Monday, 23 January 2012

dunia tarbiyah...1 tarbiyah!



Sejenak saya terfikir. 2012sudah pun bermula. Tahun yang penuh konflik.
Pelbagai penipuan yang berlaku di dunia. Terasa dunia ini sesak dengan segala penipuan yang berlaku.
Dunia rasuah. Dunia jenayah. Dunia maksiat.
Argh..betul orang kata dunia hampir kiamat.
Tapi, bila?
Adakah esok? lusa? atau,2020?
Siapa yang tahu? Allah azza wa jalla sahaja yang boleh merungkai persoalan ini..
Tapi, sampai bila kita hidup dalam dunia penipuan ini?


Pemimpin dunia yang dikagumi Allah berada di mana?
Aku rindukan pemimpin ISLAM
adakah lagi yang persis Rasulullah
sahabiyah atau mungkin
zaman usmaniyah?
aku hanya mampu menggeleng kepala
mungkin ini juga salah semua
kerana tidak ditarbiyah dengan agama sejak kecil
ya, TARBIYAH itu penting!


Andai mereka tahu bahawa tarbiyah itu penting
tentu sahaja 1 MALAYSIA akan ditukar kepada
1 TARBIYAH
argh, aku terlalu rindu dunia tarbiyah
Rasulullah mengajar umatnya dengan tarbiyah
fitnah tidak akan terjadi
malah perpaduan juga dapat dibentuk
1 MALAYSIA tidak perlu
jika manusia ditarbiyah


Para pemimpin, ambillah iktibar
daripada luahan hatiku ini
mungkin ayat yang ku tuturkan
bisa mencalarkan hatimu yang sesuci embun subuh
aku tau kata-katamu bisa mengguris
dan membuatmu terluka
namun, aku amat berharap agar kau selami ayat-ayatku
cari apa yang aku hendak sampaikan
terokailah  dan pimpinlah dunia dengan sebaiknya
kerana Dia sudah menetapkan kau sebagai pemimpin
pikullah sebaiknya demi umat
supaya kau sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya

Aku yang lemah hanya mampu menadah tangan dan berdoa agar dunia ini kembali seperti dahulu...dahulu kala...:)


everything begins with tarbiyah!

Semoga Allah Redha

Sunday, 22 January 2012

Menjadi seorang aku

andai cinta Allah didahului...tentu indah kehidupan



Ku lihat  laut nan biru terbentang luas
mengalir tenang tanpa gelojoh
jernih warnanya menampakkan keindahan
masin rasanya menunjukkan kebijaksanaan
makhluk pelbagai hidup di dalamnya
garam yang berjuta
tidak bisa memasinkan penduduk
hebatnya ciptaan Tuhan!
surut dan pasang ada aturan
terkadang aku terfikir
hendak menjadi sang laut
memberi sumber air kepada manusia
juga kepada makhluk ciptaan-Nya
namun
aku terdengar sang laut berderu
mengatakan aku lebih beruntung
menjadi seorang manusia

aku berjalan lagi
terlihat sekawan burung riang beterbangan
seraya aku menguntum senyum
tercalit rasa tenang dan bahagia
menjadi sang burung
bebas di udara
terbang ke mana saja yang dia suka
tanpa menaiki kapal terbang
atau selainnya
kerana kau punyai sayap
berzikir tiba saatnya
walau aku tak mengerti bahasamu
kau juga berbisik kepadaku
aku lebih beruntung menjadi manusia
lantas aku tersenyum

teriknya matahri di hari
keringat mentari membasahi pipi
alangkah gembiranya aku
jika menjadi si mentari
memberi cahaya di kala manusia
kegelapan
malam juga kau memantulkan cahaya
daripada sang bulan
kau sinari bulan dengan cahayamu
walau si bulan hakikatnya hodoh
dan berkawah
tidak kau endah kutukan manusia
kau terus memberi cahaya
kerana kau tau kebaikan 
untuk semua
sinarannya memberi aku tanda
bahawa 
untungnya menjadi manusia

aku jarang bersyukur atas nikmatnya
selalu meminta dan terus meminta
andaianku juga 
terlalu melebihi daripada pemikiranku
indahnya jika semua manusia
bersyukur setiap nikmatnya
dosaku berdozen
namun kau tetap memberi 
dan memberi keampunan tanpa henti
sehingga saatnya tiba
berapa ramai umat-Mu bersyukur
dan mengambil peluang?
aku berharap sentiasa berada di bawah rahmat-Nya..
sentiasa


Semoga Allah Redha

Saturday, 21 January 2012

impian seorang insani



mujahadah memang payah. bermujahadah  juadah sang jannah! teruskan bermujahadah


Fikiran ku menerawang entah ke mana
ku teliti jasad yang diberi oleh-Nya
subhanallah!
tiada yang lebih lengkap daripada ciptaan-Nya
hamba-Mu ini amat bersyukur..

Aku terfikir jika Rasulullah ada bersama kita
adakah baginda tersenyum bangga 
atau menangis kecewa?
ah, andaian yang sungguh rumit
perjuangan baginda 
terlalu banyak dan besar
sehinggakan seluruh amalan umat dikumpulkan
tiada yang bisa menandingimu 
ya Rasulullah
selawat atasmu aku tuturkan
agar kau sentiasa bahagia di atas arasy Allah

Tiba-tiba aku terfikir
bilakah saat kematianku?
adakah sebentar sahaja lagi 
ataupun 10 tahun akan datang?
firman Allah berputar di minda
Dan Allah tidak akan menunda kematian seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan  (al-munafiqun)
tahun baru juga sudah bermula
azam baru pasti juga ada
mungkin azamku tidak setinggi mana
cita-citaku?
rakan-rakan ramai yang mentertawakan
ada juga segelintir yang menyokong
mungkin ianya terlalu tinggi
namun,
apapun cabaran yang menghalang
aku mahu cita-citaku dikecapi
agar aku bisa menegakkan agama-Mu ini Ya Allah
di atas landasan yang benar
aku tidak rela agama suci ini
dihina dan dipermainkan
siapa lagi yang berani menegakkan Islam
banyak lelaki yang tidak bisa memimpin
duduk dan tunggu disuruh
hingga munafiqun yang memerintah dunia ini
di mana muslimin?
di lorong-lorong gelap?
atau di jalan haji Taib?
ah, sungguh memalukan!

biarlah aku wanita yang menegakkan agama-Mu
pabila hudud terlaksana
kuranglah maksiat di dunia
malah ramai yang hendak beribadah
semuanya mengikut firman-Nya
bertambahlah ulama'
aku mahukan DUNIA seperti itu
mampukah aku melaksanakannya?

mungkin ramai tertanya-tanya 
pabila membaca luahan ini
apakah cita-citaku?
aku hanya mampu mengoyak tersenyum
dan berkata
tunggulah, saatnya akan tiba...
jika aku tidak bisa
zuriatku akan mengikuti hasratku
mungkin juga zaujku
atau sekadar impian?

tunggulah nanti, doakan yang terbaik, kawan! iringi aku dengan doamu...

kawan memberikan aku seribu makna

Semoga Allah Redha

Cabaran tahun baru

HAPPY NEW YEAR!!!

masih belum terlambat rasanya nak ucap selamat tahun baru, semoga menjalani hari-hari yang baru,
suasana pembelajaran yang baru,
roommate yang baru,
calssmate yang baru,
dunia islam yang baru...

wah, cakap pasal dunia islam ni, ana nak cakap sikit, alhamdulillah, ANWAR IBRAHIM didapati tidak bersalah dalam kes liwat...

fitnah sekarang merata-rata boleh dijumpa, mereka terlupa bahawa ALLAH telah merakamkan firmannya yang berbunyi:
             
            "dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan..."


                                                                                                        (al-baqarah)
andai kata semua umat manusia mengikuti firman-Nya, alangkah indahnya dunia ini dipenuhi dengan penduduk yang mentaati perintah-Nya. Seharusnya, politik tidak boleh dipisahkan daripada agama, malah perlulah disatukan kerana masjid adalah gelanggang ibadah juga. Semakin hari, manusia semakin alpa daripada rahmat-NYA.

oklah, ana  tak nak kupas isu politik di sini, ana suka kelas baru ana..ana tak tau nak cakap apa pasal kelas ana. Pelajaran form4, ada yang cakap complicated..hmm, yang penting FOKUS DALAM KELAS itu je tipsnye

ana ada gambar untuk antum tentang fitnah, ana harap antum dapat ambil pengajaran daripadanya. Hanya untuk perkongsian sahaja.

ana tahu, memang susah nak elak, kalau susah, jangan dekati orang yang sedang mengumpat, elakkan diri.
Semua mampu mengubahnya, dosa orang mengumpat seprti makan daging saudaranya sendiri. Mahukah kita makan daging manusia yang busuk dan berdarah? Pastinya tidak!
Muhasabah kembali, JIKA ANTUM INGIN MENGUMPAT, INGATKANLAH FIRMAN ALLAH INI. Nasihatkan hati, agar tidak terjebak, lebih elok jika tidak cakap perkara yang melalaikan.


Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...