayyah Abqariyah?
"Waalaik,ye saya Sumayyah"

"Sumayyah, ukht dah jumpa jalan penyelesaiannya."

"Alhamdulillah, apa jalannya kak?",aku ghairah ingin tahu.

"Selepas akak menanyakan ustazah-ustazah,jalannya ialah menutup muka enti dengan memakai purdah."

"Pakai purdah?"

"Ya Maya..."

"Takde jalan lain ke kak?"

"Itu sajalah jalannya,untuk membendung syahwat lelaki bila melihatmu, May. Enti cantik,aktif di sekolah. Siapa yang taknak."

"terima kasih atas nasihat ukht. Semoga diberkati dan dirahmati Allah"

"Amin..Ok ,assalamualaikum..."

"waalaik"

Esoknya, aku berpenampilan baru. Biarlah semua pelik dengan penampilanku...Asalkan aku dapat menutup syahwat-syahwat kaum adam.
Semoga Allah Redha

Saturday, 12 March 2011

Bercintalah.....

Cinta,
Adakah sekadar kata-kata,
Atau mengenali bukti nyata,
Atau hanya khayallan semata

Kerana cinta dunia
Hilang harganya harta
Seakan terhentinya masa
Jiwa raja menjadi hamba
Segala seakan tiada bermakna

Demi cinta dunia
Kesukaan hati dilupakan
Keburukan menjadi pujaan
Kebenciaan menjadi dambaan
Kehinaan menjadi sanjungan

Atasi cinta dunia
Hanya pada-Nya kita berfikir
Janji-janji palsu menjadi zkir
Membuat Dia murka tidak terfikir
Membuat dia ketawa acap difikir

Namun,
Dalam mencari cinta Allah
Harta habis sebanyak mana?
Masa diisi selapang mana?
Sujud kita serendah mana?
Hati merindu sekerap mana?

Muhasabah cintamu sahabatku...
Pada Dzat Maha Mencinta,
Sentiasa ada disisimu
Menanti luah rasamu pada-Nya
Sentiasa bersabar karenahmu
Terus menyebar nikmat-Nya
Sentiasa mencemburui dirimu
Saat kau lupa keredhaan-Nya

Bercintalah Dengan Allah...
Kerana itu cinta utama....
Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...