Thursday, 28 November 2013

Warkah cinta.



Malam itu Maria menangis teresak-esak.
Imtisal mendekatinya kehairanan.
Seakan-akan mimpi buruk tertimpa atasnya.
"Imtisal, adakah kelekaan ana terhadap dunia menyebabkan Allah memberi petunjuk kepadaku?"
Maria seorang pelajar yang berpewatakan solehah.
Beliau seorang yang pintar juga alim terhadap permasalahan agama sehingga dipanggil 'faqihah'.

"Apa yang enti mimpi?"
"Ana mimpi sekolah kita  runtuh. Pada saat itu, ramai pelajar yang lalai terhadap perkara duniawi.
Sibuk dengan game 'bola'. Pelajar perempuan tak habis dengan mengumpat orang. Tiba-tiba satu gegaran yang dahsyat dan habis runtuh bangunan ni. Saat itu semua quran diangkat, quran sahaja yang tidak hancur, yang lain musnah. Ana takut..."

Tersentap. Takut.
Imtisal jauh memikirkan mimpi Maria.
Dia teringat akan mimpinya lalu.

Saat itu al-Quran yang dibacanya hilang ayat-ayatnya. Menangis dia mencari-cari ayat Quran.
Akhirnya di dalam mimpinya itu dia tersungkur rebah memohon keampunan Ilahi.

"Imtisal, enti rasa apa maksud mimpi ni?"

"Teguran Allah kepada para hamlatul Quran. Setiap hari kita hafaz Quran, tapi kita lalai untuk amalkan suruhanNya. Ibaratnya Quran yang kita baca tiada makna. Barakahnya tempat ini dahulu kerana Quran.
Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk kita bertaubat.

Kalam Allah itu berbicara.
Memohon supaya menurut perintahNya.
Surat cinta Allah buat hamba-hambaNya.
Adakah kita ingin mendustakannya?

"Sesungguhnya manusia di dalam kelalaian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Semoga Allah Redha

Saturday, 14 September 2013

STAM...???

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah...
Dapat kemasukan STAM.
Tapi ada halangan lain yang menyebabkan tak leh ambil STAM.

Mungkin ada hikmahnya.
Yang penting SPM ni...kena buat betul2.
Fihting!!!

Nak pergi Jordan jugak!
Nak ikut kak Fina n kak Azimah kt Al-Bayt...

Semoga Allah Redha

Tuesday, 6 August 2013

Reply

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...ku kuatkan jari jemariku untuk terus menaip. Seperti hari-hari biasa, saya update blog pd malam hari. Insya-Allah, malam ni entry berbeza daripada hari-hari sebelumnya.
Entry ni lebih kepada seseorang yang saya ingin tujukan.

*************
7/8/13-inbox-12.25 am
*************

Waalaikumussalam. Ramadhan bakal berakhir kurang daripada 24 jam. Bagaimana iman dan amal? Sudah cukup atau masih sekadar cukup sahaja?
Banyakkanlah bermuhasabah termasuk diri ana.

Selepas bulan-bulan yang ana dah lalui di Taman Tarbiyah iaitu di Maahad, ana semakin mempelajari banyak benda yang mungkin saudara dah lama tahu dan ana yang baru tahu. Satu benda yang ana baru sahaja pelajari iaitu...
"Dan berpeganglah kamu pada tali Allah..."
Maksud tali Allah di sini, agama Allah, hukum Allah. Tersentap rasanya bila faham makna tu. Acapkali ana lalai dengan ayat-ayat dalam naskhah cinta yang Allah turunkan buat hamba-hambaNya.
Setiap kali tahajjud,bercucuran air mata memohon ampun dari Ilahi.
Peliknya, kesalahan sama kembali diulangi. Memang memalukan.

Satu hari, rakan ana ada ucapkan terima kasih sangat2. Ana tanya, "kenapa?apa yang aku buat? "

"Kau telah sedarkan aku dari lena yang panjang."

"Hah??"

"Risalah yang kau tampal. Cakap pasal cam mana cinta Allah tak leh nak lekat kat hati sebab dah banyak cinta manusia dan dunia kat hati aku."

Rupa-rupanya ana baru tersedar yang risalah tu sepatutnya, ana amalkan dulu baru ditampal. Astaghfirullah...

Jadi, apa sebenarnya yang ana  nak cakap, selama ni ana lebih takjubkan makhluk ciptaan Allah. Syaitan cuba tusukkan jarumnya dan menjadikan dunia ini indah-indah belaka. Ana hampir terlupa bahawa segala makhluk di bumi ini n isinya ada penciptanya dan Allah lah yang lebih hebat drpd makhluk tu.
Dan setiap hari, ana berdoa nakkan cinta Allah dan Rasulullah serta keredhaanNya.
Tapi layakkah jika cinta makhluk bersarang di hati???
Astaghfirullah....

Impian ana nak menjadi "gharimatullah" yakni perindu Allah dah lama.
Sekarang ana dah sedar. Kecapi cinta Allah dan Rasul lebih manis dan indah.
Ana berdosa.

"Dan sebaik-baik pendosa adalah yang bertaubat..."
Astaghfirullahalazim..
Ihdinas Sirathal-Mustaqeem
"Cukuplah Allah sebagai penolongku.." 



Semoga Allah Redha

Sunday, 4 August 2013

Ramadhan yang bakal pergi...

Bismillahirrahmanirrahim...



Allah..
sayu je, sedar tak sedar Ramadhan bakal meninggalkan kita. 

Bagaimana amal kita?
Semakin meningkat?
Atau sama seperti sebelumnya?

Teringat kata-kata ustaz saya.
Janganlah kita menjadi hamba Ramadhan. Apabila tibanya Ramadhan, mereka beribadat bersungguh-sungguh. Tetapi, apabila bulan ramadhan berakhir, amalannya kembali seperti biasa.
Allah...banyak lagi benda yang kita perlu baiki kan?Lagi-lagi tahun ni tahun saya ambil SPM.
Kadang-kadang rasanya, amalan saya sedikit berbanding preparation nak SPM.

Allah...malunya hambaMU ini terhadapMU.

Ibadat sikit, Harapan nak masuk JannahMu tinggi.
Layakkah aku???

Muhasabah...

Semoga Allah masih terima kita menjadi kekasih-kekasihNya.
Dan saya juga...


Sujudlah bersama orang-orang yang sujud...

Semoga Allah Redha

Saturday, 13 July 2013

Binalah kekuatan itu.

Bismillahirrahmanirrahim...

Saat allah datangkan ujian, di situ Allah berikan kekuatan.

Kau telah tetapkan buat hambaMu ini suatu ujian yang baginya amat berat di dunia ini. Sesungguhnya, dia tahu, ada ujian yang kau turunkan kepada hambaMu yang lain lebih berat daripada yang dia hadapi.

Sesungguhnya Ya Allah, ampunkan dosanya...
Pada Ramadhan yang mulia ini,

Dia merintih dengan penuh harap.

Dia dalam lumpuran dosa dan noda.

Berikan ketabahan padanya.

Berikannya semangat yang baru.

Amin ya Rabb.


Semoga Allah Redha

Saturday, 29 June 2013

Ukhuwah fillah abadan~

Bismillah...

Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan..
adakalanya perpisahan itu sememangnya tidak ku inginkan..
Takdirkan perpisahan ini pasti akan ada pertemuan di syurga kelak..amin~

Kami Mentee Ustazah Normayasari bt Md. Zaini..

Datangnya ustazah sebagai penyeri,
setiap detik bersama kami catatkan dalam memori,
agar semuanya terpatri,
di sanubari...

andainya perpisahan ini terjadi,
takdirkan kami bertemu di syurga hakiki..

di majlis makan malam rumah ustazah



Allah temukan kami di syurga hakiki...

Semoga Allah Redha

Friday, 28 June 2013

Something..


Tertawan pada manis senyumannya.
Terpesona dengan kesederhanaannya.


Dua bait ayat di atas sudah cukup.
Tak perlu dihuraikan.
Ku serahkan semuanya pada Ilahi.
Kerana Dia lebih mengerti.

  Ya Allah, jadikan hidupku dan matiku hanyalah kerana keredhaanMu...




Semoga Allah Redha

Saturday, 8 June 2013

Semangat 11A++ SPM bibarakatillah

Bismillahirrahmanirrahim...



Tahun ni saya SPM!

"Yeke?"

"Cam tak caye je."

"Hmm..pekse dah nak dekat. Apa persediaan saya?dan mungkin juga anda yang mengambil peperiksaan?"

Apakah respon anda? Rasa takut pula nak menghadapi peperiksaan besar. Peperiksaan yang menentukan masa depan.

Belajar, belajar juga. Tapi, adakah selama ni kita belajar kerana Allah? Belajar kerana nak dapat redha Allah? Kalau belum, mulakan lah!

Terkadang saya terfikir,kerjaya apa yang saya boleh dpt kalau SPM dpt gred rendah?
Boleh teruskan hidup ke?
Perkatan-perkataan mcm ni sebenarnya merosakkan kepercayaan kita kepada Pencipta kita. Iaitu Allah.

Allah yang menetapkan rezeki.
Allah yang turunkan nikmat.
Allah beri segalanya.
Sedangkan kita taksedar.

"Manakah nikmat TuhanMu yang kau dustakan?"
SPM kita gagal, tapi still dapat kerja yang hebat. Tak mustahil. Setakat mana kepercayaan kita pada ALLAH? Muhasabah...

Peperiksaan SPM memang menentukan masa depan. Jadi, belajar-belajar juga, ALLAH tetap nombor 1!

Teringat kata-kata ustazah saya:
Kalau kita berkira dengan ALLAH, ALLAH akan berkira dengan kita
ALLAH nombor 1, tapi SPM bukan nombor 2

Please pray for me and my friends to achieve this target-----> 11A+ bi barakatillah...

Semoga Allah Redha

Saturday, 1 June 2013

Mujahadah itu indah!

Bismillahirrahmanirrahim...


Sekali lagi post ini untuk tatapan, pembacaan dan penghayatan saya dan kalian. Semoga bertambah iman kita setiap detik.

Alhamdulillah, entri kali ni saya nak bercerita tentang MUJAHADAH

Apa itu mujahadah? Bagaimana hendak bermujahadah? Apakah balasannya?

Hmm..selalu kan dengar persoalan cam tu? Hakikatnya ramai yang tidak mengerti apakah sebenarnya mujahadah

Pengertian mujahadah ialah bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu.
Berkata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, Minhajul Abidin, "Hawa nafsu ialah musuh yang sangat keji dan hina malah mencelakakan serta sukar untuk dihindari." Oleh sebab itu, kita haruslah berwaspada.
Bagaimana hendak mendaptkan kekuatan bermujahadah? 

  • Kekuatan mujahadah hadir dalam jiwa dan diri seseorang. Jika kita sendiri benar-benar mahu, kekuatan itu automatik akan hadir walaupun payah.
  • Banyakkan berdoa mohon kepada Allah agar mengurniakan kekuatan bermujahadah.
  • Tinggalkan nafsu,ikutilah iman. Iman kita sentiasa akan menidakkan dosa kita.
Balasan?Hmm..kurang pastilah balasan mujahadah..ye ke?

Tentulah syurga!

Kemanisan iman!

Keikhlasan dan kemantapan ibadah!

Rasa ubud kepada Allah!

Jiwa tenang selepas bermujahadah dan meninggalkan dosa!

Syaitan akan menjerit NO!!! dan iman berkata YES!!!

alhamdulillah, rasa tenang kembali kepada pencipta kita. Pemilik sekalian alam. Tiada apa yang kita miliki hatta hati kita pun Dia yang milik dan pegang.

So, banyakkanlah berdo'a. Allah amat menyukai hamba-hamba yg memohon kepadaNya.

Semoga kita sama-sama menjadi makhlukNya yang kuat dan teguh bermujahadah melawan nafsu.

InsyaAllah :D
mujahadah memang payah,
kerana syurga itu indah.


Semoga Allah Redha

Saturday, 25 May 2013

Lonely


sahabatku,
aku terluka
tahu kah dikau?
atau aku ini tiada?
sebanyak pasir di pantai
lebih banyak cintaku di hati
semua untukmu sahabat

tetapi di mana diriku ini?
aku menangis
terluka
sebahagiannya keranamu
sebahagiannya kerana deritaku
tetapi di mana kamu?

sahabat,
aku tahu kau bukan tuhan
yang sentiasa ada dikala ujian
yang disisi bila hati kesenangan

kau manusia
tapi tahukah dikau...
aku ini manusia juga...
hilang dalam sepi
sunyi sedu sendiri
tanpamu sahabat kucinta
tahu kah dikau?
atau aku ini tiada?

-luahan hati utk dirasa

Semoga Allah Redha

Cara berkesan Study..

Bismillah..

Rasanya dah lama saya tak menulis. Terasa rindunya nak menaip kat blog ni.
alhamdulilah, PPT sudah berakhir,tapi..SPM belum lg..hehe
jadi, kene terus berusaha la kan?

Alhamdulillah, dengar khabar akak-akak ramai yg nak terbang ke timur tengah..Seronoknya tak terkata..
Kami di sini bakal merinduimu.

Yang tinggal di tanah air,teruskan perjuangan! Jangan mudah putus asa! Sesungguhnya Allah bersama kita..
Allah bersama kita sentiasa. Tinggal kita ingin mengingatNya atau meninggalkanNya
Sedikit nasihat :

  • Jika ingin melakar cita-cita, pastikan cita-cita setinggi awan di langit. Jika tak sampai target yg kita impikan,sekurang-kurangnya tak delah jatuh merudum ye tak?
  • Sebelum belajar, niatkan belajar utk Allah. Supaya hadirnya keberkatan.
  • Doakan mak ayah setiap hari.
  • Baca al-quran setiap hari. Jangan pernah tinggalkan Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran terkandung lebih drpd 1001 ilmu di dalamnya.
  • Solat fardhu jangan tinggal. Hadirkan kekhusyukan. Fokus dalam beribadah, jika anda boleh fokus dalam ibadah, insyaAllah..anda juga boleh fokus dalam pelajaran.
  • Qiamullail. Buat ibadah-ibadah sunat. Amalkan sunnah Rasulullah setiap hari walaupun sedikit.
  • Ulangkaji sekurang-kurangnya sejam sehari.
  • Selepas habis ulangkaji, berdoalah supaya diberi ingatan dan kefahaman.
Pesanan ini buat diri saya juga diri kalian..

Belajarlah kerana inginkan ilmuNya. Bukan setakat cemerlang dalam peperiksaan 
Gambar-gambar inspirasi di hatiku..
Add caption



Doakan saya yang terbaik!

Semoga Allah Redha

Friday, 29 March 2013

All about me :)

Alhamdulillah..praise to Allah
Bismillah...

Aku baik?
Tipu...

Aku jahat?
Mungkinkah?

Kadang-kadang aku keliru dengan diri aku..
Sampai sekarang.

Aku mula kenal kehidupan waktu aku form 4. Kenangan manis, pahit..semua aku dah lalui. Mula-mula, aku rasa cam tak mampu hadapi semua ni..
Tapi, cam tak percaya, aku dah laluinya!
Betul Allah kata...
Allah xkan turunkan ujian kepada hambaNya jika mereka tidak mampu.

Aku fikir balik, sebenarnya aku mampu, cuma minda aku sering kata "TAK BOLEH"

Dan..

Mungkin pergantungan pada Allah kurang, sampai aku terleka dengan dunia. Walaupun, aku tahu..Allahlah segalanya. Hati aku sentiasa menafikan perbuatan jahat yang aku lakukan. Tapi, malangnya..aku tetap lakukan..Astaghfirullah.. banyaknya dosa  aku.

Perbuatan yang dulu aku cukup benci orang lain lakukan,
Aku buat.

Time tu..syaitan n nafsu menguasai diri aku. Nafsu bermaharajalela. 

Iman, sememangnya turun dan naik. Bergantung kepada kita, adakah kita ingin membiarkan iman kita sentiasa rendah dan terus menurun hari demi hari?
Tentulah tidak!

Ambillah langkah bermujahadah!

Mujahadah memang pahit, kerana syurgaNya manis..

Terima kasih teman, kerana memahami~
Maaf, sebab aku yang membuat diriku hancur,di sebalik dinding kesolehan yang aku bina.
Ada sedikit lubang di situ.
Aku perlu tutup lubang itu semula.
Aku perlu tutup dengan iman..

Kau terlalu baik.,
Teruskan perjalanan!
Jom jadi baik!

P/s: Yang baik jadikan teladan , yang buruk jangan ikut! 
Sejujurnya..aku minta maaf!

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Semoga Allah Redha

Thursday, 28 March 2013

Tips Bertudung Labuh :)



Berikut adalah TIPS bertudung labuh buat sahabat yang baru-baru belajar untuk bertudung labuh :)

  1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
  2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…
  3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
  4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).
  5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
  6.  Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
  7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
  8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^
  9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
  10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.
Selamat bermujahadah!

Semoga Allah Redha

Sunday, 10 February 2013

080213 :D


Alhamdulillah..dengan izin Rabb
kami menggapai MUMTAZ itu!


Mabrook alaikum ya asdiqaie..
Perjuangan kita belum berakhir
Buktikan untuk SPM!

MITIB Terbaik SMA Selangor!
GPS : 1.46
Terbaik SMA : Aida...
congrats to Aida,kite  masuk kelas pra-syahadah ye nanti..
Terbaik SMATQ : Zainab..mabrook zainab!

Buktikan untuk SPM
Rajin-rajin belajar ye



Semoga Allah Redha

Friday, 25 January 2013

12 Rabiul Awal.


12 Rabiul Awal.
Tarikh kegembiraan.
Tarikh kesedihan ummah.
Rasul,
Kau datang bawa cahaya,
Untuk ummahmu semata-mata,
Cahayamu sehingga kini dpt dirasa,
Bahang hangatnya dakwahmu ya rasul.

Pemergianmu,
Ditangisi ummah.
tapi..kenapa aku susah untuk menangis?
Aku malu, mengaku cintakanmu
Sunnahmu tak dapat aku lazimkan.
Selawat utkmu jarang aku laksanakan.

Aku malu denganmu Ya Rasulullah.
Aku cintakanmu drpd kecintaanku kpd makhluk selainmu.
Maafkan ummahmu Ya Rasul.
Aku tak mampu menjadi ummah kebanggaanmu.

Sollu alannabiyil musthafa.






Kamu mencintai Rasul bukan?
Selawatlah atsnya.

Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...