Sunday, 1 May 2011

Perempuan itu

Wujudku mula dalam kandungnya
Hadirku daripadanya melihat dunia
Perempuan itu
...Nyata bidadari di dalam jiwa

Melayaniku kala belum memahami bahasa
Sabar denganku saat fikiran masih belum ada
Perempuan itu
Nyata insan paling tabah yang pernah kujumpa

Kala membesar aku pula tidak mendalaminya
Melukakan, mencederakan, jiwanya yang setia
Tetapi dia masih mengangkat tangan dan berdoa kepadaNya
Untuk kebaikanku, untuk kebaikanku hanya
Perempuan itu
Nyata malaikat dari kalangan manusia

P/s: Buat insan tersayang, ternyata ibuku. Selamat hari lahir ummi,semoga dirahmati Allah...ameen. Doakan kejayaan, kebahagiaanku di dunia dan akhirat
Semoga Allah Redha

Perasaan bercinta?perlukah???

Asslamualaikum. Salam ukhuwah. Ada seorang pelajar tanya Aisyah, "Camne nak hilangkan suka lelaki?kadang-kadang menggangu pelajaran aku, quran aku. tension camni"

Kadang-kadang trfikir, perlukah bercinta time belajar. Alhamdulillah, terungkai sudah persolan yang selama ini difikirkan.

Soalan : Bolehkah dan perlukah bercinta pada waktu belajar???

Jawapan : Boleh, tapi cinta pada Allah, Rasul, Quran, Ibu bapa, keluarga, selain itu seperti lelaki/perempuan bukan muhrim lebih baik hindarkan. Mungkin terdetik di hati kta ingin bercouple dan sebagainya, tetapi ia akan menjejaskan kita suatu hari nanti. Mungkin kita tak nampak, tapi akibatnya contoh masa hadapan kita, akhirat kita...

Soalan : macam mana nak hilangkan perasaan itu?

Jawapan : banyakkan beristighfar, sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan banyak termenung dan memikirkannya...

Apa yang baik datang daripada Allah, yang buruk datng daripada kelemahan saya sendiri. Setiapa orang ada kelemahan masing-masing kerana Manuisia diciptakan dalam keadaan lemah.
Semoga Allah Redha

let's study!!!

Assalamualaikum,salam ukhuwah. Tautan ukhuwah yang Allah jalinkan antara kita terlalu hebat sehinggakan menciptakan satu jalinan walaupun kita berjauhan. Allah amat sayangkan kita dan Rasulullah sayangkan umatnya.

Rasanya dah lama Aisyah tak menaip untuk ruangan bacaan di blog ini. Harap maaf kerana Aisyah ada hal yang lebih penting daripada blog ini iaitu berjihad. Ya Allah, rasanaya nak pecah kepala buat sesuatu kerja yang banyak dalam satu masa yang singkat. Hanya Allah yang tahu. Sepatutnya, Aisyah perlu bersedia lebih awal lagi, lain kali jangan bertangguh.

Minggu depan Aisyah akan menjalani peperiksaan pertengahan tahun. Ermh, syafawi al-quran, doakan Aisyah lancar dan mumtaz dalam ujian itu. Kita tak boleh berdoa tanpa berusaha. Perlu doa + usaha yang cukup = cemerlang. Betul tak???

Lepas tu pekse KBSM cam biasa. Doakan Aisyah dapat 9A ye..kalau kita doakan orang, malaikat akan mendoakan kita pula...

belajar adalah jihad. Jihad perlukan pengorbanan yang banyak dengan berbekalkan iman yang kental dan jiwa yang matang dan sedia hadapi cabaran. Cakap pasal jihad teringat pula Aisyah akan bait-bait lagu ni...

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini lebih baik dari semalm

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
Kita punya Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata

Ustazah Aisyah yang ajar lagu ni...mungkin boleh diambil pengajaran untuk kita semua.

P/S : Contohilah rakan yang baik. Kawan dan belajarlah dengannya sesungguhnya dialah yang membimbing kita.

Kami sukakan jihad!!!Saya pelajar CEMERLANG!!!
Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...