Sunday, 30 March 2014

Nota hati

Apa yang kamu rasa elok buat kamu, tak semestinya elok buat kamu



Siapa yang boleh tipu hati?

Cuba lupakan segalanya.
Cepatlah masuk universiti...

lupakan.lupakan.lupakan :D

Semoga Allah Redha

Tuesday, 25 March 2014

Bukan pengakhiranku di sini..

Senyum. Tabahkan hati.

Ini result kau.
Ini usaha kau.
Tapi kau sepatutnya bersyukur sebab Allah kurniakan result yang melebihi usahamu sendiri.

Jadi, mengapa kau mahu bersedih?



okay, bersyukurlah atas resultmu itu.
Moga Allah lorongkan ke jalan yang baik.

Allah bersama jalan kebaikan... :D

Semoga Allah Redha

Thursday, 13 March 2014

Maaf

Setiap baris-baris kata yang ku baca bagaikan jalan hidupku, tiada lurus semua seolah hampa haruskah aku sesali...


Ada benda yang saya nak cakap kat sini.
Harap... ada orang baca.

Allah kurniakan hati ini,
Selembu-lembut hati,
Mudah dibentuk mudah juga dicemari,
Maka itu kau jagalah hatimu,
Sebagaimana cantiknya dirimu,
Indahnya perilakumu.

Aku ini hanyalah manusia,
Hamba pendosa bahkan hina,
Dengan teruknya diriku,
Jangan kau pernah hina,
Aku cuba,
Dan terus mencuba,
Menjadi seperti apa yang kau kata.

Aku dan kau,
Memang aku hanyalah aku,
Tidak tampil istimewa,
Buanglah aku,
Jika itu yang kaumahu.

Seandainya di setiap jalan yang kulalui mencacatkan perjalananmu,
Kupohon ampun dan maaf atas kerosakan ini.

Maaf
Maaf
Maaf.

Itu sahaja yang kumampu.
Teruskan perjalananmu.
Sejujurnya, aku tidak mahu merosakkanmu.



Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...