Thursday, 15 March 2012

Aku,Kau,Matahari dan Bulan

Aku.Aku juga berubah.
Perubahan yang mengubah diri.
Mendewasakan diri.Mematangkan pemikiran.

Kehidupanku.Dunia baruku.
Aku bersyukur dapat menjalani onak-onak duri bersama rakan yang memahami.
Aku dan dia, sama sahaja.Kita serupa.
Dan aku dan dia mahu sama-sama berjaya.
Menjadi matahari dan bulan.

Aku sukakan matahari.
Sinarnya menghangatkan.Taatnya mengagumkan.
Kebesarannya membuktikan bahawa ada yang lebih besar daripadanya.
Sudah tentu Tuhan!

Kau pula sukakan bulan.
Bercahaya menyuluh malam gelita.Cantik dipandang.
Bulan purnama tak pernah malap.
Walau jarangnya bulan itu muncul.
Keindahannya menampakkan bahawa ada yang lebih indah daripadanya.
Sudah pasti Yang Maha Indah!


Terkadang terfikir, adakalanya baik jika aku adalah tanah selamanya.
Dipijak manusia.Ya, aku memang hina.
Tetapi, Allah ciptakan aku hidup supaya aku bertaubat.
Allah masih beri aku peluang.
  Aku yang kini, sudah berubah!
Aku juga mahu kembali kepada yang asal.
Ya, aku tanah yang hina!

Semoga Allah Redha

Wednesday, 14 March 2012

Sendiri.

Bismillah.


Dengan kecerahan subuh yang menjelma.Kalam Ilahi dibuka dan dialunkan penuh kesyahduan.
Tatkala burung-burung berkicauan.Saya tersenyum menampakkan tanda kesyukuran.
Terima kasih.Terima kasih atas segalanya.

Biarkan hamba menangis penuh kegembiraan.

Menangislah.
Gugur seperti hujan.
Turunlah.
Biarkan hamba menangis.
Sendiri.


Semoga Allah Redha

Cinta.

 Bismillah.


Bertebaranlah.
Melatalah di muka bumi ini atas nama cinta Allah dan Rasul Nya~
Kerana cinta itu, permaidani kehidupan.
Menguatkan jiwa.
Bukankah Allah menciptakan kita dengan penuh cinta?

Semoga Allah Redha

Dia.



Dia.
Dia.Saya amat hormati dia suatu masa dahulu.
Ilmunya menggunung amat jauh berbanding dengan saya.
Dia yang saya kenal dahulu cukup indah.
Menjaga penampilan, berilmu dan menjaga ikhtilat.
Jika dahulu dia yang saya kenali, amat menjaga pergaulan.
Kata-katanya dijaga.
Tidak bercakap dengan ajnabi perkara yang tidak berfaedah.
Namun, dia yang dahulu sudah hilang.
Hilang, dibuai kesenangan duniawi.

Dia.Perubahan dia mungkin tidak disedari olehnya.
Saya yang sedari juga mereka yang prihatin tentangnya.
Saya banyak belajar daripadanya.
Dia sering berkongsi tentang ilmu.
Ilmu yang manusia sering terlupa.Ilmu tentang kiamat ini sudah hampir!
Tetapi, sekarang saya sudah tidak mendengar dia berkata lagi tentang ilmu.
Saya sedih.Juga mereka yang dahaga nasihatnya turut menangis sama akan perubahannya.

Dia.Amat senang berada di samping dia.
Kami bersama-sama membesar dalam dunia penuh cabaran.
Saya juga sudah berubah.Dia juga turut berubah.
Tetapi, mungkin perubahan dia tak mampu mengawal dirinya.
Dia di samping rakan-rakan baru.
Dia tampak ceria.tutur katanya berbeza.
Saya lihat dia bergaul dengan ajnabi.Depan mata saya.
Dia tampak bahagia dengan kehidupannya yang sekarang.

Dia.Adakah dia tahu yang kami mahukan dan rindu dia yang dahulu?
Dia yang dihormati kerana keimanannya yang tinggi.
Jiwanya yang kental terhadap pelbagai ujian.
Dia berubah kerana seorang lelaki.
Lelaki yang mengubahnya.
Lelaki itu, tolong kembalikan dia.
Rakan-rakannya yang baru, tolong pulangkan dia kepada Pencipta.
Tolong!
Kami perlukan dia!Dia sudah jauh daripda kami.
Kami mahukan dia yang dahulu.

Diri ini hanya mampu berdoa untuk dia.
Agar dia menjadi dia yang dahulu, juga dia yang hebat.
Dia pernah berkata kepada saya,
"Aku nak jadi pemimpin, aku nak ubah dunia, nak ubah fikiran orang"
Saya hanya mampu berkata,
"Insya-Allah, berdoalah banyak-banyak.Semoga Allah perkenan"

Dia. Adakah dia masih ingat kata-katanya.
Dia dalam kekeliruan yang nyata.
Kembalikan dia ke jalan yang lurus.
Jadikan yang kusut dan keliru itu lurus.


Semoga Allah Redha

Tuesday, 13 March 2012

Dosa dan Lalat



Dosa.Cukup biasa orang melihat.
Apakah perasaan anda jika melakukan dosa?
Bukan anda sahaja,
Saya juga.
Sama-sama melakukan dosa.

Ada yang anggap dosa sebagai seekor lalat yang hinggap di hidung.Dikuis pegi.
Dan kita akan lupa pada lalat itu.Biarkan sahaja.
Adakah begitu?

Saya terlihat mereka sedang asyik dengan hiburan.
Ada juga yang lalai dengan talian teman hingga tertinggal taliannya dengan Ilahi.
Saya dan mereka dilalaikan oleh Dunia seketika.
Saya bimbang jika saya dan mereka diambil nyawa sebelum sempat bertaubat.
Kami penghafaz Quran.
Hiburan dunia yang secubit sudah lalai.
Inikan lagi mereka di luar.

Saya menangis.Cukup bimbang.
Kami ini yang dikatakan da'ie ini melakukan dosa sama seperti yang di luar sana.
Hati ini sungguh kotor.

Saya melihat lagi seorang teman.
Dia sama seperti saya.Saya amat menyayanginya.
Namun, dia sudah lain.
Matanya yang bening dan menjaga sudah tiada.
Kata-katanya kepada ajnabi dijaga juga hilang.
Gelaran kaki ilmu terbuang entah ke mana.
Semuanya kerana hiburan dunia.
Secebis cuma!

Lantas aku berdoa.Doa seorang hamba kerdil kepada Penciptanya.
Aku berdoa agar dia disedarkan dan dibawa jauh daripada kelalaian dunia ini.
Aku juga mahu menjadi seperti mereka yang diberi rahmat dan hidayah olehNya.
Berharap..Hanya doa yang mampu ku tuturkan.
Ameen...

Semoga Allah Redha

Sabar.


Sabar.

Cukup indah jika dilihat

Tampak kuat dan hebat

Hanya dengan bersabar.

Jadilah penyabar seperti Ayub alaihissalam

Walau penyakitnya melanda

Imannya kukuh terhadap Pencipta

Sabarnya

Membawa dia ke syurga

Kerana berkat kesabarannya

Allah mengangkatnya

Sabar.

Sabar atas segala

Bersabarlah

Agar kita tampak Kuat

Jadikan aku orang yang sabar

Walau hanya sekelumit cuma

Letakkan aku dalam kalangan orang-orang yang bersabar

Ameen...

Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...