Saturday, 21 July 2012

Zalimkah aku?

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada hari ini, saya bersyukur kerana dengan kasih sayang daripadaNya, dapat saya hidup di atas muka bumiNya.
Menempatkan rasa cintaNya kepada semua hambaNya, tidak menzalimi hambaNya walau secebis.
Walau secebis.
Walau secebis.


Zalimnya saya mengkhianati kesetiaanNya.
Kejamnya saya melupakan kasih sayang dan nikmat daripadaNya.
Hinanya saya dibandingkan dengan para kekasihNya.
Sanggup saya biarkan dan tidak mengamalkan Kalam CintaNya.
Sehingga jauh dan jauh daripadaNya.
Sampai bila saya harus begini?
Adakah hingga kiamat?

Ya Allah,
hamba ini berlumur dengan dosa,
Kau ampunilah dengan maghfirahMu,
walau secebis,
Kau kembalikanlah hambaMu ini ke jalan lurusMu,
walau secebis,
jadikan cinta Kau lebih aku sanjungi
daripada cinta hambaMu,
Aku cinta Kamu.
Aku cinta Kamu.
Aku cinta Kamu.

Jadikan aku ahliMu.
Jadikan aku ashabulJannah.
Jadikan aku pencinta setiaMu.
Selamanya...

dinukil oleh:
-Pencinta Ilahi-

Semoga Allah Redha

Friday, 20 July 2012

Oh lelaki, Oh wanita

Puisi yang dicipta untuk didedikasikan kepada diri yang penuh dosa ini,
juga kepada muslimin dan muslimat yg saya sayangi keranaNya.
Selamat membaca!
Segala komen dan kritikan boleh ditinggalkan di ruangan komen.
Enjoy!


Oh lelaki,
indahnya kau bermadah puisi
mempamer kata-kata mengusik emosi
hinggakan bertaut hati
sentiasa bermain di fikiran sang bidadari.

Oh wanita,
mudahnya kau tertipu dengan kata-kata
membuatmu 'angau' setiap masa
bazirkan waktumu mengingati si dia
nafsu gembira
syaitan tertawa.

Oh lelaki,
jika kau rasa cintamu murni
adakah layak kau menganggu si tambatan hati?
dalam memuaskan nafsu sendiri
terperangkap dalam ujian duniawi.

Oh wanita,
kau kata cinta itu buta
namun hakikatnya kau buta menilai cinta
cinta yang kau anggap benar adalah dusta
tertipu dengan syaitan durjana
maruahmu tercalar hina.

Oh lelaki,
andai kau sayangkan si bidadari
peliaharalah maruah
jangan kau cemari
ikutilah syariat Ilahi
agar kau sentiasa dihormati.

Oh wanita,
letakkan kehormatanmu setingginya
pagari ia dengan duri malu
bentenglah ia dengan kesabaranmu
pelihara di dalam kaca kelembutan
supaya ia tidak kecacatan
kau cantik di sebalik kesantunan
kau hebat di sebalik kesabaran
kau dihormati di sebalik ketinggian.

Oh lelaki,
jangan kau calarkan mereka
jangan kau kotori mereka
jangan kau permainkan mereka
dengan pisau peluka
dengan debu-debu dosa
dengan permainan dusta
mereka adalah bidadari-bidadari syurga
jangan kau hereti ke dalam neraka
mereka perlukan bidadara
pimpin ke arahNya.

Oh lelaki,
Oh wanita,
aku sayang kamu kerana sayang daripadaNya
aku cinta kamu kerana cinta daripadaNya
satu kata hendakku kata
pelihara kehormatanmu sehebatnya
jadikan kamu penghuni syurgaNya.

Andai aku tersalah bicara
mohon maaf dipinta
bukan niatku mengguris luka 
tetapi inilah yang ku mampu lakar
sebalik sebuah puisi
yang terkandung 1001 mimpi
dari seorang Pencinta Ilahi...
~Nazratul Wahidah
22 Jun 2012
2 Syaaban 1433H 

Semoga Allah Redha

Sahabatku, dunia akhirat

kami bersahabat sehingga Syurga



apakah yang lebih berharga daripadamu
walau mentari malap
hadirmu memberikanku cahaya
hilangmu mengundang gelita
senyumanmu adalah pelita
murammu adalah derita

Sahabat
aku akan berdiri di sisimu
sentiasa
bersamamu
walau berjauhan
tetapi doaku tetap melayang menujumu

sahabat
aku tidaklah mengharapkan hartamu
namun kumengharapkan doamu
ukirlah senyuman setiap kali kau memandangku
sesungguhnya doa dan senyumanmu menghidupkan daku

sahabat
kau asipirasiku
inspirasi tika sempitku
penghibur tika lukaku
kau adalah rembulan jiwaku
Semoga ALLAH sentiasa merahmatimu
Kepada sahabat-sahabat yang saya sayangi keranaNya, andai saya berada di tepi jurang nerakaNya, hulurkanlah tangan-tanganmu, tariklah saya ke dalam syurgaNya yang indah dan menenangkan agar saya dapat bersama-sama hidup dengan awak selamanya.. amin

Semoga Allah Redha

Guru, Sungguh Kau Adalah Jiwaku!


Saya teringatkan para murabbi yang mentarbiyyah diri ini.
Sajak ini, saya buat khas untuk pendidik-pendidik dan terutamanya murabbi saya.
Enjoy!

Guru,
sungguh kau adalah jiwaku
Saban hari aku memerhatikan
langkah-langkah menutup kepenatan
wajah-wajah memberikan keceriaan
suara-suara yang membawa kebahagiaan
daripadamu wahai guru yang aku cintakan


Guru
Sungguh, guruku kau adalah jiwaku
bunga-bunga mekar yang tumbuh dalam hatiku
kaulah ibu, kaulah bapa
mendidik penuh tabah tanpa mengungkit jasa
Tulus memproses diriku yang banyak kerenahnya
membesar, membesar dan aku membesar
di bawah dodoian cinta dan kasihmu yang ikhlas keranaNya

Guruku,
 kau adalah jiwaku
kau kenalkan aku kepada Allah
membawa aku kepada Sunnah Rasulullah
menghidupkan hatiku dengan Islam
dan mengajarku agar hidup sebagai hamba dengan penuh amanah
aku takkan lupa, aku takkan sesekali lupa
apa ilmu yang kau tumpahkan
apa kasih yang kau curahkan
semuanya terpatri kemas dalam jiwa

Guruku,
jika aku mampu
inginku terbang ke awanan
memetik gugusan bintang sebagai hadiah tanda penghargaan
namun aku sedari
hatta jika aku mampu membeli seluruh dunia ini
tiada mampu untuk membalas jasamu guru
denganmu aku mampu berjalan
denganmu aku mampu terbang
menggapai apa yang aku cita-citakan
mendapat apa yang aku hajatkan

Guru,
sungguh kau adalah jiwaku
akan kubalas usaha dan penat lelahmu
akan kubayar perit dan jerimu
dengan menjadi hamba yang bertaqwa mengejar redhaNya
dengan menjalani kehidupan yang baik di atas jalanNya
agar nanti aku berdiri di hadapanNya
dan amal-amal kebaikanku ditunjuk sebagai tanda berjaya
aku akan berkata dengan lantang dengan penuh rasa bangga dari kalbu
"Sungguh yang mendidikku ke arah ini semua adalah guruku yang bernama itu dan itu"

Semoga Allah Redha

Sunday, 1 July 2012

Si Pendosa

Bismillah...


Pada hari ni genap entriku yang ke 100 setelah 1 tahun berkecimpung dalm dunia blog.
Takde ape yang ingin saya kongsikan, hanyalah sebuah puisi tentang "Si Pendosa".
Bacalah, moga bermanfaat!


Mereka terlena sendirian
dalam kegelapan malam yang mengasyikkan
sedang manusia terjaga
di saat kecerahan siang
walau matahri terik memancarkan sinarnya
mereka masih terlena
hanyut dibuai keindahan dunia

Si pendosa
sama seperti biasa
terus lalai dan leka
hidup dalam buih-buih hina

Datanglah sang pencinta dakwah mengeluarkan kata
cacian dan makian diludah segala
dihina mereka para pendosa
mereka buruk di kaca mata manusia
walhal mereka juga seprti kita
manusia.

Mereka masih dalam kegelapan
tiada siapa menyinarkan cahaya
menghulur tangan memimpin kejalanNya
mereka tahu mencerca
dai'e terus menghina
murabbi menganggap para pendosa
ibarat mayat yang tiada guna.

Wahai sang da'ie,
mereka butuhkan nasihatmu
wahai sang murabbi,
mereka dahagakan kasih sayangmu,
wahai kamu,
mereka perlukan bantuanmu,
ya,kamu yang sedang membaca!

Usah dihina para pendosa
mereka perlukan cahaya cintaNya
bimbinglah mereka ke jalan Pencipta
agar dunia terus menyala
gejolak rindukan iman
hati mantap pada Tuhan.

Wahai si pendosa,
Allah masih beri kita masa
walau dosa kita merimbun
sebelum nyawa sampai di ubun
sungguh,
Allah amat menyayangimu,
jangan kau sangkal kasih Tuhanmu
sungguh,
Dia mengasihanimu.

Nasihatku buat para da'ie,
usah kau cerca dengan kata-kata nista
menghukum mereka para pendosa
hingga mereka tersungkur
mereka tidak mampu berdiri
kaulah yang mampu membuatkan 
mereka bangun kembali
oleh itu,
berikan mereka ruang dan waktu
teruskan sinarkan cahaya itu.

2.7.2012
12.14 pm
~Nazratul Wahidah
dalam bilik

















Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...