Saturday, 18 February 2012

Hadirlah bersamaku


Rasulullah

Aku umatmu

Aku bangga menjadi umatmu

Walau ku tak sempat melihat wajahmu

Mendengar suaramu

Bersama-sama berjuang denganmu

Aku tetap bangga 

beribu tahun kita dijarakkan

Kalau Allah bagi aku pilihan

Aku akn pilih untuk bersama denganmu

Tak rela badanmu dihancurkan

Biar aku jadi korbanan

Aku rela menjadi gantian

Tapi aku tetap tak sehebatmu Muhammad

Kau pemuda hebat tiada tandingan

Aku malu melihat umatmu

Aku malu denganmu

Ya Rasulillah

Kau menangiskah Rasulullah?

Kau tersenyum gembira?

Selawat dan salam yang mampu ku tuturkan

Untukmu

Aku ingin kau tahu

Aku amat rindukanmu

Umat ini dalam kegelapan tanpa cahayamu

Kami perlukan jasadmu

Juga cahayamu

Berada di setiap sudut

Ya Ilahi

Berilah aku ketemu

Dengan KekasihMu

Walau hanya dalam tidur

Biar tidurku lena

Dihiasi dengan wajahmu

Hanya seketika

Hadirlah dalam mimpiku

Kekasihku



Semoga Allah Redha

Berjaya.

Bismillah.


Dan sesungguhnya sesiapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke syurga. 
Sesungguhnya dia telah berjaya.

Begitulah berjaya nya seseorang itu pada pandangan Allah berdasarkan sepotong ayat Al Quran.
Maka. Saya dan kamu harus memilih. Mahu berjaya yang bagaimana.

Dan kerana Tuhan mu. Maka bersabarlah.
Semoga kita sama-sama berjaya ~


Semoga Allah Redha

Sepi



sepi

adakalanya kita perlu sepi

dalam ruangan penuh ilusi

meneliti kelemahan diri

sunyi

biarlah bicara senyap sunyi

tanpa kalam menuturi

mari berfikir dan memuhasabah diri

tentang kejadian alam sang Ilahi

indah sekali!

lantas aku merendah diri

kepada Pencipta alam ini

berzikir membaca kalam suci

mutiara jatuh membasahi pipi

alngkah indahnya penciptaanMu Ilahi

mengapa kini

baru ku sedari?

aku rugi!

biarkan diri ini sendiri

bersama sang Pencipta diri

sendiri...



Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...