Thursday, 28 November 2013

Warkah cinta.



Malam itu Maria menangis teresak-esak.
Imtisal mendekatinya kehairanan.
Seakan-akan mimpi buruk tertimpa atasnya.
"Imtisal, adakah kelekaan ana terhadap dunia menyebabkan Allah memberi petunjuk kepadaku?"
Maria seorang pelajar yang berpewatakan solehah.
Beliau seorang yang pintar juga alim terhadap permasalahan agama sehingga dipanggil 'faqihah'.

"Apa yang enti mimpi?"
"Ana mimpi sekolah kita  runtuh. Pada saat itu, ramai pelajar yang lalai terhadap perkara duniawi.
Sibuk dengan game 'bola'. Pelajar perempuan tak habis dengan mengumpat orang. Tiba-tiba satu gegaran yang dahsyat dan habis runtuh bangunan ni. Saat itu semua quran diangkat, quran sahaja yang tidak hancur, yang lain musnah. Ana takut..."

Tersentap. Takut.
Imtisal jauh memikirkan mimpi Maria.
Dia teringat akan mimpinya lalu.

Saat itu al-Quran yang dibacanya hilang ayat-ayatnya. Menangis dia mencari-cari ayat Quran.
Akhirnya di dalam mimpinya itu dia tersungkur rebah memohon keampunan Ilahi.

"Imtisal, enti rasa apa maksud mimpi ni?"

"Teguran Allah kepada para hamlatul Quran. Setiap hari kita hafaz Quran, tapi kita lalai untuk amalkan suruhanNya. Ibaratnya Quran yang kita baca tiada makna. Barakahnya tempat ini dahulu kerana Quran.
Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk kita bertaubat.

Kalam Allah itu berbicara.
Memohon supaya menurut perintahNya.
Surat cinta Allah buat hamba-hambaNya.
Adakah kita ingin mendustakannya?

"Sesungguhnya manusia di dalam kelalaian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...