Tuesday, 4 November 2014

Puisi Sepi.




Malam sepisembunyi gusar hati
Di celah helaan nafas yang terhenti
Kecai-kecai tangis sunyi
Sampai waktu binasa kembali.

Rasa yang tertangguh
Raga yang terbunuh.

Jalan-lari-terbang tinggi
Pusing langit sampai mati
Kutip semangat yang hilang pergi
Diri ingin bertemu Sang Ilahi.

Hati,
Apa lagi yang kaudustakan?
Inikah selama ini yang kauinginkan?
Sunyi sepi dari Tuhan.
Sendirian.

-Nazratul Wahidah
4.11.2014

Semoga Allah Redha

Tuesday, 29 July 2014

This we call Hubb

Kita tak  jumpa dia, tak contact dia, tak tahu khabar tentang dia tapi kita masih cintakan dia.

This is Hubb.

What?

Hubb=cinta.

Apa definisi cinta?

Hilal Asyraf kata- cinta ni hendak bersama dengannya di syurga, apa yang membawa ke neraka itu bukan dinamakan cinta.

Typical people- cinta ni suka sama suka dan ingin sentiasa bersama walau badai melanda, walau ribut taufan datang, walau dunia ni sudah tiada. (Kiamat)

Pandangan aku- cinta ni terselit dalam rangkaian doa sentiasa.

Abaikan definisi aku. (。・ω・)ノ゙

Ikhwan dan akhowat fillah sekalian,
Seperti kata-kata abam Hilal "ingin bersamanya di syurga" that means, cinta ni akan benar-benar dinamakan cinta jika kita tidak masuk ke neraka. Eh?
Pehe dok?

Bersama di syurga=tidak masuk ke neraka
Nak ke syurga mestilah patuh syariat. Melakukan perkara yg diredhaiNya dan menjauhi perkara yang ditegahNya.

Benda yang Allah suka, kita buat, amalkan lazimkan.
Benda yang Allah tegah kita jauh, tinggalkan.

Kalau couple tu, Allah redha tak?
Kalau kita jumpa dia nak lepas rindu, Allah redha tak?
Kalau call dia nak tanya khabar, Allah redha tak?

Persoalan tu sepatutnya dah lama kita soal diri kita ye teman-teman. ��

"Cinta itu indah, tetapi mnusia yang mencemarkannya dengan dosa"

Kalau dah suka sangat, kahwin jelah kan senang.

Tapi.. Tapi.. Tapi...

Kena cukup syrat, ada kematangan, dan.. Cukup ilmu pengetahuan.

Dah, takyah nk kahwin lagi, belajar dulu.

Jangan bercouple sebelum nikah, takut-takut perhubungan kita Allah tak redha, sampai ke tua nanti kang tak bahagia. (ToT)

أرجو من الله بعلي في المستقبال لا يعرفني قبل الزواج و صفاتي في القديم..

Eh kenapa entri kali ni pasal Hubb?

Tengah cinta la ni.
Cinta jarak jauh.
Tembak dengan doa dah cukup.


Semoga Allah Redha

Thursday, 17 July 2014

Sedikit

"Sebuah Renungan " :

Apakah Allah mencintaiku..?

Pertanyaan yang merayuku untuk intropeksi..

Kucoba membuka al qur'an..

Kudapati....
Allah mencintai orang orang yang sabar..
kulihat diriku......
ah betapa sedikitnya kesabaranku..

Kudapati....
Allah mencintai orang orang yang berjihad..
ku lihat diriku..
amat lemah untuk melawan nafsuku..
kurang kesungguhanku untuk selalu menaatiNya......

Kudapati......
Allah mencintai orang orang yang berbuat ihsan..
apalagi ini..
teramat jauh diriku dari derajat ihsan....

Hatiku gundah........

Tak ada tanda pada diriku bahwa Allah mencintaiku..

Kucoba kembali membaca al quran..

Kudapati......
Allah mencintai orang orang yang suka bertaubat..
aku segera merenung..
mungkin.....
Ayat ini untukku dan yang sepertiku.....

segera lisanku berucap..
astaghfirullah wa atuubu ilaihi..
astaghfirullah wa atuubu ilaihi..
semoga ini membuat Allah mencintai diriku..

ya Rabb.......
Ampuni dosaku......

(Ust. Badrusalam, Lc)


Semoga Allah Redha

Bumi Palestin

Anak-anak Palestin bagi aku anak-anak yg paling hebat.

Zaman kegembiraan kanak2 tak pernah dirasai mereka.

Lawan.

Lawan.

Ataupun syahid.

Syurga Ilahi tetap menanti.

Tenanglah dikau para mujahidin cilik. (=^_^=)


Semoga Allah Redha

Tuesday, 15 July 2014

Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim...

Apabila topik kahwin menjadi bualan.

"Aku nak sebaya"

"Ciri2 calon aku dah ada"

Semua heboh mengatakan indahnya hidup selepas nikah.

Melainkan aku.

Semua tak sabar nak nikah kecuali aku.

Punya tanggungjawab yg lebih besar.

Menuntut ilmu.

Ummi abah.

Teringat kata-kata ustazahku," tiada kemanisan yg lebih manis selain menuntut ilmu"

Jadi, persiapkan diri dgn ilmu yang mantap barulah boleh melahirkan ummah yg berilmu.

Sesungguhnya anak-anakmu kelak mengikuti perangaimu ketika ini, maka kauperbaikilah akhlakmu.


Semoga Allah Redha

Aku Hanya Hafiz.

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku teringat conversation kat satu grup wasap. Conversation antara seorang perempuan dan lelaki hafiz.
Sila fahami baik-baik.

P-"Tak sangka enta macam ni. Dahlah budak tahfiz."

L(Hafiz)- "ولدت بشرا ولست مرسلا"

P-"???"

L-"كان البال ضيقا وأرجو عميقا"

----Conversation Tamat-----

"ولدت بشرا ولست مرسلا"--- bermaksud: Aku dilahirkan sebagai manusia dan aku bukanlah yang diutus (Rasul)

"كان البال ضيقا وأرجو عميقا"---bermaksud: Sesungguhnya pemikiranmu sempit dan aku berharap kau mendalaminya.

Faham tak?
Speechless sebenarnya.

Mula-mula aku masuk sekolah maahad, kata- kata pertama yang keluar daripada mulut abah;
"W telah dipilih Allah dalam kalangan berjuta manusia untuk hafal Al-quran. Jadi, jaga amanah Allah ni"
First impression bila aku tahu seseorang tu penghafaz AlQuran, budaknya mesti hebat, wara', baik dan paling penting!!!tidak meningkari perintah Allah, alQuran dan tak buat maksiat.

Bilamana aku sendiri yang masuk dalam bidang ni, barulah aku tahu sesuatu.

Kami hanya hafiz.

Kami hanya penghafaz AlQuran.

Kami bukanlah maksum.
Kami bukanlah maksum.

Dan bilamana kami buat dosa, Mengapa masyarakat menyalahkan,"di manakah perilaku 30 juzuk yang dihafal? adakah sekadar hafaz?"

Beng. Beng. Beng. :3

Jangan salahkan AlQuran jika perilaku kami tidak secantik akhlak Rasulullah.
Sesungguhnya, Demi Allah hingga hari kiamat, alQuran adalah secantik-cantik kalam, sebaik-baik kitab!

Kebanyakan hafiz hanyalah penghafaz AlQuran tapi kami cuba untuk mengamalkannya.

Wahai para huffaz,
Ketahuilah bahawa ayat "Kami bukan maksum" bukanlah tiket untuk kau melakukan dosa lebih banyak. Malah, masyarakat di luar sana merupakan mata-matamu. Alangkah indahnya jika satu dunia ini memiliki akhlak seperti akhlak Rasul. Kau punya amanah, peliharalah sebaiknya!

Ingat, kita sebenarnya bukan hanya Hafaz, tetapi kita Hafiz. :)

Semoga Allah Redha

Monday, 30 June 2014

Rotan

Bismillahirrahmanirrahim..

Eheh, entri lagi.

Kali ni pasal rotan. Kisah rotan.

Dulu masa kecik-kecik memang dah biasa kena rotan. Sampaikan aku tak takut dengan rotan. almaklumlah nakal kan dulu-dulu.

Bila masuk sekolah rendah, cikgu rotan aku sebab tak dapat A dalam BI pun dah biasa.
Kalau markah 78, 2 kali la kena rotan. Kalau 70, 10 kali. Kalau 50 maybe cikgu bagi diskaun kot. :3
Rotannya pelbagai jenis, nipis ada yang tebal. Semua pernah aku rasa.

Waktu sekolah menengah, time kat Maahad terchenta benda first yang aku perhatikan pada guru-guru ialah ROTAN. Rupanya rotan ni jarang aku temui kat Maahad. Selalunya kat kelas Hafazan Quran je yang ada rotan. Kelas lain takde pon.

Fuhh.. Lega.

Sampai satu ketika, aku pergi ke kelas tasmik hafazan muslimin.
Gurunya memang syadid. Kalau tak lancar habislah kena denda macam-macam, rotanlah dan sebagainya. (tak sanggup nak cerita)

Tapi.. hasilnya, anak-anak murid guru tersebut kebanyakannya mantap Al- quran, dikenali sebab banyak masuk pertandingan Hafazan Quran dan melata di merata tempat jadi imam khususnya imam tarawih.

Ada lagi..

 Guru Kelas tasmik hafazan muslimat pon ada yang syadid. Tak lancar satu ayat, rotan. Salah sikit rotan. Tajwid salah, rotan. Kadang aku yang tengok ni pon berair mata aku.
Tapi.. anak-anak murid ustazah ni memang mantap Quran. Tebuklah mana-mana, inshaa Allah boleh jawab. Eheh :3

Tapi.. Berbeza dengan kelas tasmik aku.

Ustazah aku bawa rotan certain time je.
Time tebuk Quran dekat-dekat nak syafawi.

Punyalah gerun dan seramnya kitorang time tu sebab ustazah bawa rotan. Ustazah yang lemah lembut dan tak pernah merotan orang bawa rotan?? Memang ajaib!

Aku tak lancar time tu. Ustazah hulur rotan. Perasaan cuak mula datang. (tak kesah pon)

"Nah, rotan ustazah",ustazah cakap kat aku.

*Terkejut*

"Rotan ustazah. Sebab ustazah tak jaga kamu betul-betul la kamu tak lancar. Memang salah ustazah."

Nada suara ustazah tenang. Tak marah. Time tu ustazah senyum.

Apalagi, mengalirlah air mata aku. Ingatkan aku seorang je nangis. Satu kelas nangis. Sedih.
Ustazah cakap macam tu.

"Tak pelah, biar ustazah rotan diri ustazah sendiri."

Maka banjirlah kelas kami selepas peristiwa itu.

T.T

Uhibbukunna fillah..

Ibrah : Setiap manusia ada cara mendidik dan mentarbiyah tersendiri. Ada yang syadid. Ada yang lemah lembut. Tapi, didikan yang terbaik adalah dengan hati. 

syukran kepada ustazah Maya, tak pernah garang dengan kami.
Kami sekelas berhati lembut termasuk ustazahnya. ihiks.


Semoga Allah Redha

Saturday, 28 June 2014

Daurah Lughah

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ni pasal daurah. Semua tentang daurah.

1 Jun 2014.

First time kena ikut kursus bahasa sebulan. Kalau dulu nak cakap arab dengan ust Erfan pon mesti bawak teman yang power arab. Sekarang, semua benda kena sendiri.
Bahagi ikut majmu'ah dan aku ditempatkan dalam majmu'ah ibn malik yang awesome.
Okay, ade 2 budak mits kat sini. Beware!

Minggu pertama

Argh!! Tensionnyee. Peraturan yang pelik. Kena cakap arab setiap masa. Tapi takpe, practice makes perfect. Sebab makin lama kita lazimi, semakin kita cintai perkara yang kita lazimi.

"Kenapa?"

"Nak sampai maqam taqwa kita kena paksa.
Paksa diri dengan istiqamah. Barulah ikhlas datang. Kalau dah datang ikhlas, kita akan sampai maqam taqwa. Maqam tertinggi! :D"

Bahasa Arab kan bahasa syurga!

Minggu kedua

Banyak sangat pertandingan.. Dah taknak ingat pertandingan semua tu.
Aku mula cinta pada bahasa arab hari demi hari.
Aku cinta pada ilmu yang dicurahkan para muhadirin.
Aku semakin faham ayat Quran dengan lebih mendalam.

Dan aku mula fahami... mengapa Para Muhadirin dan teman-teman di sini selalu memandang tinggi kepada para huffaz.

Minggu ketiga

Persekitaran di sini, Rakan-rakan di sini memang berbeza dengan Maahad. Barulah timbul rasa rindu pada tarbiah, rakan-rakan, dan biah solehah.

Tapi aku hargai segalanya.
Walau pemikiran kita berbeza,
Walau sifat kita berbeza,
Walau percakapan kita berbeza,
Kerana Allah lakukan semuanya pasti ada hikmah.

Hikmah yang tersembunyi.

Minggu keempat

Minggu akhir. Tapi sebelum berakhir, ada pertandingan yang besar-besaran la.
Debat dengan musamarah.
Dua-dua memang aku target taknak masuk.

Tapi...

Malam sebelum pertandingan... (di bilik pensyarah)

"Nazrah, azunnu anti munasib lil munazarah. Sautuki jamil wa 'ali....,"Ustaz Mu'tasim cakap kat aku.

"Lakin.. ana lam asta'id. Ana.."

"Tawakkal ala Allah.", Ust Mu'tasim berkata lagi.

Dipendekkan cerita masuklah munazoroh dengan perasaan tak ikhlas sebab gantikan orang.
Tapi aku jadi makin kuat lepas Alya cakap, "Bukan Ust yang pilih enti, Allah yang pilih.."

Alhamdulillah walhamdulillah. Menang munazoroh. :D



Saaytaqu ilaikum jamian..
Wa ahlaz zikrayat fi hazihi addaurah.
syukran alaikum.






qod intaha hazihi ad daurah.
28 Jun 2014 ^^

Semoga Allah Redha

Friday, 30 May 2014

Allah merancang dengan chenta.

Bismillahirrahmanirrahim...


Irsyad dan Irfan sekali lagi. Musim shitaa' kali ini menyebabkan mereka seperti belangkas, ke mana sahaja bersama. Ukhuwah lah katekan :D (yang ni sweet)

"Irfan, markah imtihan ana maqbul."

Irfan terdiam. Irsyad yang dikenalinya dahulu best student sejak dari tadika sampailah ke sekolah menengah.

"Enta tahu, kenapa Allah ciptakan semua dalam dunia berpasangan?", tanya Irfan.

"Irfan, apa kaitan dengan markah imtihan ana."

"Sebab ada kaitan lah ana tanya Irsyad."

Irsyad diam. Fikirannya runsing.

Malam-Siang

Lelaki-Perempuan

suka-duka

ujian-nikmat

berjaya-gagal

"Enta rasa kenapa Allah bagi ujianni buat enta?"

"boleh jadi kamu menyenangi sesuatu padahal ia tidak baik bagimu, boleh jadi kami tidak menyukai sesuatu padahal ia baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" Al Baqarah


"Allah nak enta usaha lebih bagi. Mungkin ada sekelumit riak dalam diri enta, menyebabkan Allah tarik sedikit nikmat. Apa yang penting, Allah nilai usaha kita. Usaha kita untuk dapatkan ilmu. Usaha kita untuk taqarrub denganNya. tu semua Allah nilai Irsyad."

Allah plans better. Allah knows better.

Allah bukan sahaja mengethui.
Bahkan Maha Mengetahui.

Dari gagal. Allah jadikan kita berjaya.Walau bukan dalam jangkauan kita, kita boleh jadi doktor, jurutera yang professional hatta seorang guru yang mendidik bangsa, itu semua perancangan Allah.

Sesungguhnya Allah merancang dengan chenta. Eheh :3

Allah lebih sayangkan hamba-hambaNya daripada seorang ibu menyayangi anak-anaknya.

Kebiasaanya manusia apabila kita meminta, meminta dan terus meminta, manusia akan marah.
Tapi berbeza jika kita meminta pada Ilah yang sudah menciptakan segala manusia, bumi serta isinya dan segalanya... Allah tetap mendengar dan memnunaikan permintaan hambaNya tiap masa. Hebat bukan? Subhanallah.. :')

Cari Allah dalam amalmu.
Cari Allah dalam ilmumu.
Cari Allah tiap waktu.

Jika bersedih. "Mengadulah padaNya."
Jika kau kecewa. "Rintihlah padaNya."
Jika kau gembira. "Berterima kasihlah padaNya."

"Dengan hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."Ar-Ra'd
"Ana.. kagum dengan enta, Irfan. Even markah enta dah tinggi, enta tetap nk tolong ana. Jazakallah.. "

"Irsyad, apa guna kawan kalau tak bantu membantu. Haza min fadhli rabbi. Nanti kalau aku ada kat jurang neraka, tarik aku. Jangan biarkan aku masuk neraka walau sekejap ye!"

Irfan dan Irsyad kembali ke mahallah.
Memerhatikan Shitaa yang berguguran menandakan November sudah tiba.

"Allah merancang dengan chenta"

ps: thanks for this quote :D


Semoga Allah Redha

Wednesday, 28 May 2014

Di mana hatimu

Bismillahirrahmanirrahim...


Tak bisa ku coba melupakanmu,
Mengapa kau buat luka hatiku,
Sekian lama aku menunggu,
Kasih.. di mana hatimu?


Sahabat-sahabat syurga sekalian, ingatlah..
Walau badai melanda,
Walau onak duri perlu kita tempuhi,
Walau jasad terbelah dua,
Selagi Tuhan ada bersama dengan iman,|
Tuhan takkan biarkan kita menderita.
Kecewa,
Sedih,
Gagal,
Semua itu ujian duniawi,
Bawa hatimu jika terluka,
di mana tingginya Allah terletak dalam hatimu?

Tahukah dikau, Allah lebih sayangkan kita daripada dirimu sendiri?

Lantas, perlukah kaucurang terhadapNya?

Tak bisa aku tanpaMu..




Semoga Allah Redha

Thursday, 22 May 2014

Tarbiyah daripada si cilik soleh

Bismillahirrahmanirrahim...

Orang mukmin itu.



Irsyad berteleku. Dia terdiam. Mungkin sedang mentadabbur alam milik Sang Ilah.

"Hebatnya Engkau Ya Allah, menciptakan daku bersifat sempurna, bisa berfikir dengan akal yang waras. Hebatnya Engkau Ya Allah menciptakan bumi cukup dengan udara yan segar tumbuh-tumbuhan yang mendamaikan. Hebatnya Engkau menciptakan daku berperasaan, suka akan keindahanMu ini"

Irsyad bermonolog.
Ada kalanya dia menitiskan air mata. Sebak.

"Aku tahu, Allah ciptakan ujian buat hamba-hambaNya supaya kami ini dapat menjadi hambaMu yang patuh lagi bersyukur"

Irfan mendekati Irsyad.

"Irsyad, kau kenapa? Macam ada masalah saja"

"Heh Irfan, mana ada."

"Kita sama-sama sahabat, kongsilah kesedihan kau dengan aku. Manalah tahu aku boleh tolong."

Kelibat seorang kanak-kanak riang yang berpakain lusuh, tidak berselipar sedang berjalan memimpin ibunya seorang buta. Lagaknya baik sekali, serta tutur katanya sopan melayani ibunya dengan penuh kasih sayang.

Irfan segera memanggil kanak-kanak itu ke arahnya.

"Adik, adik nak ke mana?"

"Saya hendak bekerja bang,"ujarnya sambil tersenyum manis.

"Rumah adik kat mana?,"soal Irfan lagi.

Adik itu terdiam tetapi mulutnya masih lagi mengulas senyuman. Kelihatan matanya bergenang menahan kesedihan.

Irsyad menghulurkan sejumlah wang kepada budak itu. "Nah, ni untuk adik makan, beli baju, beli selipar dan untuk mak adik."

Lantas si ibu segera menolaknya dengan baik. "Muhammad, selagi kita masih ada kudrat jangan sekali-kali kita meminta-minta pada manusia. Ingat, Allah ada. Setiap perbuatan kita dinilai oleh Allah. Pergantungan kita hanya pada Allah."

Kanak-kanak dan si ibu meninggalkan mereka.

"Irsyad, kau lihat. Ujian yang dilalui oleh mereka lebih hebat. Tetapi, mereka masih lagi percaya Rahmat Allah. Allah masih kasihkan mereka dengan beri ujian tersebut. Kita ni yang cukup dengan nikmat duniawi, ada lagi yang mengeluh."

Air mata Irsyad berguguran deras.

Jadikan daku HambaMu yang bersyukur.

Jadikan daku HambaMu yang bersyukur.

Jadikan daku HambaMu yang bersyukur.


"Nikmat TuhanMu yang manakah Kau dustakan?"


Semoga Allah Redha

Monday, 19 May 2014

Kaktus

Bismillahirrahmanirrahim.

Hamdalillah washukrillah fi kulli nikmat min fadhli rabbi.


Typical Kaktus. Heh.

I don't know why I love cactus.

Pernah dengar tak, wanita super solehah diibaratkan dengan setangkai mawar berduri. Kenapa mesti mawar?

Okayy. Physically mawar memang cantik, baunye memang harum. Thats why orang cakap wanita super solehah cantik luaran dan dalaman. Tetapi perisai wanita solehah tersebut adalah duri2 yang terdapat padanya menyebabkan syabab-syabab soleh atau super soleh malu untuk mendekatinya. MasyaAllah...

Typical mawar berduri.


Tapi... jika mawar berduri tu layu, tak dapat air ataupun matahari secukupnya mawar tersebut sudah lagi tidak cantik. Malah syabab yang tergila-gilakan mawar tersebut sudah lagi tidak memandang mawar yang cantik berduri.

Begitulah dianalogikan kepada wanita.

Wanita super solehah ibarat mawar berduri. Apabila mawar berduri tersebut sudahpun kecundang dan tidak lagi menjadi solehah, maka layulah ia.

Okayy. Apa kene mengena dengan tajuk entri ni pulak??

Kaktus.

Saya lebih suka wanita super solehah +tabah+berani diibaratkan sebagai kaktus.

Why??

Physically kita tengok kaktus tak cantik. Hodoh. Tak menarik.
Wanita Super Solehah tidak dipandang dan tidak memandang. -saidatina Aisyah R.A
Luaran kaktus yang tidak menarik menyebabkan syabab super soleh tidak memandangnya, apatah lagi mendekatinya.

Malah dalamannya yang cukup hebat menyebabkan ia lebih hebat daripada mawar berduri.

Di tengah padang pasir yang kering kontang, kaktus masih lagi mampu bertahan. Menunjukkan wanita super solehah ini tabah.

Sehinggakan bidadari pun cemburu padamu

Ka amtsail lu'luil maknun..
gambar hiasan


Penduduk syurga memperkatakan tentang dirinya.

"Aku lebih cantik daripada wanita-wanita di dunia"

"Tidak. Malah wanita super solehah yang mentaati Allah dan RasulNya. Lidahnya basah menyebut nama Allah. Mentaati perintah ibu bapanya selagi tidak membawa kepada kemungkaran dan suaminya bahkan lebih cantik daripada para bidadari di syurga"

Maka, bidadari pun cemburu. T-T

Siapakah yang hendak menjadi super solehah di mata Allah?

Taatilah perintah Allah.

Taatilah perintah Rasulullah.

Taatilah ajaran Al-Quran dan As-sunnah.

Jika diriku juga dirimu belum menjadi super solehah, maka ubahlah.
Jangan pernah memandang hina pada masa silammu. Tetapi bangkitlah dari masa silammu.
Keredhaan Allah yang kita para bidadari cari.

Maka jadilah cemburuan para bidadari.



 




Semoga Allah Redha

Tuesday, 22 April 2014

Pengalaman interview MAIS

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillahi rabbil alamin.

MasyaAllah, tabarakallah kepada sahabat-sahabat saya :D

Hamda lillah, wa syukrillah. Lega sikit la dah habis interview MAIS smlm. Nak cerita je pengalaman interview.

Mula-mula datang kat masjid biru putih kat Shah Alam. Datang-datang jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. So, cam susah sikit la nak study. So be prepared awal-awal jgn la nak harapkan korang akan bukak buku lagi pagi interview.

Sebelum masuk dewan tuk taklimat dapat pesanan daripada makcik Zainab
Nervous itu hanyalah perasaan. Perasaan itu boleh dikawal.
Ok, then masuk dewan taklimat.

Imtihan Qabul (Tahriri) 


  • -Al fahmu Masmu' (kemahiran mendengar)
  • Nahu
  • Sorf
  • Balaghah
  • Muthalaah
  • Bina ayat
  • Inshaa'
Ok, saya nak detaikan satu-satu pulak. Yg Al Fahmul Masmu' tu kena dengar betul-betul. Sebab ada perkataan yang maybe kite tak faham kan. Die macam teka-teki dalam bahasa arab. Tapi bukan la teka-teki pun.

Nahu sorf pulak macam biasa la kena i'rab, wazan semua tula.

Balaghah pun same, just keluar soalan sekolah menengah standard spm.

Inshaa' pula...

Ada 3 soalan. Suruh jawab satu soalan sahaja.

  1. Khutbah psl apa tak ingaat
  2. Qudwah Hasanah
  3. Al-Jaar
Alhamdulillah, saya jawab yang kedua. Qudwah Hasanah. Cerita pasal Rasulullah S.A.W. Sungguh, rasa nak nangis. Sebak bila tulis. Tak tahulah ayat betul ke tak.

Ok. Imtihan Qabul Tahriri ni 2 jam. Lepastu dia bagi rehat n be prepared tok ujian syafawi.

Imtihan Syafawi

Kena time dah nak azan asar.Panel penemuduga dah penat rasanya.
Ada 2 panel. sorang cakap arab. sorang lagi cakap melayu.


  • Perkenalkan diri dalam arab.
  • Tanya sekolah mana.
  • Siapa ust arab yang telah mengajar kamu.
  • Tarikh khatam. (Sebaik ingat ;p)
  • Mengulang tak kat rumah.
  • Tebuk Quran. Yang ni, mula-mula dia tanye, "Kalau saya tentukan ayat n surah kamu boleh sambung tak?" "Saya cuba ustaz"
  • Baca qita'ah yang takde baris.
  • I'rab

Panel melayu :

  • Perkenalkan diri.
  • Ceritakan tentang keistimewaan anda.
  • Kenapa nak belajar Jordan, kenapa tanak kat Malaysia.
  • Apa yang anda telah belajar di sekolah
  • Kalau dapat tawaran belajar lain, awak nak pilih Jordan juga ke?
Last tu sebelum keluar, "doakan saya ust ustazah"
"Kalau ada rezeki insyaAllah dapat.."

Ok, dah habis... Tawakkal dan redha dengan segala ketentuan allah. Sesungguhnya, kami telah berusaha.
Kita merancang. Allah juga merancang. Tetapi Allah lah sebaik-baik perancang
Tak perlu pertikaikan perancangan allah. Semua berlaku ada hikmah. Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah. 

Semoga Allah Redha

Friday, 11 April 2014

Bridge

Terasa. Haish.. Tu word yg paling tepat untuk aku sekarang ni.

Perit nak jalan dengan budak yang straight A's ni. Orang duk cakap pasal depa je.
Sepertinya depa jalan dengan tunggul. ye, aku macam tunggul. -,-

kawan-kawan,
Result ni sementara je. It something like a bridge to uni life.

So, enjoy your uni life!


Semoga Allah Redha

Thursday, 3 April 2014

Muslimah berpurdah


Semalam aku nampak ada orang pakai purdah pergi jpj test motor n kereta.

Semua mata memerhati.

Ada yang duk mengutuk, ada juga yang memuji.

Yang lebih sadis, orang sibuk memerli.

Haish...

Manusia 1 : "Bolehke pompuan ni lulus nanti. aku rase die fail la. Dahla pakai jubah, purdah lagi"

Manusia 2 : "Lawakla minah tu. Nak tunjuk die alim giler la tu"

Manusia 3 :" Die sebenarnya nak harapkan simpati pegawai jpj supaya bagi die lulus dgn pemakaian die la tu"

Hahaha...

Manusia, manusia.

Orang yang tak tutup aurat kau dok mengutuk. Orang yang tutup aurat sempurna pon kau mengutuk juga?

Cuba kita fikirkan kembali. Bagaimana para isteri Nabi Muhammad S.A.W berpakaian suatu ketika dahulu?

Adakah dengan bertshirt ketat dan berseluar fit? tambah ngan shawl singkat. Macam tu ke kawan-kawan???

Para isteri nabi pon berpurdah. Pakaiannya labuh, tidak jarang, seperti syariat Allah dalam al-Quran.

So.. kenapa kita anggap orang yang berpurdah pada zaman ini RARE???

Mungkin RARE di mata manusia.

Tapi tidak RARE pada sang Pencipta.

Teruskan pemakaian yang mengikut syariat.
Jangan kau pernah mengalah dengan cemuhan manusia.
Kerana Hidup di dunia ini hanyalah sementara.
Bersabarlah duhai para muslimat.

Si gadis itu pada zahirnya tampak miskin,
Hatinya penuh kekayaan syurgawi,
Martabatnya tinggi bersama Ilahi,
Hidupnya tenang tanpa cinta para lelaki.

Mampukah kita menjadi seperti dia,
Malamnya dihabiskan di atas sejadah,
Sang penggoda laknatullah menjadi semakin malu,
Kerana hatinya langsung tidak tertaut pada dunia.

Para jejaka alim ingin mengkhitbah,
Si Gadis itu tidakpon rebah,
Hatinya tetap tidak berserah,
Cintanya itu sepenuhnya pada Sang Ilah.



Semoga Allah Redha

Sunday, 30 March 2014

Nota hati

Apa yang kamu rasa elok buat kamu, tak semestinya elok buat kamu



Siapa yang boleh tipu hati?

Cuba lupakan segalanya.
Cepatlah masuk universiti...

lupakan.lupakan.lupakan :D

Semoga Allah Redha

Tuesday, 25 March 2014

Bukan pengakhiranku di sini..

Senyum. Tabahkan hati.

Ini result kau.
Ini usaha kau.
Tapi kau sepatutnya bersyukur sebab Allah kurniakan result yang melebihi usahamu sendiri.

Jadi, mengapa kau mahu bersedih?



okay, bersyukurlah atas resultmu itu.
Moga Allah lorongkan ke jalan yang baik.

Allah bersama jalan kebaikan... :D

Semoga Allah Redha

Thursday, 13 March 2014

Maaf

Setiap baris-baris kata yang ku baca bagaikan jalan hidupku, tiada lurus semua seolah hampa haruskah aku sesali...


Ada benda yang saya nak cakap kat sini.
Harap... ada orang baca.

Allah kurniakan hati ini,
Selembu-lembut hati,
Mudah dibentuk mudah juga dicemari,
Maka itu kau jagalah hatimu,
Sebagaimana cantiknya dirimu,
Indahnya perilakumu.

Aku ini hanyalah manusia,
Hamba pendosa bahkan hina,
Dengan teruknya diriku,
Jangan kau pernah hina,
Aku cuba,
Dan terus mencuba,
Menjadi seperti apa yang kau kata.

Aku dan kau,
Memang aku hanyalah aku,
Tidak tampil istimewa,
Buanglah aku,
Jika itu yang kaumahu.

Seandainya di setiap jalan yang kulalui mencacatkan perjalananmu,
Kupohon ampun dan maaf atas kerosakan ini.

Maaf
Maaf
Maaf.

Itu sahaja yang kumampu.
Teruskan perjalananmu.
Sejujurnya, aku tidak mahu merosakkanmu.



Semoga Allah Redha

Wednesday, 26 February 2014

Bingkisan rindu seorang teman

Salam alaik.
Aduhai.. pabila rindu bertamu di hati.

5.00 pm Kg Bandar

Sayu melihat kg Bandar.
Kosong. Sepertinya kosong.
Apa yang aku lihat hanyalah rerumput kering dan pohon-pohon yang melambai.
Seakan-akan memanggil kepulangan kita di sana.

Tiada lagi orang berjoging di waktu petang.
Padang bola sepertinya tiada orang.
Di manakah kamu semua wahai temanku?

6.30 pm, dewan makan.

Aku makan. Sunyi sepi.
Pelik. Tiada siapa nak jerit-jerit kah? Tiada siapa ingin berbual denganku?
Di manakah mereka?
Di manakah kamu menghilang wahai teman-temanku?

Ahh..
Rindu.
Adakah ini dinamakan rindu?
Rupanya perit sebegini rindu.

Tak sangka aku bakal merindui kalian.
Perangai kalian.
Celoteh kalian.
Ragam kalian.
Semuanya istimewa dan tiada siapa boleh mengubati kerinduan ini melainkan kamu!

Teman,
Maafkan aku jika aku membuat luka di sepanjang perjalanan kita.
Maafkan aku jika mengundang pelbagai kecewa di hati suci kalian.
Maafkan aku jika lidahku mengguris perasaan kalian.
Sungguh teman,
Aku merindui kalian.

Dan aku sentiasa berharap dan berdoa kepadaNya,
Agar aku bisa berjumpa selalu dengan kalian
Walau hanya dalam mimpi.
Itu cukup indah buatku.

Teman,
Aku memohon kepada Allah,
Agar kita bisa mengecapi kejayaan dan kebahagian di akhirnya.
Jalan kita panjang lagi.
Likunya mungkin banyak.
Oleh itu teman,
Bersabarlah.










P:S: Maaf, tak pandai nak menulis. Ni jelah yang aku mampu. :D

Semoga Allah Redha

Saturday, 11 January 2014

Sollu Ala Nabiyyil Mustofa :')

Maulid Rasul bakal tiba.
Persiapan?
Tak siap apa-apa.

Sedihnya tahun ni. 
Kata kau cintai nabimu, apa yang telah kau lakukan untuknya?
Kata kau adalah umat nabimu, adakah sunnahnya kau laksanakan?
Hiba rasa hati.

Terkenang memori indah tahun lepas.
Saat maulid bakal menjelang.
Lagu Law Kana Bainana sentiasa kupasang di asrama.
Syamail Muhammadiah dibacakan setiap petang.
Selawat atas nabi Muhammad semakin rancak di bibir.
Ya Muhammad,
mengingatimu menenangkan hatiku.
Perjuanganmu, pengorabananmu
tak bisa dibalas dengan wang dinar hatta seluas 7 lautan dunia sekalipun.
manakan bisa, tiada tandingannya.

Ya Rasullah,
malunya aku denganmu,
siapakah aku di sisimu?

Berselawatlah kamu ke atas nabi tanda kamu cinta padanya...



Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...