Tuesday, 22 April 2014

Pengalaman interview MAIS

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillahi rabbil alamin.

MasyaAllah, tabarakallah kepada sahabat-sahabat saya :D

Hamda lillah, wa syukrillah. Lega sikit la dah habis interview MAIS smlm. Nak cerita je pengalaman interview.

Mula-mula datang kat masjid biru putih kat Shah Alam. Datang-datang jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. So, cam susah sikit la nak study. So be prepared awal-awal jgn la nak harapkan korang akan bukak buku lagi pagi interview.

Sebelum masuk dewan tuk taklimat dapat pesanan daripada makcik Zainab
Nervous itu hanyalah perasaan. Perasaan itu boleh dikawal.
Ok, then masuk dewan taklimat.

Imtihan Qabul (Tahriri) 


  • -Al fahmu Masmu' (kemahiran mendengar)
  • Nahu
  • Sorf
  • Balaghah
  • Muthalaah
  • Bina ayat
  • Inshaa'
Ok, saya nak detaikan satu-satu pulak. Yg Al Fahmul Masmu' tu kena dengar betul-betul. Sebab ada perkataan yang maybe kite tak faham kan. Die macam teka-teki dalam bahasa arab. Tapi bukan la teka-teki pun.

Nahu sorf pulak macam biasa la kena i'rab, wazan semua tula.

Balaghah pun same, just keluar soalan sekolah menengah standard spm.

Inshaa' pula...

Ada 3 soalan. Suruh jawab satu soalan sahaja.

  1. Khutbah psl apa tak ingaat
  2. Qudwah Hasanah
  3. Al-Jaar
Alhamdulillah, saya jawab yang kedua. Qudwah Hasanah. Cerita pasal Rasulullah S.A.W. Sungguh, rasa nak nangis. Sebak bila tulis. Tak tahulah ayat betul ke tak.

Ok. Imtihan Qabul Tahriri ni 2 jam. Lepastu dia bagi rehat n be prepared tok ujian syafawi.

Imtihan Syafawi

Kena time dah nak azan asar.Panel penemuduga dah penat rasanya.
Ada 2 panel. sorang cakap arab. sorang lagi cakap melayu.


  • Perkenalkan diri dalam arab.
  • Tanya sekolah mana.
  • Siapa ust arab yang telah mengajar kamu.
  • Tarikh khatam. (Sebaik ingat ;p)
  • Mengulang tak kat rumah.
  • Tebuk Quran. Yang ni, mula-mula dia tanye, "Kalau saya tentukan ayat n surah kamu boleh sambung tak?" "Saya cuba ustaz"
  • Baca qita'ah yang takde baris.
  • I'rab

Panel melayu :

  • Perkenalkan diri.
  • Ceritakan tentang keistimewaan anda.
  • Kenapa nak belajar Jordan, kenapa tanak kat Malaysia.
  • Apa yang anda telah belajar di sekolah
  • Kalau dapat tawaran belajar lain, awak nak pilih Jordan juga ke?
Last tu sebelum keluar, "doakan saya ust ustazah"
"Kalau ada rezeki insyaAllah dapat.."

Ok, dah habis... Tawakkal dan redha dengan segala ketentuan allah. Sesungguhnya, kami telah berusaha.
Kita merancang. Allah juga merancang. Tetapi Allah lah sebaik-baik perancang
Tak perlu pertikaikan perancangan allah. Semua berlaku ada hikmah. Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah. 

Semoga Allah Redha

Friday, 11 April 2014

Bridge

Terasa. Haish.. Tu word yg paling tepat untuk aku sekarang ni.

Perit nak jalan dengan budak yang straight A's ni. Orang duk cakap pasal depa je.
Sepertinya depa jalan dengan tunggul. ye, aku macam tunggul. -,-

kawan-kawan,
Result ni sementara je. It something like a bridge to uni life.

So, enjoy your uni life!


Semoga Allah Redha

Thursday, 3 April 2014

Muslimah berpurdah


Semalam aku nampak ada orang pakai purdah pergi jpj test motor n kereta.

Semua mata memerhati.

Ada yang duk mengutuk, ada juga yang memuji.

Yang lebih sadis, orang sibuk memerli.

Haish...

Manusia 1 : "Bolehke pompuan ni lulus nanti. aku rase die fail la. Dahla pakai jubah, purdah lagi"

Manusia 2 : "Lawakla minah tu. Nak tunjuk die alim giler la tu"

Manusia 3 :" Die sebenarnya nak harapkan simpati pegawai jpj supaya bagi die lulus dgn pemakaian die la tu"

Hahaha...

Manusia, manusia.

Orang yang tak tutup aurat kau dok mengutuk. Orang yang tutup aurat sempurna pon kau mengutuk juga?

Cuba kita fikirkan kembali. Bagaimana para isteri Nabi Muhammad S.A.W berpakaian suatu ketika dahulu?

Adakah dengan bertshirt ketat dan berseluar fit? tambah ngan shawl singkat. Macam tu ke kawan-kawan???

Para isteri nabi pon berpurdah. Pakaiannya labuh, tidak jarang, seperti syariat Allah dalam al-Quran.

So.. kenapa kita anggap orang yang berpurdah pada zaman ini RARE???

Mungkin RARE di mata manusia.

Tapi tidak RARE pada sang Pencipta.

Teruskan pemakaian yang mengikut syariat.
Jangan kau pernah mengalah dengan cemuhan manusia.
Kerana Hidup di dunia ini hanyalah sementara.
Bersabarlah duhai para muslimat.

Si gadis itu pada zahirnya tampak miskin,
Hatinya penuh kekayaan syurgawi,
Martabatnya tinggi bersama Ilahi,
Hidupnya tenang tanpa cinta para lelaki.

Mampukah kita menjadi seperti dia,
Malamnya dihabiskan di atas sejadah,
Sang penggoda laknatullah menjadi semakin malu,
Kerana hatinya langsung tidak tertaut pada dunia.

Para jejaka alim ingin mengkhitbah,
Si Gadis itu tidakpon rebah,
Hatinya tetap tidak berserah,
Cintanya itu sepenuhnya pada Sang Ilah.



Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...