Sunday, 12 June 2011

Tazkirah Terakhir...

Bismillahirrahmanirrahiim...

Alhamdulillah, hari ini, Aisyah balik asrama. Tapi, jangan risau....ade yang menguruskan blog ni...
Kawan Aisyah, dia baik, insya-Allah kalau dia sihat, dia akan post kat blog ni sepanjang Aisyah tiada...
Ni la post terakhir Aisyah...

Kawan-kawan tau tak kenapa kita baca Quran???baca quran adalah fardhu kifayah...Kawan Aisyah ade buat satu ayat yang best tentang Quran...baca yer dan sebarkan...

Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasa2 saja.
Saat Anda mmbukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacany, ia gelisah.
Saat Anda memahaminy, ia kejang2.
Saat Anda mengamalkn Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke.
Teruskn mmbaca & mgamalknny agar syaitan trus stroke .
Ketika anda ingin menyebarkn pesanan ini, syaitan pun mencegahny.
Syaitan kta "jgn SEBARKAN, krn ia xpntg penting lgsg !"

~~SEBARKAN LAH





Semoga Allah Redha

Saturday, 11 June 2011

Panduan Membersihkan Hati...

Bismillahirrahmanirrahim...


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.




Semoga Allah Redha

Kelebihan Dan Keindahan Wanita

Bismillahirrahmanirrahiim

Sahabat dan Sahabiyyahku yang kukasihi..
Tanpamu dunia ini akan sepi dan tiada keindahan tanpa wanita shalehah, sebab perhiasan yang terindah di dunia ini adalah wanita/istri sholehah yang sanggup tersenyum dalam kesusahan, Mendapat kekuatan melalui doanya,menenangkan hatinya melalui istighfar, Mendidik diri melalui shalatnya. Susah baginya itu tarbiyyah, Sabar itu indah, SUBHANALLAH

CIRI KHAS WANITA SHOLEHA

1.Kuat agamanya

2.Baik akhlaqnya

3.Tegas menjaga marwah

4.Amanah (tdk hianat)

5.Tidak boros

6.Tidak liar matanya

7.Terbatas pergaulannya

8.Tenang pergerakannya

9.Bertanggung jawab

10.Menutupi auratnya.

Sahabiyyah yang disayangi Allah.
Ingat bahwa kaum Adam telah di peringatkan oleh Rasulullah untuk mencari pasangan hidup yang beragama dan berakhlaq mulia (wanita Shalehah)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
"Wanita itu dinikahi karena empat hal.Yaitu karena harta,kturunan,kcntikan dan agamanya.Dapatkanlah wanita yang berpegang teguh dgn agma(jika tdk)niscya kedua dua tanganmu berlumur debu."(HR.aL Bukhori dlm"Kitaabun Nikah",9/115)

Saudaraku yang kukasihi
Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.

PEMBAWA FITNAH TERBANYAK

Wahai pewaris kecantikan Hawa
Kalian ditakdirkan membawa fitnah untuk kaum Adam,sebab itu terpaksalah kalian menerima hakikat ini,tapi kaum Adam yakin kalian boleh mempertahankan segala kehormatan dan marwah marwah kalian sebelum kalian jadi Halal,

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
“Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman agar menundukkan pandangan mereka.”(QS An-Nur: 31)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
“Aku tidak meninggalkan sesudahku fitnah bagi kaum lelaki lebih berbahaya dari perempuan.” (Muttafaqun Alaih)

Dari Ma’al bin Yasir r.a.,bahwa
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
“Lebih baik bagimu jika sebuah paku baja ditancapkan ke kepalamu daripada engkau menyentuh wanita yang tidak dihalalkan bagimu.”(HR Thabrani & Baihaqi)

Dari Ibnu Abbas r.a.bahawasanya
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Janganlah sekali-kali seseorang lelaki di antara engkau semua itu menyendiri dengan seorang wanita, melainkan haruslah ada mahramnya beserta wanita tadi.
(Muttafaqun Alaih)

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa
Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

WANITA PATUT DI LINDUNGI DAN DITUTUPI DARI PANDANGAN

Ukhti2q yang kucintai karenaNya,
Seorang wanita patut dilindungi dan di tutupi,dari keluar mendedahkan diri dan kecantikan mereka dari org yang bukan mahramnya.

Ibnu Mas’ud r.a. telah memberitakan bahawa
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
”Seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya.” (HR Tirmidzi)

Hasan Al-Basri r.a. memberitahu bahawa dia telah
mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda ::
”Allah melaknati orang yang memandang kepada seseorang wanita asing dan juga seseorang yang dipandang itu.”

Abu Musa r.a. telah meriwayatkan
Bahawa Rasulullah ShallallahuAlaihi Wasallam bersabda:
”Mata yang memandang kepada seseorang lelaki atau wanita asing dengan niat buruk adalah penzinaan dan seseorang wanita yang mewangikan dirinya dan kemudiannya lalu di hadapan khalayak lelaki adalah tiada bezanya."
(HR Tirmidzi & Abu Dawud)

Sayyidina Ali r a berkata:
“Adakah kamu tidak merasa malu? Adakah kamu tidak merasa cemburu? Salah seorang daripada kamu membiarkan isterinya keluar di kalangan para lelaki ajnabi. Dia melihat kepada mereka dan mereka dapat melihat kepadanya.”
(Hukum Wanita Bermusafir, Syeikh Nuruddin Merbu Banjar al-Makki)

TUTUPLAH AURAT KALIAN JANGAN BERPAIAN TAPI TELANJANG

Wahai perhiasaan terindah.
Janganlah mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian lelaki dan jangan kamu mendedahkan aurat dan suara2 merdumu dengan menyanyi dan bersyair, bergoyang sebagai penghibur.

Dari Abu Said r.a. bahwa
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Janganlah seseorang lelaki itu melihat kepada auratnya orang lelaki lain, jangan pula seseorang wanita melihat auratnya orang wanita lain. Jangan pula seseorang lelaki itu berkumpul tidur dengan orang lelaki lain dalam satu pakaian dan jangan pula seseorang wanita itu berkumpul tidur dengan orang wanita lain dalam satu pakaian." (HR Muslim)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, berjalan sambil berlenggak-lenggok, kepala mereka bagaikan punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak pula dapat mencium wanginya, padahal wangi syurga dapat tercium dari jarak sekian dan sekian." (HR Muslim)

Ibnu Mulaika r.a. memberitahu bahawa apabila seseorang menyatakan kepada Aisyah r.a. bahawa seorang wanita sedang memakai sandal (kasut lelaki), maka dia menjawab bahawa Rasulullah melaknati wanita yang bersifat kelakian.
(HR Abu Dawud)

Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi telah memberitakan dari Ash Shabi bahawa
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:”Laknatlah kepada penyanyi-penyanyi perempuan dan kepada sesiapa yang mereka nyanyikan.”

KALIAN DAPAT MENGALAHKAN KECANTIKAN BIDADARI SORGA

Wahai Bidadari dunia
Jagalah kecantikan dan ke Anggunganmu yg Allah telah Amanahkan Padamu jangan dicemarinya,jagalah keindahan dan perhiasanMU sebab kalian sebaik2 perhiasan.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika di dunia."
(Tanbihul Ghafilin, Abu Laits As-Samarqandi)

Abu Hurairah r.a. berkata:
Demi Allah yang menurunkan kitab pada Muhammad Shallallahu alaihi wasallam .Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua." (Tanbihul Ghafilin, Abu Laits As-Samarqandi)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Dunia adalah Bahan keseronokan,dan sebaik baik keseronokan dunia adalah wanita yang Sholehah ( HR.Muslim )

KALIAN JUGA ADALAH PEJUANG (MUJAHADAH)

Wahai Mujahidahku
Kamu juga adalah (mujahidah) sebab perjuangan kamu menjaga amanah suami-suami kamu adalah menyamai jihadnya seorang Mujahid yang gugur di medan juang Sebagai pejuang terbilang.

Anas r.a. berkata :
Bahawa suatu ketika sekumpulan wanita datang menghadap Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, kaum lelaki telah memperoleh banyak pahala dengan ikut serta dalam jihad.Tunjukkan kepada kami suatu amalan yang dapat membantu kami memperoleh pahala sebagaimana yang telah dicapai oleh para mujahid." Rasulullah SAW bersabda:“Seorang di antara kamu yang tinggal di rumahnya menjaga malu dan kehormatannya akan mmperoleh pahala jihad.(Musnad Bazzar)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
“Jika seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka akan dikatakan kepadanya: ”Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu syurga mana saja yang kamu kehendaki.” (HR Ahmad)

Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
“Sesungguhnya malu dan iman adalah dua bersaudara. Jika salah satunya hilang, maka yang lainnya dengan sendirinya akan hilang.” (HR Baihaqi)

JADILAH WANITA SHALEHAH YANG TERBAIK

Sahabiyyahku yang kukasihi.
Jadikanlah dirimu sesuci maryam, sepintar aisyah, secantik zulaikh,sekuat khadijah,
sesetia hajar, selembut fatimah,Allah Akan memberkati kalian Insya Allah.

♥ ♥ ♥ Renungkan beberapa perkara di bawah ini ♥ ♥ ♥ :

♥ Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

♥ Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah, mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

♥ Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

♥ Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.

♥ Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

♥ Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

♥ Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. SUBHANALLAH.

UKHTIKU RENUNG DAN BERUSAHA UNTUK MENGAMALKAN INSYA ALLAH WASSALAM


Wanita solehah lebih baik daripada lelaki soleh


Semoga Allah Redha

Friday, 10 June 2011

Cinta

sejak kebelakangan ni, post yang saya paparkan banyaknya yag copy paste je, sebab saya ade join satu grup kat fb...setiap hari, mesti ade pengisian yang diberi...alhamdulillah






Ya Aziz..........
Jika Cinta Adalah Ketertawanan,
Tawanlah Aku Dengan Cinta Kepada-Mu,
Agar Tidak Ada Lagi Yang Dapat,
Menawanku Selain Engkau...

Ya Rahim..........
Jika Cinta Adalah Pengorbanan,
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku,
Semata-mata Tulus Untuk-Mu,
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun Keputusan-Mu...

Ya Rabbii..........
Jika Rindu Adalah Rasa Sakit,
Yang Tidak Menemukan Muaranya,
Penuhilah Rasa Sakitku,
Dengan Rindu Kepada-Mu,
Dan Jadikan Kematianku Sebagai,
Muara Pertemuanku Dengan-Mu...

Ya Rabbii..........
Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona,
Ikatlah Aku Dengan Pesona-Mu,
Agar Damai Senantiasa Kurasakan,
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat Dari-Mu...

Ya Allah..........
Jika Kasih Adalah Kebahagiaan,
Yang Tiada Bertepi,
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku,
Di saat Kupersembahkan Sesuatu Untuk-Mu...


Ya Allah..........
Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta,
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta Kepada-Mu,
Kemanakah Wajahku Hendak Kusembunyikan Dari-Mu...

Ya Ar-Rahman.........
Dunia Yg Engkau Bentangkan Begitu Luas,
Bagai Belantara Yg Tak Dapat Kutembus,
Di Malam Yang Gelap Gulita,
Agar Tidak Tersesat Dalam Menampakinya...

Ya Ar-Rahhim........
Berikan Alas Kaki Buat Hamba Agar Jalan Yg Kutapaki Terasa Nikmat,
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing dan Duri Yang Tajam,
Hamba Sadar Semua Ini MilikMu Dan Suatu Saat,
Jika Kau Kehendaki Semuanya Akan Kembali Jua Kepada-Mu,
Hamba pasrahkan kehidupan hamba kepada-Mu......





gambar ni adalah hiasan semata-mata



Semoga Allah Redha

Thursday, 9 June 2011

Kisah di neraka






( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_<”

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.

✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..


Semoga Allah Redha

Surat Seorang Hawa untuk bakal suami...

ke hadapan suami masa depanku,

sebelum saya mulakan,saya suggestkan supaya awak tarik nafas dalam2 dulu,duduk tenang2 atas sofa..kalau nak baca sambil golek2 atas katil pun xpe..tp sy harap awak kuatkan semngat,risau pulak kalau tetibe awak kena sakit jantung bile bace surat saya yang killer ni.
.ok,kite start ek!baca pelan2 tau...

erm,saya xtahu nak panggil awak ape..tp awak nak tau x,saya dah save kan satu panggilan khas untuk awak sorang je.nak panggil hebat2 sangat saya segan,so awal2 nie saya save panggilan 'abang' je utk awak.awak sorang jee..betul,saya xtipu,dulu2 mase kecik2 ade jugak abang lain,abang jual burger la...tp skrg dah x sbb saya dah xbeli burger lg dah...:-p

bile kita dah kahwin,abang lah satu2nya dlm hati saya nie.xde dah abg2 lain.memang xde pun..:-p

abang percaya x??xpelah,kalau abang xpercaya saya xkisah pun..janji Allah tahu ape yg tersirat dlm hati saya.saya dah format balik tau hati saya!sejak saya rase dah mcm besar sikit( sikit je),saya delete semua file2 yg xgune n then download skype dgn Allah,cut connection dgn abg burger,save lagu2 cinta utk abang,sorok semua nota2 ilmiah tuk jd isteri solehah utk abang,drama2 korea dgn hero2 yg hensem semua saya buang dlm recycle bin.saya xnak dah org lain,abang sorang jee..wahh..semua nie untuk abang tau!kalau macam nielah,rase2 berapa hantaran yg patut saya mintak ye??erm,pk punye pk..hmmm,paling koman pun rm30 ribu,.baru berpatutan.tp xpe..(dah risau la tu )..hantaran ikut suka hati abang n mak bapak saya lah..rundinglah sendiri,saya on jee..barng hantaran lglah saya on,nak bg ke xnak saya xkisah..adat je pun..boleh je kita beli sendiri lps kahwin...lg best,kn,kn,kn....

pastu,mas kahwin.ha,yg nie fully utk saya.so,xknlah nk mintak ciput2 je kn?..oklah,saya jual mahal je,xmurah pun..lgpun nabi pun kate,sebaik2 wanita ialah yg rendah maharnya..:)..semua terpulang kat abang..lalala..tp kalo kite ikut mas khwin yg dah ditetapkan..kalo xsilap,rm300 kn??janganlah abang rase terbeban pulak...rm300 tu skit je kot kalo nk bandgkan dgn nilai saya ni...abang jangn terpengaruh dgn lelaki2 kedekut kat luar tu tau!mas kahwin rm300 pun dah banyak bunyi mahalla,ape la..tp beli rokok,beli hp,renovete kete,belanja makwe shopping smpai beribu2 boleh pulak..jangan ikut tau,tau..kalau kedekut,xdpt..heheee...

tyme kahwin pulak abang lglah xpayah risau.rileks bro..xpayah serabutkan kepala pk berapa ribu nak wat kos kenduri,kos baju kahwin,kos khemah,kos upah kompang,kos dewan ape semua,beli bungalah,pelaminlah...xpayah2!
!abang ingat pesan saya nie,JANGAN MEMBAZIR.kite kahwin nie sbb nak dpt pahala kn..kite wat kenduri pun sbb nak dpt pahala kan.kn sunat muakkad je wat walimatul urus..nak buat ke xnak pun ikut suka hati abang...tp sebaiknya iktla cakap nabi..rahsiakan pertunangan tp hebahkan perkahwinan..buat kecik2 je..kalau nk saya pakai baju raya 5tahun lps pun ok je..cantik je lg..yg penting berkat n ikhlas menjamu orang..kn bang..?hmm,bersanding??toksahlah,,.haram tau bang bersanding2 nie,..kan saya nie cume abang punye sorang jee..mane boleh tunjuk2 saya kat org lain...saya pun segan tau nak duduk atas pelamin tu..tp lainlah kalau abang nak saya dikebas orang pula nti..hihihihihi....

saya ,isteri abang??ngeri2..haha..abangku yg soleh,ni wasiat saya tau..bile kite dah jd suami isteri abang kena bimbing saya tau.jd imam solat saya,jd guru ngaji saya,jd sheikh talaqqi saya,jd bos saya,jd warden saya..pendek kata semualah!...kalo tetibe saya nampak mcm nakal,hello2 la yee..

abang,for ur information..saya xnak tau barang2 kemas nie..saya tau abang nak wat saham emas,kn,kn,kn...oh pandai eaa..tp kalau abang bg saya pakai je..bile abang leka sikit,saya bukakla senyap2..eheh....abang,bile kita shopping same2 abang jgnlah lari2...penat saya nak cari abang satu pasarya tu kang..nanti saya nangis kat situ jugak..pastu wat announcement suami hilang baru tau!..so,abang temanlah saya pilih brg ea..saya letih nk pilih tau..abang igt xpenat ke..dahla bosan sorang2..saya xsuke shopping!sedih tau,sian abang kena byr banyak2..bile abang tinggalkan sedap2 pergi makan sup tulang kat kedai mamak kat luar tu..saya pulak kelaparan pilih brg,,siap kene ngorat lagi dgn org bujang..saya xsuka tau!..saya nak abang temankan saya,..barulah semangat nak beli2..ade abang sayang...:)

abang sayang,kalau kite jln berdua..abang pegangla tgn sayang ek..kalau sayang peluk tangan abang pun xpe kn..:-p..pastu abang jgnlah jalan laju sangat..xde sape kejar pun..saya nie dah la pendek,xmcm abang boleh langkah besar2.bdn pun mcm hulk..adooiiiii...kalau jalan laju jugak,saya lari dpn abang n terus pangkah kaki abang!ha,saya pandai silat tau..jgn main2..ni kecik2 cili besar tau!...

hari2 nanti saya masak utk abang tau..abang nk mkn ape??udang,ayam,itik,arnab.bur
ung??sebut je,..saya goreng on the spot!hehee..kalau saya xpandai masak makanan kegemaran abang,jgnlah xsayang saya lagi..sedih tau..tp bgla saya kata2 semangat sikit..InsyaAllah saya boleh terus jadi chef wan..haaa..!!

abang tegurlah saya elok2 kalau saya ade wat salah ke...pecahkan pinggan ke..lambat bukak pintu ke..terlupa iron baju abang ke..termengumpat org ke..jgn marah tau,janji?saya ok je kalau abang ckp elok2..tp kalau saya termerajuk ke,abang pujuk la..saya ni sensitif tau..perempuan kn jiwanya lembut,..kalau abang pulak merajuk .saya paham jee..

pastu,kalau abang tengok saya mcm penat..tolong2la saya wat keje rumah...makin sayang saya ngan abang tau,..lg abang nak tolong lg saya semangat nak wat keje..rase mcm terus full je bateri nie..tolonglah saya jaga anak sekali..ye..anak kite kan..lagipun saya xnak bile besar nanti anak kite jauh dgn abang..xsyokla gitu..kan dulu2 dah janji nak bina keluarga bahagia kn..kite didik anak kite same2 dgn tarbiah yg betul.kalo g masjid tu,bawakla anak sekali..ajak die dgr ceramah,solat jemaah same2..wahh..

abang,perenggan last ni..amacam,sakit jantung x??hehe..,saya cuma harap abang sejuk hati lah bile tgk saya..kalo rase2 panas,pergi terjun dlm sungai klang..ha,sejuk x?..oklah,,abang..abang jaga dirilah..jaga iman,jaga hubungan dgn Allah..dgn manusia..jgn risau,saya ok je,.InsyaAllah saya on the way same ngan abang gak..semoge Allah redho dgn hubungan kite..dan kite juga same2 redho antara satu sama lain ye..wassalam bakal suamiku..:)

abang sorang jee
,

Semoga Allah Redha

Aku, Lim dan Islam...

Allah sudah beri pilihan....


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak ...yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan..

TOLONG SEBARKAN SETELAH MEMBACA KISAH DIBAWAH NI UNTUK DAKWAH KITA 

Semoga Allah Redha

Monday, 6 June 2011

Macam mana nak hilangkan perasaan suka pada seseorang

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya ada menanyakan satu soalan tentang bagaimana cara nak hilangkan perasaan suka kat seseorang. Macam-macam jawapan yang saya dapat, tapi saya rasa ni yang terbaik, Insya-Allah...

Jawapan :Kita mestilah berhubung dengan Allah kerana Allah pencipta segalanya seperti "Ya Allah, hari ini aku ternampak dia Ya Allah, tapi layak ke aku suka kat dia sebelum aku dapat cinta Engkau. Ya Allah, jika perasaan ini mendatangkan keburukan kepadaku, Kau jauhkanlah perasaan ini daripadaku ya Allah..."

Ini hanyalah contoh, bergantung kepada empunya diri...

may Allah bless you...

Semoga Allah Redha

The sky is crying. Are you ?

bismillahirrahmanirrahiiim.


the sky is crying. Are you ?



As I gaze towards the sky,

it makes me wonder why,why is the sky turning cloudy?
Is the sky feeling gloomy?

“Oh, it is raining outside” says my little heart,

“Again?” As the rain starts to depart,
trillions of tiny droplets of water,
dashing through the atmosphere,
colliding fiercely onto the terrain,
making typical sounds of the rain.
It has been raining for days,
“Why it has to rain?” my heart says,
my days are filled with water,if not a drizzle, it may be a downpour or even a thunder.
Scary isn’t it when it rains?
Deaths occurs more than usual,
accidents happen due to slippery roads,
people are not happy as toads,
they say “Rain rain, go away”,“come back in another day.”
We forgot to start thinking,
the sky is actually crying,
we think we are too good to be true,
we forgot to implement Surah Al-Baqarah: 82,we fulfilled our lives with laughs and sins,transgressing bounds with defiant grins.
But this world is full of signs,
from the moon and the skies,
from the bees and the bugs,
makes it need to look up,and question what’s up.
“Why you deal with this stuff?!”,
“When your spirits a quest!”,
but like thunder this question struck,
all the signs that were sent,
they finally make sense,
you feel the torment,so you need to repent,but your heart is cement.
So cry! Soften your heart!
Cry in your tahajjud! Cry for Allah!Make the repentance your start!
 Let it all go because after every rainfall must come a rainbow.
Don’t hold back!
 Let your feelings run through your tears.
Insya Allah, He will be your cure!

CONCLUSION : Let us cry !


              Tears can afflit different impacts on people.People are sometimes weakened and strengthen due to                 weeping.We feel weak because the reason we cry is not because of Allah.But if the sole reason we broke into tears is Allah,then I can assure you your tears are tears of strength.It creates a strong drive in your heart.Well, let us shed our tears only for Allah.Melt down all your egos and make that cry.We are fortunate to have crying a sunnah and at the same time good for our spiritual and physical health.BUT REMEMBER ; don't cry because your    pakwe 0 makwe left you, but because Allah loves you !

              hee ~ ni sebenarnya copy n paste aje. link sebenarnya di bawah                             ini.http://langitilahi.com/2011/06/03/the-sky-is-cryin-are-you/ air mata taubat boleh memadamkan nyalaan api neraka !jom nangis ! (T_T)


Semoga Allah Redha

Sunday, 5 June 2011

Jauhi Riak


PENYAKIT rohani yang mengancam kemurnian akidah umat Islam ialah sifat riak yang masih wujud walaupun ia dibenci Allah. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuat dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan Allah di akhirat nanti.
"Nun, demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan" 
Imam Al-Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat, riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.
Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan orang lain. Hal ini bertentangan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati ikhlas mengharapkan keredaan Allah.
Jika penyakit riak dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia akan membinasakan kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau ibadat hanya untuk mengaburi mata orang ramai.
Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, warak atau rajin beribadah.
Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya.
Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak. Sabda baginda bermaksud: Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu (Hadis riwayat Ad-Dailami)
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. 
(Surah An-Nisa 4: Ayat 142) 

Semoga Allah Redha

Saturday, 4 June 2011

Bingkisan untuk sahabatku



Bila orang cakap....
   "Aku rasa aku ni teruk la! aku nak berubah! nak jadi yang lebih baik, tak nak kawan dengan orang yang suka lepak-lepak. Tak nak main fb lagi. Bila besar nak pakai purdah"

ibarat kau dan aku...


Aku rasa terkesan dalam jiwa aku...dan aku meninggalkan dirinya membiarkan dirinya mencari kawan yang jauh lebih baik daripada aku....

Aku mula rapat dengan orang lain....mencari teman yang ingin berkawan denganku...

Sejak aku rapat dengannya, aku mula mendapat sinar kebahagiaan, dia mengajar aku erti sahabat yang sebenar...

Tetapi, persahabatan yang terjalin tidak lama kerana ada 'insan' yang lebih menyayanginya, tidak senang aku berkawan rapat dengannya...

Satu hari...

"Aku bukan apa, aku bukan tak suka kau kawan dengan dia, tapi senang cakap aku nak dia je kawan aku. aku mintak maaf sangat"

Hari itu aku menngis sampai sembam mataku...sejak hari itulah aku mula menjauhkan diriku daripadanya...

Aku nampak persahabatan antaranya dan 'kawan barunya'. Mulanya, aku juga ada perasaan cemburu, tetapi...Allah lebih Maha Mengetahui apa yang berlaku selepas itu...

Bila aku terserempak denganmu dan 'kawan barumu' itu, 'kawan barumu' tersenyum kerana aku bersendirian tanpa sahabat di sisi....

Tetapi...saat kau sakit temanku, aku memang ingin sekali berada di sampingmu mengubatimu...tetapi 'kawan barumu' itu menghalang aku dan mengatakan kepadaku,
 "takpe, aku boleh jaga dia, ko pergilah study. periksa dah nak dekat"

Aku masih teringat hadiah terakhirmu saat kita berpisah, kau masih ingat hadiah hari lahirku yang kau beri???

Mubgkin kau sudah lupa  kerana memang sudah lama...

Tetapi aku masih mengingatinya, kerana itulah hadiah yang paling berharga buatku...
saat perpisahan pertama...

dan kita bertemu kembali...
 
Sahabatku...
adakah kau masih simpan hadiah terakhir yang aku berikan kepadamu...

Wlaupun ia tidak bernilai, tetapi kenanglah ia...

Sahabatku...
Andai kau tahu perasaan sayangku kepadamu
melebihi kasih'kawan barumu' kepadamu..

Kerana..
walaupun kita dipisahkan dengan jarak
tetapi kita takkan pernah sesekali dipisahkan..
kerana kita punya satu ikatan
persaudaraan dan persahabatan...

Aku ingin sekali
bertemu denganmu...

Adakah kau tahu sekarang ini
aku sangat-sangat merinduimu...

walaupun orang katakan
kau dan'dia' adalah sahabat baik
tetapi aku tetap lagi mengaku...
akulah sahabat baikmu...

sahabatku...
selepas kau pergi meninggalkanku
aku cuba mencari sahabat yang layak menggantikan temapatmu...

ternyata...
tidak siapa yang 
bisa menggantikan tempatmu...
oh...sungguh mulianya
kasihmu..
sehinggakan orang ramai suka berteman denganmu...

Maafkan aku
jika mengguris hatimu..
tetapi...kaulah sahabatku..

andai aku mati dahulu...
kirimkan doamu kepadaku...
keselamatn, kebahgiaan, ketenangan dan kejayaan roh aku...

terima kasih teman....



Semoga Allah Redha

Perjuangan Faris Audah

Siapa tak kenal Palestin. Negeri tersubur dengan darah syuhada. Sesubur minyak pohon zaitun, yang tumbuh di seluruh negera ini. Lebih dari tujuh dekad ( sejak tahun 1948 ) khafilah syuhada terus bertambah panjang, tiada henti di negeri para Nabi.

Banyak cerita berkaitan syuhada, luka, duka, air mata …. Ada yang tersimpan dan tercatat. Namun, jauh lebih banyak lagi yang tidak kita ketahui. Hanya tercatat pada lembaran Mahkamah Ilahi.

Di antara jejak perjuangan Palestina yang terabadikan adalah perjuangan Faris Audah. Budak Palestin berusia 11 tahun ini dengan gagah melempari kereta kebal Israel dengan batu dalam jarak 10 meter dengan beraninya. Kereta kebal Israel memang tidak rosak sedikitpun. Tapi bukan itu pesan Faris Audah Palestin kepada Israel dan dunia. Pesannya adalah “Hanya ada satu kata: Lawan.”

Gambar faris Audah
Faris Audah pun mengucapkan syahadah pada malam harinya. Setelah komandan pasukan Israel memerintahkan menggeledah seluruh rumah untuk menangkap dan membunuh Audah, budak yang berani. Mereka berfikir panjang; membiarkan Faris sehingga dewasa adalah memelihara bom waktu bagi Israel. Faris berpotensi menjadi  pejuang handal, seperti Imad Aqil, Yahya Ayyasy dan Mahmud Abu Hannud.

mereka (anak-anak Palestina) harus tampil ke gelanggang perjuangan melawan penjajah Zionis Israel yang didukung Amerika Serikat (AS) karena orang tua mereka berada di penjara-penjara Zionis Israel, pemimpin-pemimpin Arab dan dunia Islam diam “seribu bahasa”, tidak mampu mempertahankan Gaza yang telah berlangsung dua tahun lamanya, apalagi mengusir penjajah Zionis Israel dari tanah Palestin, bumi para Nabi.

Foto Faris kini tersebar ke penjuru dunia. Ia menjadi salah satu tonggak perlawanan jihad anak-anak Palestin. Faris tidak sendiri. ‘Adik-adiknya’ pun melakukan langkah-langkah yang sama. Seperti satu kisah nyata lainnya. Kakak (5 tahun) diajak melempar batu oleh adiknya (berumur 3 tahun). Perlawanan Palestin memang tidak main-main.

berikut adalah beberapa foto perjuangan anak-anak palestin lainya






Pesanan buat ikhwan dan akhawat yang lain....berjuanglah!!!

Walaupun hanya memboikot barangan Israel. Perjuangan kita tidak akan berakhir, bahkan Allah akan mengangkat kita di akhirat kelak, Insya-Allah

Semoga Allah Redha

untukmu teman....





Teman, 
 Atas tautan ukhuwah, 
Juga atas satu dasar yang kukuh, 
nan aqidah muslim,
 aku melayangkan warkah ini buatmu teman, 
wahai temanku an-nisa' engkau sedia maklum,
 engkaulah hiasan dunia,
 lantaran fitrah itu, 
engkau seringkali menjadi fitnah lelaki,
 dan sememangnya itu bukan kesalahanmu, 
tetapi itulah hakikat kejadianmu...

 wahai temanku ar-rijal,
 aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
 yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
 dan tentulah temanmu yang diimpi,
 seorang serikandi,
 wahai temanku an-nisa'
 aku mengetahui halusnya perasaanmu 
engkau ingin disayangi
 ingin dimanjai engkau juga ingin menyayangi 
juga ingin memanjai 
dan aku juga tahu
 temanmu ar-rijal juga begitu.... 
 tetapi temanku an-nisa
' ketahuilah engkau bercinta itu fitrah 
tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah 
kalau benar engkau mengasihinya 
kasihinya kerana Pencipta Fitrah 
dan jika engkau benar mengasihinya Kerana-Nya
 engkau takkan bisa melunakkan soutul engkau 
engkau tidak akan bisa melemparkan panahan menggodamu
 kerana engkau tahu itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal
 dan engkau mengetahui dia punya 9 akal dan 1 nafsu
 namun nafsu itu sentiasa beraja
 dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu
 nafsu raja yang menggila! 
kerana engkau tahu sahabatku an-nisa'
 dia akan terjerumus ke dalam api yang memebara
 andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila
 adakah benar engkau mengasihinya kerana-Nya?

 wahai temanku ar-rijal
 andai engkau mencintainya kerana-Nya 
letakkanlah Dia melebihi cintamu kepada dia 
andai engkau mengasihinya kerana-Nya
 engkau tidak akan bisa
 mengajaknya bermukah di taman sepi
 kerana engkau tahu dia punya 9 nafsu dan 1 akal
 tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
 andai engkau mengasihinya kerana-Nya
 engkau tidak akan bisa menyentuhnya
 walaupun yang ringan-ringan
 kerana engkau tahu itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
 dan engkau tahu bukan?
 zina tempatnya di api yang menjunam!
 apakah engkau benar mengasihinya
 andai kau relakan dia terjun ke neraka-Nya?

 Sahabatku an-nisa'
 sahabatku ar-rijal
 aku mengasihimu lillah
 lantaran itu dengarlah sedikit pesan ikhlas ku lillah
 manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
 bercinta tak salah tetapi letakkan cintamu kepada-Nya yang hakiki
 dan engkau kan merasa cinta manusia sedikt
 cuma andai Dia yang engkau dahului engkau takkan gelisah
 andai dia tidak mengirim sms
 andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata 
engkau tidakkan rindu
 andai sehari tidak bersua 
engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan I love you
 kerana engkau percaya Dia yang terbaik...
 Lantaran Dia yang terbaik....

Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...