Tuesday, 29 July 2014

This we call Hubb

Kita tak  jumpa dia, tak contact dia, tak tahu khabar tentang dia tapi kita masih cintakan dia.

This is Hubb.

What?

Hubb=cinta.

Apa definisi cinta?

Hilal Asyraf kata- cinta ni hendak bersama dengannya di syurga, apa yang membawa ke neraka itu bukan dinamakan cinta.

Typical people- cinta ni suka sama suka dan ingin sentiasa bersama walau badai melanda, walau ribut taufan datang, walau dunia ni sudah tiada. (Kiamat)

Pandangan aku- cinta ni terselit dalam rangkaian doa sentiasa.

Abaikan definisi aku. (。・ω・)ノ゙

Ikhwan dan akhowat fillah sekalian,
Seperti kata-kata abam Hilal "ingin bersamanya di syurga" that means, cinta ni akan benar-benar dinamakan cinta jika kita tidak masuk ke neraka. Eh?
Pehe dok?

Bersama di syurga=tidak masuk ke neraka
Nak ke syurga mestilah patuh syariat. Melakukan perkara yg diredhaiNya dan menjauhi perkara yang ditegahNya.

Benda yang Allah suka, kita buat, amalkan lazimkan.
Benda yang Allah tegah kita jauh, tinggalkan.

Kalau couple tu, Allah redha tak?
Kalau kita jumpa dia nak lepas rindu, Allah redha tak?
Kalau call dia nak tanya khabar, Allah redha tak?

Persoalan tu sepatutnya dah lama kita soal diri kita ye teman-teman. ��

"Cinta itu indah, tetapi mnusia yang mencemarkannya dengan dosa"

Kalau dah suka sangat, kahwin jelah kan senang.

Tapi.. Tapi.. Tapi...

Kena cukup syrat, ada kematangan, dan.. Cukup ilmu pengetahuan.

Dah, takyah nk kahwin lagi, belajar dulu.

Jangan bercouple sebelum nikah, takut-takut perhubungan kita Allah tak redha, sampai ke tua nanti kang tak bahagia. (ToT)

أرجو من الله بعلي في المستقبال لا يعرفني قبل الزواج و صفاتي في القديم..

Eh kenapa entri kali ni pasal Hubb?

Tengah cinta la ni.
Cinta jarak jauh.
Tembak dengan doa dah cukup.


Semoga Allah Redha

Thursday, 17 July 2014

Sedikit

"Sebuah Renungan " :

Apakah Allah mencintaiku..?

Pertanyaan yang merayuku untuk intropeksi..

Kucoba membuka al qur'an..

Kudapati....
Allah mencintai orang orang yang sabar..
kulihat diriku......
ah betapa sedikitnya kesabaranku..

Kudapati....
Allah mencintai orang orang yang berjihad..
ku lihat diriku..
amat lemah untuk melawan nafsuku..
kurang kesungguhanku untuk selalu menaatiNya......

Kudapati......
Allah mencintai orang orang yang berbuat ihsan..
apalagi ini..
teramat jauh diriku dari derajat ihsan....

Hatiku gundah........

Tak ada tanda pada diriku bahwa Allah mencintaiku..

Kucoba kembali membaca al quran..

Kudapati......
Allah mencintai orang orang yang suka bertaubat..
aku segera merenung..
mungkin.....
Ayat ini untukku dan yang sepertiku.....

segera lisanku berucap..
astaghfirullah wa atuubu ilaihi..
astaghfirullah wa atuubu ilaihi..
semoga ini membuat Allah mencintai diriku..

ya Rabb.......
Ampuni dosaku......

(Ust. Badrusalam, Lc)


Semoga Allah Redha

Bumi Palestin

Anak-anak Palestin bagi aku anak-anak yg paling hebat.

Zaman kegembiraan kanak2 tak pernah dirasai mereka.

Lawan.

Lawan.

Ataupun syahid.

Syurga Ilahi tetap menanti.

Tenanglah dikau para mujahidin cilik. (=^_^=)


Semoga Allah Redha

Tuesday, 15 July 2014

Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim...

Apabila topik kahwin menjadi bualan.

"Aku nak sebaya"

"Ciri2 calon aku dah ada"

Semua heboh mengatakan indahnya hidup selepas nikah.

Melainkan aku.

Semua tak sabar nak nikah kecuali aku.

Punya tanggungjawab yg lebih besar.

Menuntut ilmu.

Ummi abah.

Teringat kata-kata ustazahku," tiada kemanisan yg lebih manis selain menuntut ilmu"

Jadi, persiapkan diri dgn ilmu yang mantap barulah boleh melahirkan ummah yg berilmu.

Sesungguhnya anak-anakmu kelak mengikuti perangaimu ketika ini, maka kauperbaikilah akhlakmu.


Semoga Allah Redha

Aku Hanya Hafiz.

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku teringat conversation kat satu grup wasap. Conversation antara seorang perempuan dan lelaki hafiz.
Sila fahami baik-baik.

P-"Tak sangka enta macam ni. Dahlah budak tahfiz."

L(Hafiz)- "ولدت بشرا ولست مرسلا"

P-"???"

L-"كان البال ضيقا وأرجو عميقا"

----Conversation Tamat-----

"ولدت بشرا ولست مرسلا"--- bermaksud: Aku dilahirkan sebagai manusia dan aku bukanlah yang diutus (Rasul)

"كان البال ضيقا وأرجو عميقا"---bermaksud: Sesungguhnya pemikiranmu sempit dan aku berharap kau mendalaminya.

Faham tak?
Speechless sebenarnya.

Mula-mula aku masuk sekolah maahad, kata- kata pertama yang keluar daripada mulut abah;
"W telah dipilih Allah dalam kalangan berjuta manusia untuk hafal Al-quran. Jadi, jaga amanah Allah ni"
First impression bila aku tahu seseorang tu penghafaz AlQuran, budaknya mesti hebat, wara', baik dan paling penting!!!tidak meningkari perintah Allah, alQuran dan tak buat maksiat.

Bilamana aku sendiri yang masuk dalam bidang ni, barulah aku tahu sesuatu.

Kami hanya hafiz.

Kami hanya penghafaz AlQuran.

Kami bukanlah maksum.
Kami bukanlah maksum.

Dan bilamana kami buat dosa, Mengapa masyarakat menyalahkan,"di manakah perilaku 30 juzuk yang dihafal? adakah sekadar hafaz?"

Beng. Beng. Beng. :3

Jangan salahkan AlQuran jika perilaku kami tidak secantik akhlak Rasulullah.
Sesungguhnya, Demi Allah hingga hari kiamat, alQuran adalah secantik-cantik kalam, sebaik-baik kitab!

Kebanyakan hafiz hanyalah penghafaz AlQuran tapi kami cuba untuk mengamalkannya.

Wahai para huffaz,
Ketahuilah bahawa ayat "Kami bukan maksum" bukanlah tiket untuk kau melakukan dosa lebih banyak. Malah, masyarakat di luar sana merupakan mata-matamu. Alangkah indahnya jika satu dunia ini memiliki akhlak seperti akhlak Rasul. Kau punya amanah, peliharalah sebaiknya!

Ingat, kita sebenarnya bukan hanya Hafaz, tetapi kita Hafiz. :)

Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...