Sunday, 9 December 2012

Muslimah Solehah itu saya!


Menjadi muslimah itu.

Muslimah seperti pohon semalu.

Semalam, terbaca post adik lelaki saya

Wahai wanita jadilah kamu seperti pokok semalu yang mengecutkan daunnya apabila disentuh....
Terima kasih adik, ingatkan!

Nak jaganya susah.

Memanglah, mujahadah memang payah kerana hasilnya indah.

Noktah.

Tiada siapa yang ingin membantah.

Sebab semua ingin menjadi muslimah firdausi kan?

Ayuh, sama-sama kita berubah.

Dengan kekuatan itulah yang membuat muslimah tetap kuat!

Muslimah bukan lembik dan layu.

Tetapi muslimah itu sopan santun.




Semoga Allah Redha

Lelaki itu

Lelaki itu..
bukan siapa-siapa
bukan orang yang terkenal
bukan orang yang begitu hebat
tetapi..
beliau hebat di kaca mata saya.

Siapakah gerangannya?


Beliau ialah..
ayah saya.

Bagi saya, beliau cukup hebat. Noktah. Lelaki yang paling hebat yang hidup dengan saya.
Teladan sabar yang saya belajar daripadanya.

Sedikit kisah hidup beliau yang ingin saya kongsikan,

Beliau seorang anak yatim sejak dlam perut ibunya. Dibesarkan dalam keadaan amat sederhana. Alhamdulillah..ibunya amat mengambil berat akannya dan memberikan kasih sayang secukupnya mengambil alih tugas suami yang telah meninggal dunia.

That's why nama beliau Yatim Selamat. Nenek beri nama tu sebab beliau ialah anak yatim yg selamat dilahirkan. Nak cerita bagaimana ayahnya meninggal lagi sedih. Tak perlu diceritakan di sini.
Biarlah beliau hanya menjadi kenangan dan ingatan kami.

Walaupun beliau anak yatim, beliau rajin berusaha. Sehinggalah beliau berjaya kini. 

Suatu hari aku bertanya,

"Abah, kenapa abah selalu ajak kitorang jalan2?"

"Sebab waktu kecik, mana ada abah pergi mana2. Duit pon tak cukup. Cukup untuk makan je. Abah mana ada abah. Abah cemburu jadi korang, ada abah. Abah nak anak-anak abah dapat kasih sayang yang cukup"

Dalam diam, aku menitiskan air mata.
Aku bangga dengan abah.

Abah, kaulah wiaraku


Semoga Allah Redha

Saturday, 1 December 2012

Seindah Ukhuwah Itu

Bismillah..

Maaf, saya tak pandai menulis. Tapi ada satu benda yang ingin saya kongsikan.
Semoga menjadi ibrah.


Ukhuwah.
Ikatan gembira kami.

Apa itu ukhuwah?
Biar post saya yang jawab..

Ukhuwah itu terjadi apabila berkasih sayang sesama saudara. Melebihkan kepentingan saudara daripada kepentingan diri. "Tidak dikatakan beriman diantara kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu seperti mencintai dirimu sendiri"
Jujur saya kata, saya kenal apa itu ukhuwah di teratak sekolah saya.
Sekolah yang saya cintai keranaNya.
Walaupun terkadang ada perselisihan, memanglah..setiap kemanisan pasti ada terselit kepahitan di situ.
Tapi, itulah yang membuatkan kami tetap kuat.

Ya, pasti kerana Allah jualah yang memberi kekuatan itu.

Sungguh, saya meyenangi mereka.
Telatah mereka, ragam mereka yang berbeza yang mencorakkan kebahagiaan
dan meneguhkan lagi ukhuwah itu.

Tapi, kami tak akan biarkan ukhuwah ini berakhir hingga kami keluar.
Kami ingin ukhuwah kami kekal hingga ke syurgaNya.

Waktu form1 tahun 2009, di Dorm Insyirah

Setiap hari, "Wahidah, bangun..",kak Amalina. Kak Amalina, Ketua Dorm kami. Dialah yang selalu bangun awal kejut kami. Kalau dia tak bangun, kami sedorm bangun lambatlah..
Lepas balik sekolah, naik dorm waktu malam..makan2. Kami ni suka sangat buat liqa'. bukan liqa' ape, liqa' makan. Balkis dengan Syafiqah yang selalu sponsor makanan. 
Dulu, saya paling suka dengar cerita kak Mahirah. Rindu nak dengar cerita dia. 
Kak Nadhrah, orangnya nampak garang..tapi rupanya, baik sungguh! Dialah akak first yang tegur saya. Dalam ketegasan sebagai Biro Dewan Makan ada kelembutan seorang gadis dalam dirinya.
Orang yang sentiasa senyum je..Kak Syazana. Ramai adik2 suka dengan kak syazana. Saya masih rindu satu dorm ngan kak Syazana.

Kalau dulu, kami sedorm suka cerita2. Liqa' itu amat saya rindukan. Tapi..kami dah meningkat dewasa, semua ada haluan masing2. Akak2 dah sibuk dengan SPM. Dah tak ada masa nak borak ngan kakak2 walaupun satu dorm.

Wahai kakak2 yang saya sayangi keranaNya,

Maafkan Nazra dari hujung rambut hingga hujung kaki. Saya tahu saya banyak silap. Kemaafan itulah yang saya harapkan daripada kalian. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. Andai kata, saya pergi dulu sebelum kalian, doakan kebahagiaan saya di sana. Semoga ukhuwah kita sampai ke syurgaNya.

Tak berjumpa lagi kat dunia pon tak apa. 
Asalkan keberkatan sepanjang ukhuwah kita di sini menjamin kita ke syurgaNya.

Sunggguh, saya sayang kalian keranaNya..^^




Semoga Allah Redha

Thursday, 22 November 2012

Puisi : Tanpamu, tanpaMu..by akhi hilal



ditinggalkanmu,
aku masih punya harap.
untukmu, pasti punya ganti bagiku
walau dunia kecil seketika
tetap nyawa itu masih berharga

ditinggalkanMu,
gelap seluruh dunia putus segala harapanku
untukMu tiada wujud ganti
walau dunia seluas semesta
tetap rasa sempit seakan tiada esoknya

tanpamu, aku tetap meneruskan hidup
bersama luka yang terpahat
aku mampu meneruskan perjalanan
walau pahit berselirat,
hingga tiba waktu sakarat

tanpaMu, aku suka memilih kematian
kerna tiada ertinya kehidupan
tanpa redha kasihMu wahai Pencipta Insan
takkanku mampu meneruskan permusa ran
walau nyawa panjang berlimpah kegemilangan
tidak mengapa ditinggalkanmu,
kerna aku bisa lagi punya harapan walau tanpamu.

Tetapi ditinggalkanMu,
tersepit aku di hujung dunia
kerna segalanya menjadi kelam tanpaMu wahai Yang Esa.
Kau kekuatanku
Kau sumber kasih sayangku

Kau nyalaan harapanku
kepadaMu aku bergayut
melutut melukut merayu
ditinggalkanMu adalah mimpi burukku,
tanpa redhaMu, hilanglah makna kewujudanku.



Semoga Allah Redha

Thursday, 23 August 2012

Inbox~

Bismillah...

hati....jagalah ia dengan sebenar-benar iman,
moga terpelihara,
kerana hati adalah raja!

21 July 2012 

Inbox. Ada teman yang saya sayang hantar message pada saya. Ucapan itu sungguh bermakna bagi saya.
Ingin saya kongsikan nasihatnya kepada saya. Semoga bermanfaat!
Cinta itu memang fitrah. Dan lazimnya, fitrah cinta inilah yg syaitan selalu pesongkan agar ia menjadi fitnah. 
Walau skrg, ada yg mengaku dia mencintaimu lillahi Ta'ala. Dan berkira2 mahu menikahimu bila tiba masanya. Tidak mustahil, cinta murni dia boleh menjadi fitnah. Menjadi sekadar cinta untuk mengisi kekosongan nafsu.
Jadi, dari pihakmu Wahidah , kamu, sahabatku, perlu jaga itu sebaik mungkin. Jgn selalu bermessage dgn llki. Mahalkan diri. 
Biar llki itu, berusaha sungguh2. Berjaya dahulu. Biar dia temukan cinta kita dalam redha Dia yg lebih berhak dia dan kita cinta . 
llki perlu : Jumpa wali terus, bukan bermessage shj dgn kita.
Dan dalam usia kita sekarang ni. Usah terlalu fikir ttg itu. Kita tuntut ilmu dulu tau. Agar bertambah cinta kita pada Allah.
grin
Wallahu A'lam.
Dan kepada 'dia', terima kasih kerana membantu saya menunjukkan jalan Rabb. Tapi saya sedar, saya salah bersandar pada manusia. Saya bersyukur kerana saya diberi peluang olehNya untuk berpatah balik.
Kesan daripada tarbiyah iman yang murabbi kita berikan, alhamdulillah Allah tunjukkan jalan.
Berpatah balik kepada jalnNya yang benar.
Saya ingin berpegang pada yang nyata.
Berpijak di bumi yang nyata.
Bukan berpijak di dunia khayalan.
Semoga kita sama-sama dapat bersama menggapai RedhaNya...

Terima kasih buatmu teman yang sudi mendengar luahanku~
salam sayang daripada
Pandangan Pertama
buatmu yang bernama
Lavenda

Semoga Allah Redha

Wednesday, 22 August 2012

Kekacauan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Tinta menulis, rasenye dah lama saya tak menulis. Selepas kekacauan yang berlaku, saya mengambil iktibar daripadanya.
Terima kasih Allah sebab bagi saya peluang dan waktu untuk saya kembali ke jalanMu.
Jalan yang lurus.

Kepada sesiapa yang terlibat dalam masalah ni, saya ucapkan berjuta kemaafan dan juga terima kasih :)
Semoga Allah melindungi dan merahmati kalian...


Rasa berdosa semakin bersarang dalam hati, walaupun rasa pilu semakin parah. Saya harap ada orang yang mendengar, semoga Allah lunturkan rasa pilu di hati saya.
Terima kasih kerana memahami..
Catatan hati Hamba Hina..

Semoga Allah Redha

Sunday, 5 August 2012

Biarkan Aku Menangis



Ingin menangis.
Aku hanya ingin menangis,
membuang segala gundah yang terbeku di hati,
biarkan ianya cair.

Sendiri bersama diriku ini.
Aku hanya ingin menangis,
kerna aku yakin manusia tidak memahami
yang tersayang juga tidak akan mengerti
dari aku berbicara dan dipandang dengan seribu muka
aku hanya ingin menangis
sendiri bersama diriku ini

Titisan itu teman karib
buat yang terpencil di dunia ini
bukan semua manusia memahami semua bahasa
bukan semua yang disayang akan mencintai diri semula
Akrab hilang bila berjauh
yang wujud sentiasa hanya DIA
bicara berat hendak diluah
maka tangis adalah bahasa termudah
aku hanya ingin menangis,
menenangkan hati yang menggeletar,
biarkan segalanya mencair,
sendiri bersama diriku ini.

Semoga Allah Redha

Saturday, 4 August 2012

Smile, even rain comes!

Seronoknya apabila melihat si ibu tersenyum.

Ketika si anak mengalunkan,
Si ibu datang mendengarkan.

Si ibu, 
Tampak gembira.

Melihat si ibu gembira,
Saya turut gembira.

Memberikan saya kuat untuk terus tersenyum.
Walau ujian tak henti menguntum.

Semoga mereka dapat dipertemukan di syurgaNya.




Semoga Allah Redha

Saturday, 21 July 2012

Zalimkah aku?

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada hari ini, saya bersyukur kerana dengan kasih sayang daripadaNya, dapat saya hidup di atas muka bumiNya.
Menempatkan rasa cintaNya kepada semua hambaNya, tidak menzalimi hambaNya walau secebis.
Walau secebis.
Walau secebis.


Zalimnya saya mengkhianati kesetiaanNya.
Kejamnya saya melupakan kasih sayang dan nikmat daripadaNya.
Hinanya saya dibandingkan dengan para kekasihNya.
Sanggup saya biarkan dan tidak mengamalkan Kalam CintaNya.
Sehingga jauh dan jauh daripadaNya.
Sampai bila saya harus begini?
Adakah hingga kiamat?

Ya Allah,
hamba ini berlumur dengan dosa,
Kau ampunilah dengan maghfirahMu,
walau secebis,
Kau kembalikanlah hambaMu ini ke jalan lurusMu,
walau secebis,
jadikan cinta Kau lebih aku sanjungi
daripada cinta hambaMu,
Aku cinta Kamu.
Aku cinta Kamu.
Aku cinta Kamu.

Jadikan aku ahliMu.
Jadikan aku ashabulJannah.
Jadikan aku pencinta setiaMu.
Selamanya...

dinukil oleh:
-Pencinta Ilahi-

Semoga Allah Redha

Friday, 20 July 2012

Oh lelaki, Oh wanita

Puisi yang dicipta untuk didedikasikan kepada diri yang penuh dosa ini,
juga kepada muslimin dan muslimat yg saya sayangi keranaNya.
Selamat membaca!
Segala komen dan kritikan boleh ditinggalkan di ruangan komen.
Enjoy!


Oh lelaki,
indahnya kau bermadah puisi
mempamer kata-kata mengusik emosi
hinggakan bertaut hati
sentiasa bermain di fikiran sang bidadari.

Oh wanita,
mudahnya kau tertipu dengan kata-kata
membuatmu 'angau' setiap masa
bazirkan waktumu mengingati si dia
nafsu gembira
syaitan tertawa.

Oh lelaki,
jika kau rasa cintamu murni
adakah layak kau menganggu si tambatan hati?
dalam memuaskan nafsu sendiri
terperangkap dalam ujian duniawi.

Oh wanita,
kau kata cinta itu buta
namun hakikatnya kau buta menilai cinta
cinta yang kau anggap benar adalah dusta
tertipu dengan syaitan durjana
maruahmu tercalar hina.

Oh lelaki,
andai kau sayangkan si bidadari
peliaharalah maruah
jangan kau cemari
ikutilah syariat Ilahi
agar kau sentiasa dihormati.

Oh wanita,
letakkan kehormatanmu setingginya
pagari ia dengan duri malu
bentenglah ia dengan kesabaranmu
pelihara di dalam kaca kelembutan
supaya ia tidak kecacatan
kau cantik di sebalik kesantunan
kau hebat di sebalik kesabaran
kau dihormati di sebalik ketinggian.

Oh lelaki,
jangan kau calarkan mereka
jangan kau kotori mereka
jangan kau permainkan mereka
dengan pisau peluka
dengan debu-debu dosa
dengan permainan dusta
mereka adalah bidadari-bidadari syurga
jangan kau hereti ke dalam neraka
mereka perlukan bidadara
pimpin ke arahNya.

Oh lelaki,
Oh wanita,
aku sayang kamu kerana sayang daripadaNya
aku cinta kamu kerana cinta daripadaNya
satu kata hendakku kata
pelihara kehormatanmu sehebatnya
jadikan kamu penghuni syurgaNya.

Andai aku tersalah bicara
mohon maaf dipinta
bukan niatku mengguris luka 
tetapi inilah yang ku mampu lakar
sebalik sebuah puisi
yang terkandung 1001 mimpi
dari seorang Pencinta Ilahi...
~Nazratul Wahidah
22 Jun 2012
2 Syaaban 1433H 

Semoga Allah Redha

Sahabatku, dunia akhirat

kami bersahabat sehingga Syurga



apakah yang lebih berharga daripadamu
walau mentari malap
hadirmu memberikanku cahaya
hilangmu mengundang gelita
senyumanmu adalah pelita
murammu adalah derita

Sahabat
aku akan berdiri di sisimu
sentiasa
bersamamu
walau berjauhan
tetapi doaku tetap melayang menujumu

sahabat
aku tidaklah mengharapkan hartamu
namun kumengharapkan doamu
ukirlah senyuman setiap kali kau memandangku
sesungguhnya doa dan senyumanmu menghidupkan daku

sahabat
kau asipirasiku
inspirasi tika sempitku
penghibur tika lukaku
kau adalah rembulan jiwaku
Semoga ALLAH sentiasa merahmatimu
Kepada sahabat-sahabat yang saya sayangi keranaNya, andai saya berada di tepi jurang nerakaNya, hulurkanlah tangan-tanganmu, tariklah saya ke dalam syurgaNya yang indah dan menenangkan agar saya dapat bersama-sama hidup dengan awak selamanya.. amin

Semoga Allah Redha

Guru, Sungguh Kau Adalah Jiwaku!


Saya teringatkan para murabbi yang mentarbiyyah diri ini.
Sajak ini, saya buat khas untuk pendidik-pendidik dan terutamanya murabbi saya.
Enjoy!

Guru,
sungguh kau adalah jiwaku
Saban hari aku memerhatikan
langkah-langkah menutup kepenatan
wajah-wajah memberikan keceriaan
suara-suara yang membawa kebahagiaan
daripadamu wahai guru yang aku cintakan


Guru
Sungguh, guruku kau adalah jiwaku
bunga-bunga mekar yang tumbuh dalam hatiku
kaulah ibu, kaulah bapa
mendidik penuh tabah tanpa mengungkit jasa
Tulus memproses diriku yang banyak kerenahnya
membesar, membesar dan aku membesar
di bawah dodoian cinta dan kasihmu yang ikhlas keranaNya

Guruku,
 kau adalah jiwaku
kau kenalkan aku kepada Allah
membawa aku kepada Sunnah Rasulullah
menghidupkan hatiku dengan Islam
dan mengajarku agar hidup sebagai hamba dengan penuh amanah
aku takkan lupa, aku takkan sesekali lupa
apa ilmu yang kau tumpahkan
apa kasih yang kau curahkan
semuanya terpatri kemas dalam jiwa

Guruku,
jika aku mampu
inginku terbang ke awanan
memetik gugusan bintang sebagai hadiah tanda penghargaan
namun aku sedari
hatta jika aku mampu membeli seluruh dunia ini
tiada mampu untuk membalas jasamu guru
denganmu aku mampu berjalan
denganmu aku mampu terbang
menggapai apa yang aku cita-citakan
mendapat apa yang aku hajatkan

Guru,
sungguh kau adalah jiwaku
akan kubalas usaha dan penat lelahmu
akan kubayar perit dan jerimu
dengan menjadi hamba yang bertaqwa mengejar redhaNya
dengan menjalani kehidupan yang baik di atas jalanNya
agar nanti aku berdiri di hadapanNya
dan amal-amal kebaikanku ditunjuk sebagai tanda berjaya
aku akan berkata dengan lantang dengan penuh rasa bangga dari kalbu
"Sungguh yang mendidikku ke arah ini semua adalah guruku yang bernama itu dan itu"

Semoga Allah Redha

Sunday, 1 July 2012

Si Pendosa

Bismillah...


Pada hari ni genap entriku yang ke 100 setelah 1 tahun berkecimpung dalm dunia blog.
Takde ape yang ingin saya kongsikan, hanyalah sebuah puisi tentang "Si Pendosa".
Bacalah, moga bermanfaat!


Mereka terlena sendirian
dalam kegelapan malam yang mengasyikkan
sedang manusia terjaga
di saat kecerahan siang
walau matahri terik memancarkan sinarnya
mereka masih terlena
hanyut dibuai keindahan dunia

Si pendosa
sama seperti biasa
terus lalai dan leka
hidup dalam buih-buih hina

Datanglah sang pencinta dakwah mengeluarkan kata
cacian dan makian diludah segala
dihina mereka para pendosa
mereka buruk di kaca mata manusia
walhal mereka juga seprti kita
manusia.

Mereka masih dalam kegelapan
tiada siapa menyinarkan cahaya
menghulur tangan memimpin kejalanNya
mereka tahu mencerca
dai'e terus menghina
murabbi menganggap para pendosa
ibarat mayat yang tiada guna.

Wahai sang da'ie,
mereka butuhkan nasihatmu
wahai sang murabbi,
mereka dahagakan kasih sayangmu,
wahai kamu,
mereka perlukan bantuanmu,
ya,kamu yang sedang membaca!

Usah dihina para pendosa
mereka perlukan cahaya cintaNya
bimbinglah mereka ke jalan Pencipta
agar dunia terus menyala
gejolak rindukan iman
hati mantap pada Tuhan.

Wahai si pendosa,
Allah masih beri kita masa
walau dosa kita merimbun
sebelum nyawa sampai di ubun
sungguh,
Allah amat menyayangimu,
jangan kau sangkal kasih Tuhanmu
sungguh,
Dia mengasihanimu.

Nasihatku buat para da'ie,
usah kau cerca dengan kata-kata nista
menghukum mereka para pendosa
hingga mereka tersungkur
mereka tidak mampu berdiri
kaulah yang mampu membuatkan 
mereka bangun kembali
oleh itu,
berikan mereka ruang dan waktu
teruskan sinarkan cahaya itu.

2.7.2012
12.14 pm
~Nazratul Wahidah
dalam bilik

















Semoga Allah Redha

Saturday, 9 June 2012

Sahabat

untuk teman-temanku
especially Nurul Hidayah Ngasiman @lavenda
sebab dia yang beri saya dengar lagu ni.

Thanks a lot my friends,
kalau saya mati dahulu,
tak perlu kenang jasa saya,
asalkan awak semua doakan saya
agar Allah letakkan saya di kalangan orang mukmin
bersama kawan-kawan saya.
itu sahaja yang saya harapkan.
terima kasih sahabat!

Semoga Allah Redha

Thursday, 7 June 2012

Perempuan-perempuan itu.



Perempuan-perempuan yang dilupakan...

Hari ini saya teringat kepada beberapa orang perempuan.

Hem...

Siapakah yang saya teringat itu?

Perempuan-perempuan ini, ada yang saya kenal masa tadika. Ada pula yang saya kenal masa sekolah
rendah. Ada pula yang saya kenal masa sekolah menengah.


Mudah cerita, saya suka dengan perempuan-perempuan ini sebenarnya. Pada saya,
mereka amat bermakna dalam kehidupan saya.

Oleh kerana saya teringat akan mereka, maka saya ingin perkenalkan mereka kepada kalian.

Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan.


Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi?

Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri?

Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana?

Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana?

Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia?

Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja?

Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda
akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis itu . Itu
itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini.

Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, gugur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT.


Khadijah Khuwailid 

Maka hari ini, saya nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.
Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar A fah Solehah(wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW.

Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.


Fatimah Az-Zahra

Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.


Asiah isteri Firaun

Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang
menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa as dari dibunuh
Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa as. Malah, ALLAH
telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.


Masyitah

Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun.
Beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya
dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak
mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh
keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.


Maryam

Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Mayram, ibu kepada Isa as. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa as. Apabila dia melahirkan Isa as dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa as boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.


Nusaibah

Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi
minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila
tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh.

Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.  Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, Bangun wahai anakku. Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh.

Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?  Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, Ini dia orang yang telah melukakan anakmu. Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan  pedang.

Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya, kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah Hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yanng mengingati Ummu Imarah ini?


Ummu Sulaim

Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang ka fir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim.

Ummu Sulaim berkata: Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman . Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, "Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim."

Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?


Ummu Salamah

Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW? Ummu Salamah. Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW.

Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, Kenapakah berlaku begitu?

Ummu Salamah berkata, Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah
haiwanmu Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.


Aisyah

Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith
Ifki(kisah rekaan) berlaku, menumpahkan tnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh,
yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.

Siapakah pula yang mengingati Asma binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah.

Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.


Khansa'

Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid.

Akhirnya dia menangis. Orang berkata, Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya?

Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH .

Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka?

Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka?

Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji?

Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi?

Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi?

Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri?

Siapa?

Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan.

Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan.

Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan.

Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.

Dan saya nak jadi seperti mereka.

Hidup bahagia di syurga.

:)

Semoga Allah Redha

Tuesday, 5 June 2012

Sa'adah

Sa'adah.
Nama yang cukup indah.
Mengingatinya meluluhkan jiwa
Kata-katanya pembangkit insan.

Kebelakangan ini,
saya sering termimpikannya.
Walau berjumpa hnya beberapa tika.
Kerana dia, kumpulan kami yang hambar bertukar ceria.
Kerana dia,
orang yang bernama Sa'adah.

Kumpulan UMARAIN kosong tanpanya.
Walau jiwa sudah diisi kalimat-kalimat yang penuh bermakna.
Kata-katanya yang paling saya ingat:

"Tegakkanlah Islam di hatimu, maka akan tertegaklah Islam di muka bumi ini"

Kak Sa'adah, kami amat rindukan nasihatmu.
kata-kata membina,
nasihat bermakna,
Temukan kami di Syurga nanti Ya Allah!
Kami mohon,
Rahmatilah Kak Sa'adah.
Semoga Ukhuwwah ini berkekalan hingga ke syurgaMu..

UMARAIN -7


Semoga Allah Redha

Saturday, 28 April 2012

BERSIH?

Salam pembina jiwa.
Penyegar hati. Pembangkit emosi.
Salam selunak nyanian hurun In buatmu.
Buat segala seisi alam.
Buat semua ikhwan akhawat.

Apa yang ingin saya kupas, tentang BERSIH
BERSIH
3.0
Tiada apa yang mahu saya kupas
Saya sokong mana?
Entahlah.
Saya sokong yang adil.
Siapa yang adil?
entahlah.

Biarlah Allah yang menilai...
Bersihkan hati..
bersihkan dosa..
bersihkan segalanya...

segalanya.








Semoga Allah Redha

Saturday, 21 April 2012

Ibu...


Saya ingin cerita tentang seorang wanita yang amat mulia.

Ibu saya.

Sekalung apresiasi buat Umi.

Membesarkan kami walau kau menanggung derita.

Untuk insan yang selalu melupai ibunya.

Termasuk saya.

Moga kita sentiasa mengasihinya.

Saya terjumpa sebuah komik yang amat menyayat hati.

Kisah Seorang Ibu Bermata Satu...


Semoga Allah Redha

Thursday, 15 March 2012

Aku,Kau,Matahari dan Bulan

Aku.Aku juga berubah.
Perubahan yang mengubah diri.
Mendewasakan diri.Mematangkan pemikiran.

Kehidupanku.Dunia baruku.
Aku bersyukur dapat menjalani onak-onak duri bersama rakan yang memahami.
Aku dan dia, sama sahaja.Kita serupa.
Dan aku dan dia mahu sama-sama berjaya.
Menjadi matahari dan bulan.

Aku sukakan matahari.
Sinarnya menghangatkan.Taatnya mengagumkan.
Kebesarannya membuktikan bahawa ada yang lebih besar daripadanya.
Sudah tentu Tuhan!

Kau pula sukakan bulan.
Bercahaya menyuluh malam gelita.Cantik dipandang.
Bulan purnama tak pernah malap.
Walau jarangnya bulan itu muncul.
Keindahannya menampakkan bahawa ada yang lebih indah daripadanya.
Sudah pasti Yang Maha Indah!


Terkadang terfikir, adakalanya baik jika aku adalah tanah selamanya.
Dipijak manusia.Ya, aku memang hina.
Tetapi, Allah ciptakan aku hidup supaya aku bertaubat.
Allah masih beri aku peluang.
  Aku yang kini, sudah berubah!
Aku juga mahu kembali kepada yang asal.
Ya, aku tanah yang hina!

Semoga Allah Redha

Wednesday, 14 March 2012

Sendiri.

Bismillah.


Dengan kecerahan subuh yang menjelma.Kalam Ilahi dibuka dan dialunkan penuh kesyahduan.
Tatkala burung-burung berkicauan.Saya tersenyum menampakkan tanda kesyukuran.
Terima kasih.Terima kasih atas segalanya.

Biarkan hamba menangis penuh kegembiraan.

Menangislah.
Gugur seperti hujan.
Turunlah.
Biarkan hamba menangis.
Sendiri.


Semoga Allah Redha

Cinta.

 Bismillah.


Bertebaranlah.
Melatalah di muka bumi ini atas nama cinta Allah dan Rasul Nya~
Kerana cinta itu, permaidani kehidupan.
Menguatkan jiwa.
Bukankah Allah menciptakan kita dengan penuh cinta?

Semoga Allah Redha

Dia.



Dia.
Dia.Saya amat hormati dia suatu masa dahulu.
Ilmunya menggunung amat jauh berbanding dengan saya.
Dia yang saya kenal dahulu cukup indah.
Menjaga penampilan, berilmu dan menjaga ikhtilat.
Jika dahulu dia yang saya kenali, amat menjaga pergaulan.
Kata-katanya dijaga.
Tidak bercakap dengan ajnabi perkara yang tidak berfaedah.
Namun, dia yang dahulu sudah hilang.
Hilang, dibuai kesenangan duniawi.

Dia.Perubahan dia mungkin tidak disedari olehnya.
Saya yang sedari juga mereka yang prihatin tentangnya.
Saya banyak belajar daripadanya.
Dia sering berkongsi tentang ilmu.
Ilmu yang manusia sering terlupa.Ilmu tentang kiamat ini sudah hampir!
Tetapi, sekarang saya sudah tidak mendengar dia berkata lagi tentang ilmu.
Saya sedih.Juga mereka yang dahaga nasihatnya turut menangis sama akan perubahannya.

Dia.Amat senang berada di samping dia.
Kami bersama-sama membesar dalam dunia penuh cabaran.
Saya juga sudah berubah.Dia juga turut berubah.
Tetapi, mungkin perubahan dia tak mampu mengawal dirinya.
Dia di samping rakan-rakan baru.
Dia tampak ceria.tutur katanya berbeza.
Saya lihat dia bergaul dengan ajnabi.Depan mata saya.
Dia tampak bahagia dengan kehidupannya yang sekarang.

Dia.Adakah dia tahu yang kami mahukan dan rindu dia yang dahulu?
Dia yang dihormati kerana keimanannya yang tinggi.
Jiwanya yang kental terhadap pelbagai ujian.
Dia berubah kerana seorang lelaki.
Lelaki yang mengubahnya.
Lelaki itu, tolong kembalikan dia.
Rakan-rakannya yang baru, tolong pulangkan dia kepada Pencipta.
Tolong!
Kami perlukan dia!Dia sudah jauh daripda kami.
Kami mahukan dia yang dahulu.

Diri ini hanya mampu berdoa untuk dia.
Agar dia menjadi dia yang dahulu, juga dia yang hebat.
Dia pernah berkata kepada saya,
"Aku nak jadi pemimpin, aku nak ubah dunia, nak ubah fikiran orang"
Saya hanya mampu berkata,
"Insya-Allah, berdoalah banyak-banyak.Semoga Allah perkenan"

Dia. Adakah dia masih ingat kata-katanya.
Dia dalam kekeliruan yang nyata.
Kembalikan dia ke jalan yang lurus.
Jadikan yang kusut dan keliru itu lurus.


Semoga Allah Redha

Tuesday, 13 March 2012

Dosa dan Lalat



Dosa.Cukup biasa orang melihat.
Apakah perasaan anda jika melakukan dosa?
Bukan anda sahaja,
Saya juga.
Sama-sama melakukan dosa.

Ada yang anggap dosa sebagai seekor lalat yang hinggap di hidung.Dikuis pegi.
Dan kita akan lupa pada lalat itu.Biarkan sahaja.
Adakah begitu?

Saya terlihat mereka sedang asyik dengan hiburan.
Ada juga yang lalai dengan talian teman hingga tertinggal taliannya dengan Ilahi.
Saya dan mereka dilalaikan oleh Dunia seketika.
Saya bimbang jika saya dan mereka diambil nyawa sebelum sempat bertaubat.
Kami penghafaz Quran.
Hiburan dunia yang secubit sudah lalai.
Inikan lagi mereka di luar.

Saya menangis.Cukup bimbang.
Kami ini yang dikatakan da'ie ini melakukan dosa sama seperti yang di luar sana.
Hati ini sungguh kotor.

Saya melihat lagi seorang teman.
Dia sama seperti saya.Saya amat menyayanginya.
Namun, dia sudah lain.
Matanya yang bening dan menjaga sudah tiada.
Kata-katanya kepada ajnabi dijaga juga hilang.
Gelaran kaki ilmu terbuang entah ke mana.
Semuanya kerana hiburan dunia.
Secebis cuma!

Lantas aku berdoa.Doa seorang hamba kerdil kepada Penciptanya.
Aku berdoa agar dia disedarkan dan dibawa jauh daripada kelalaian dunia ini.
Aku juga mahu menjadi seperti mereka yang diberi rahmat dan hidayah olehNya.
Berharap..Hanya doa yang mampu ku tuturkan.
Ameen...

Semoga Allah Redha

Sabar.


Sabar.

Cukup indah jika dilihat

Tampak kuat dan hebat

Hanya dengan bersabar.

Jadilah penyabar seperti Ayub alaihissalam

Walau penyakitnya melanda

Imannya kukuh terhadap Pencipta

Sabarnya

Membawa dia ke syurga

Kerana berkat kesabarannya

Allah mengangkatnya

Sabar.

Sabar atas segala

Bersabarlah

Agar kita tampak Kuat

Jadikan aku orang yang sabar

Walau hanya sekelumit cuma

Letakkan aku dalam kalangan orang-orang yang bersabar

Ameen...

Semoga Allah Redha

Saturday, 18 February 2012

Hadirlah bersamaku


Rasulullah

Aku umatmu

Aku bangga menjadi umatmu

Walau ku tak sempat melihat wajahmu

Mendengar suaramu

Bersama-sama berjuang denganmu

Aku tetap bangga 

beribu tahun kita dijarakkan

Kalau Allah bagi aku pilihan

Aku akn pilih untuk bersama denganmu

Tak rela badanmu dihancurkan

Biar aku jadi korbanan

Aku rela menjadi gantian

Tapi aku tetap tak sehebatmu Muhammad

Kau pemuda hebat tiada tandingan

Aku malu melihat umatmu

Aku malu denganmu

Ya Rasulillah

Kau menangiskah Rasulullah?

Kau tersenyum gembira?

Selawat dan salam yang mampu ku tuturkan

Untukmu

Aku ingin kau tahu

Aku amat rindukanmu

Umat ini dalam kegelapan tanpa cahayamu

Kami perlukan jasadmu

Juga cahayamu

Berada di setiap sudut

Ya Ilahi

Berilah aku ketemu

Dengan KekasihMu

Walau hanya dalam tidur

Biar tidurku lena

Dihiasi dengan wajahmu

Hanya seketika

Hadirlah dalam mimpiku

Kekasihku



Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...