Monday, 30 June 2014

Rotan

Bismillahirrahmanirrahim..

Eheh, entri lagi.

Kali ni pasal rotan. Kisah rotan.

Dulu masa kecik-kecik memang dah biasa kena rotan. Sampaikan aku tak takut dengan rotan. almaklumlah nakal kan dulu-dulu.

Bila masuk sekolah rendah, cikgu rotan aku sebab tak dapat A dalam BI pun dah biasa.
Kalau markah 78, 2 kali la kena rotan. Kalau 70, 10 kali. Kalau 50 maybe cikgu bagi diskaun kot. :3
Rotannya pelbagai jenis, nipis ada yang tebal. Semua pernah aku rasa.

Waktu sekolah menengah, time kat Maahad terchenta benda first yang aku perhatikan pada guru-guru ialah ROTAN. Rupanya rotan ni jarang aku temui kat Maahad. Selalunya kat kelas Hafazan Quran je yang ada rotan. Kelas lain takde pon.

Fuhh.. Lega.

Sampai satu ketika, aku pergi ke kelas tasmik hafazan muslimin.
Gurunya memang syadid. Kalau tak lancar habislah kena denda macam-macam, rotanlah dan sebagainya. (tak sanggup nak cerita)

Tapi.. hasilnya, anak-anak murid guru tersebut kebanyakannya mantap Al- quran, dikenali sebab banyak masuk pertandingan Hafazan Quran dan melata di merata tempat jadi imam khususnya imam tarawih.

Ada lagi..

 Guru Kelas tasmik hafazan muslimat pon ada yang syadid. Tak lancar satu ayat, rotan. Salah sikit rotan. Tajwid salah, rotan. Kadang aku yang tengok ni pon berair mata aku.
Tapi.. anak-anak murid ustazah ni memang mantap Quran. Tebuklah mana-mana, inshaa Allah boleh jawab. Eheh :3

Tapi.. Berbeza dengan kelas tasmik aku.

Ustazah aku bawa rotan certain time je.
Time tebuk Quran dekat-dekat nak syafawi.

Punyalah gerun dan seramnya kitorang time tu sebab ustazah bawa rotan. Ustazah yang lemah lembut dan tak pernah merotan orang bawa rotan?? Memang ajaib!

Aku tak lancar time tu. Ustazah hulur rotan. Perasaan cuak mula datang. (tak kesah pon)

"Nah, rotan ustazah",ustazah cakap kat aku.

*Terkejut*

"Rotan ustazah. Sebab ustazah tak jaga kamu betul-betul la kamu tak lancar. Memang salah ustazah."

Nada suara ustazah tenang. Tak marah. Time tu ustazah senyum.

Apalagi, mengalirlah air mata aku. Ingatkan aku seorang je nangis. Satu kelas nangis. Sedih.
Ustazah cakap macam tu.

"Tak pelah, biar ustazah rotan diri ustazah sendiri."

Maka banjirlah kelas kami selepas peristiwa itu.

T.T

Uhibbukunna fillah..

Ibrah : Setiap manusia ada cara mendidik dan mentarbiyah tersendiri. Ada yang syadid. Ada yang lemah lembut. Tapi, didikan yang terbaik adalah dengan hati. 

syukran kepada ustazah Maya, tak pernah garang dengan kami.
Kami sekelas berhati lembut termasuk ustazahnya. ihiks.


Semoga Allah Redha

Saturday, 28 June 2014

Daurah Lughah

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ni pasal daurah. Semua tentang daurah.

1 Jun 2014.

First time kena ikut kursus bahasa sebulan. Kalau dulu nak cakap arab dengan ust Erfan pon mesti bawak teman yang power arab. Sekarang, semua benda kena sendiri.
Bahagi ikut majmu'ah dan aku ditempatkan dalam majmu'ah ibn malik yang awesome.
Okay, ade 2 budak mits kat sini. Beware!

Minggu pertama

Argh!! Tensionnyee. Peraturan yang pelik. Kena cakap arab setiap masa. Tapi takpe, practice makes perfect. Sebab makin lama kita lazimi, semakin kita cintai perkara yang kita lazimi.

"Kenapa?"

"Nak sampai maqam taqwa kita kena paksa.
Paksa diri dengan istiqamah. Barulah ikhlas datang. Kalau dah datang ikhlas, kita akan sampai maqam taqwa. Maqam tertinggi! :D"

Bahasa Arab kan bahasa syurga!

Minggu kedua

Banyak sangat pertandingan.. Dah taknak ingat pertandingan semua tu.
Aku mula cinta pada bahasa arab hari demi hari.
Aku cinta pada ilmu yang dicurahkan para muhadirin.
Aku semakin faham ayat Quran dengan lebih mendalam.

Dan aku mula fahami... mengapa Para Muhadirin dan teman-teman di sini selalu memandang tinggi kepada para huffaz.

Minggu ketiga

Persekitaran di sini, Rakan-rakan di sini memang berbeza dengan Maahad. Barulah timbul rasa rindu pada tarbiah, rakan-rakan, dan biah solehah.

Tapi aku hargai segalanya.
Walau pemikiran kita berbeza,
Walau sifat kita berbeza,
Walau percakapan kita berbeza,
Kerana Allah lakukan semuanya pasti ada hikmah.

Hikmah yang tersembunyi.

Minggu keempat

Minggu akhir. Tapi sebelum berakhir, ada pertandingan yang besar-besaran la.
Debat dengan musamarah.
Dua-dua memang aku target taknak masuk.

Tapi...

Malam sebelum pertandingan... (di bilik pensyarah)

"Nazrah, azunnu anti munasib lil munazarah. Sautuki jamil wa 'ali....,"Ustaz Mu'tasim cakap kat aku.

"Lakin.. ana lam asta'id. Ana.."

"Tawakkal ala Allah.", Ust Mu'tasim berkata lagi.

Dipendekkan cerita masuklah munazoroh dengan perasaan tak ikhlas sebab gantikan orang.
Tapi aku jadi makin kuat lepas Alya cakap, "Bukan Ust yang pilih enti, Allah yang pilih.."

Alhamdulillah walhamdulillah. Menang munazoroh. :D



Saaytaqu ilaikum jamian..
Wa ahlaz zikrayat fi hazihi addaurah.
syukran alaikum.






qod intaha hazihi ad daurah.
28 Jun 2014 ^^

Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...