Tuesday, 15 September 2015

Perginya kepada Tuhan

"Kalau kamu permudahkan urusan orang, Allah pasti permudahkan urusan kamu." -Ustaz Fauze
Langit mendung. Pagi Rabu seakan suram. Angin meniup sepoi-sepoi seakan-akan berduka juga. Perkhabaran tentang kesihatan ustaz yang kian merosot membimbangkan seisi Mitib. Mesej-mesej kelmarin terngiang-ngiang.

"Ustaz Fauze di wad kecemasan, minta doa semua."

"Ustaz dah rasa tak sedap hati. Ustaz memang kosong-kosong dengan dia, harap semua macam tu juga."- Ustaz Raof.

Sempat aku menziarahi sebentar tatkala dia terlantar. Pandangan aku kosong. Hati aku berkaca. Minyak wangi yang dipesannya masih lagi di tangan. Mungkinkah ustaz ini bakal bertemu Tuhan tak lama lagi?

Azam aku, aku nak beri sendiri minyak wangi itu padanya. Tetapi bukan rezekiku untuk berjumpa sendiri dengan dia waktu itu.

"Kamu nak ustazah passkan kat ustaz?", tanya isterinya.

"Tak apa ustazah. Saya nak bagi sendiri pada ustaz bila dia sedar nanti."

2014, Mitib

Aku melawat Mitib buat kali terakhir sebelum fly ke Jordan. Fikirku ingin meminta nasihat-nasihat daripada guru-guru dan adatlah orang menziarah ke tempat banyaknya didikan serta  mengenalkan aku pada Tuhan.

"Awak ni Nazrah ye? Nazratul Wahidah kan?"

"Haah ustaz.", aku tersengih-sengih malu.

"Awak belajar di Jordan kan nanti. Universiti apa?"

"Universiti Al al-Bayt, Mafraq."

Ustaz tersenyum. Giginya aku masih lagi ingat.  Dia menyeduh teh tarik lalu menyambung,

"Ustaz rindu Jordan. Walaupun sebulan je ustaz pergi sana. Ustaz rindu."

"Ustaz... nak kirim apa-apa ke? Kirim gambar ke, barang ke?", tanyaku.

"Belikan ustaz minyak wangi. Minyak wangi sana sedap baunya. Kamu balik bila?"

"Tak tahulah ustaz, mungkin tahun depan atau dua tahun lagi."

"Tak tahulah sempat ke tak kita jumpa lagi. Sekarang ustaz naik tangga pun dah tak larat. Yelah, dah nak meninggal agaknya."

Perbualan kami terhenti. Aku tahu tahap kesihatan ustaz semakin menurun. Badannya pun makin susut sekarang berbeza dengan tahun pertama aku di Mitib. Aku tak tahu bila kali terakhir aku dapat jumpa lagi ustaz.

16 September 2015

Mesej masuk. Aku dah rasa tak sedap hati.

"Al fatihah buat Allahyarham Hj Mohd Fauze bin Hj Bain yang telah meninggal dunia pada jam 2.30 pagi. Jenazah diuruskan di Kampung Bandar dan dikebumikan di sana. "

Macam mimpi ngeri. Semacam tak percaya. Aku mesej kak Azimah. Kakak Mitib yang paling aku rapat. Khabarkan berita yang sama.

Dia kata Ustaz Idris marah dia bila bagitahu dengan mesej sedih-sedih. Ustaz Idris tanya pada dia,

 "أين ابتسامك؟ أين تواضعك؟"

Kak Azimah pesan jangan bersedih atas pemergiannya. Allah lebih sayangkan dia.

Ustaz memang dah pergi.Tapi jasa dia, kenangan dengan dia, cerita dia akan aku ingat. Dia yang ajar aku cara nak buat video, guna pa sistem, cara ambil gambar.

"Nazrah, pegang handycam tu macamni, baru cantik ambil video."

"Nazrah, kamu dah pandai buat video kan sekarang. Buatkan video untuk hari kecemerlangan nanti."

"Nazrah, ustaz suka motosikal ni. Ustaz ingat nak beli nanti. Kamu rasa cantik tak?"

"Nazrah, bila ustaz dah meninggal, jangan lupakan ustaz. Bacakan Quran untuk ustaz."

Semoga ruh ditempatkan dalam kelangan para solihin dan di syurga Dia. Semoga bertemu lagi di sana, ustaz.

Dalam ingatan selalu.

Semoga Allah Redha

Wednesday, 8 April 2015

Cerpen : Dengan Al-Quran aku Mendapat Hidayah

“Sejak mengenalinya hidup aku berubah. Hati aku semakin dekat dengan Tuhan.”

Ada sebahagian manusia yang aku terinspirasi dengan kisah hidupnya. Aku mula bangkit, mula menghafal Al-Qur“Sejak mengenalinya hidup aku berubah. Hati aku semakin dekat dengan Tuhan.”

Ada sebahagian manusia yang aku terinspirasi dengan kisah hidupnya. Aku mula bangkit, mula menghafal Al-Quran, semua kerana inspirasi. Aku ingin ceritakan satu sosok tubuh pemberi inspirasi jiwa-jiwa yang sedang jauh dari Tuhan.

Tahun 2008, Masjid Al-Fateh.

Menjadi rutin harianku datang ke masjid mengikuti ayah setiap kali waktu solat. Kebiasaannya, kelihatan seorang tua berusia 60-an duduk di sudut hadapan masjid. Bersamanya pasti ada senaskhah Al-Quran yang tampak usang dan seutas tasbih di tangan.

Aku terpesona dengan alunan suara ketika dia mengaji. Gaya bacanya tak tumpah seperti qari-qari terkenal.

“Siapa pakcik itu? Sungguh sedap bacaannya seperti sudah belajar tajwid sejak kecil.” getus hatiku.

Setiap hari aku memerhatikannya. Dia yang aku perhati, tak putus-putus baca Al-Quran. Kadangkala terhenti membelek terjemahan ayat.

Sampai satu hari dia menegurku,

“Nak, buat apa di sini?”

“Tak ada apa pakcik,”aku menggeleng.

“Apa yang anak selalu perhatikan pakcik?”barangkali dia perasan aku sering          mencuri pandangnya senyap-senyap. Dia terus mengambil tempat di sisiku.
“Pakcik, setiap hari baca Al-Quran sampai berjam-jam saya perhati. Pakcik tak bosankah?”

Dia tersenyum dengan persoalanku. Tangannya terus membuka Al-Quran terjemahannya lalu membacakan sepotong terjemahan ayat.

   “Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang  meyakini.”
(Surah Al-Jasiyah :20)
“Anak, tak ada yang membosankan kalau baca Al-Quran berjam-jam. Pakcik ni pun dah tua, tak lama dah di dunia. Sekurang-kurangnya ada hujjah bila ditanya di hadapan Allah waktu di akhirat nanti. Itu sebab pakcik mula menghafal Al-Quran supaya mati nanti dia peneman kesunyian di alam kubur,” katanya sambil merenung lama Quran miliknya.

“Jadi, pakcik ni hafal Quran?”

“Alhamdulillah, sikit-sikit.”

“Bila pakcik mula menghafal? Apa sebab pakcik hafal Quran?” tanyaku ingin tahu.

“Panjang ceritanya , nak. Mula-mula pakcik orang biasa-biasa. Ibadat pun setakat buat yang wajib, solat lima waktu. Tapi, hidup pakcik tak tenang walaupun hidup mewah, rumah besar, harta beratus ribu. Sampaikan pakcik nak cari ketenangan habis beribu-ribu melancong ke sana sini.”

Dia menyambung lagi, “Satu hari, kebetulan pakcik tengah tengok tv rancangan Akademi Huffaz, ada seorang lelaki buta dia yang jadikan pakcik yang sekarang.”

Aku maklum akan rancangan televisyen tersebut merupakan realiti bagi pertandingan hafazan.
“Pakcik ingat lagi nama dia. Aiman tak silap. Umur baru dua puluh tahun tetapi sudah habis hafal satu Al-Quran. Hafazan dia paling bagus walaupun tidak dikurniakan penglihatan. Sejak dari itu, pakcik cuba baca Al-Quran yang dah lama berhabuk di rak. Pakcik hafal sikit-sikit. Fahami satu-satu ayat yang Allah cuba sampaikan, hayati dan cuba amalkan. Harta pakcik yang banyak pakcik beri kepada orang miskin sampai isteri pakcik minta cerai sebab harta tinggal sedikit,” kedengaran nada sedih di hujungnya.

“Alhamdulillah, hidup pakcik semakin tenang. Hanya sebab kalam Dia. Seolah-olah Dia sendiri bercakap dengan pakcik.”

Aku semakin berminat dengan ceritanya. “Jadi, dalam sehari pakcik baca berapa juzuk?”

“Tak banyak. 5 juzuk je dik.”

Tak banyak dia kata? 5 juzuk sangat banyak bagi aku! Banyak dia bercerita tentang kehidupannya, bagaimana cara menghafal Quran sehinggakan aku terinspirasi hendak menjadi sehebat dia.

Di akhir perbualan dia pesan, “Nanti cuba hafal Quran ye. Benda yang susah akan jadi mudah kalau kita ada azam yang tinggi.”

Sosok tubuh itu meminta diri untuk beredar. Pertemuan yang memberikan satu inspirasi baru dalam hidupku.

Tahun 2009

     Sekolah Tahfiz Sains, Kampung Pisang. Nama sekolah tertancap di mataku tatkala menjejakkan kaki di sekolah baru ini. Baru lagi dibina kira-kira setahun lalu. Walaupun rata-rata manusia tidak mengenali kewujudan bangunan tahfiz di cerok kampung itu.

Abah pesan, “Irsyad belajar di sini sebenarnya Allah yang pilih di kalangan beribu orang yang mohon. Allah sengaja atur Irsyad tidak dapat tawaran belajar di Sekolah Berasrama Penuh yang lain dan dapat pula sekolah di sini. Bukan calang-calang orang Allah pilih untuk jaga KalamNya. Ikhlaskan niat selalu. Hafal Quran bukan sebab nak jadi buah mulut orang atau kebanggaan umi abah. Irsyad hafal sebab Allah, tau.”

   Kata-kata abah aku semat kemas dalam ingatan. Pendokong untuk aku tetap kuat atas jalan ini. Pakcik yang aku jumpa hari tu di masjid seringkali waktu ‘outing’ aku meminta abah menghantar aku ke rumahnya.

Aku amat kagumi taman tarbiyah ini. Sungguh! Manakan tidak, di sekolah ini setiap waktu bising dengan alunan Al-Quran. Biah solehah dapat dirasa dan aku amat tenang dalam dunia Al-Quran.

Sampai pada ‘juzuk’ yang susah terkadang aku mula berasa futur. Kenapa susah sangat hendak lekat?

“Ustaz, kenapa susah ye hafal Quran?” aku bertanya kepada guru tasmikku.

“Sebab Allah pilih orang yang betul-betul nak jaga kalam Dia. Quran ni tak akan lekat pada hati yang main-main.”

Padu. Ibarat berdas-das tembakan terkena tepat di jantungku.

“Irsyad, tinggalkan perkara sia-sia. Bila dah jadi ahlulQuran, akhlak kita perlu seperti Al-Quran juga. Al-Quran itu cahaya dan tak akan sekali-kali turun pada hati-hati yang kotor. Kalau sekalipun kita ni jarang sekali melakukan maksiat, maksudnya Allah sengaja uji dan nak lihat sejauh mana usaha kita. Semua susah payah kita Allah nilai.”, pesan Ustaz Akram.

     Ya, aku akui. Aku memang bukan jenis yang cepat hafal. Kadang-kadang sampai dua bulan nak hafal sejuzuk. Setiap orang Allah uji dengan ujian berbeza. Ada kawan aku yang satu mukasurat dia boleh hafal dalam beberapa minit tapi Allah uji dengan masalah keluarga. Tak kurang juga ada yang cemerlang hafazan tapi kurang dari segi akademik. 

Teringat kata-kata pakcik tempoh hari,”Sedangkan dia yang buta boleh menghafal Al-Quran apatah lagi kita yang dikurniakan penglihatan.”

Tahun 2011

Saat semuanya sudah gah. Bangunan mulai terbangun satu persatu, semakin besar dan cantik. Tika itu Al-Quran bukan lagi fokus utama dan rutin harian yang disibukkan. Fokus utama pelajar-pelajar tahfiz adalah pelajaran kerana mahu memenuhi hasrat sekolah mendapat nama dalam akademik.

Mujur Allah menegur melalui mimpi seorang rakanku. Namanya Alif Afifi. Seorang pelajar yang terpelihara akhlaknya dan antara yang paling kerap bersama dengan Quran. Rakanku yang paling rapat.

“Irsyad, semalam aku mimpi buruk.”

“Aku mimpi sekolah kita ni roboh!”

“Apa?!!” aku terkejut sambil mataku terbeliak memandangnya.

“Dalam mimpi tu, semua orang sibuk dengan hal dunia sampaikan tiada ruang langsung dengan Quran. Lelaki sibuk bermain bola dan perempuan asyik berborak. Tiba-tiba ada satu gempa bumi dahsyat musnahkan sekolah kita.”

Aku jadi ketakutan. Memang aku tidak nafikan, suasana Al-Quran semasa aku berada di tingkatan satu memang ternyata amat berbeza dengan yang sekarang.
“Takut-takut taman tarbiyah yang susah payah kita bina dahulu musnah sekelip mata akibat tangan-tangan kita,”sambungnya dengan nada sedikit kesal.

Cuti Pertengahan Tahun, Tahun 2011

       Aku setia ke masjid bersama Quran milikku. Biarlah aku menjadi seperti dalam hadis nabi antara tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di hari tiada naungan.

      Mataku mencari-cari pakcik tua yang sentiasa memberiku inspirasi padaku dahulu. Boleh katakan setiap minggu aku berjumpa dengannya semata-mata hendak mengutip semangat. Namun hari ini tiada. Pelik? Mana dia menghilang?

Usai solat zuhur aku segera ke rumahnya.

Lot 528, Jalan Keluang.

Aku menekan loceng. Kelihatan seorang gadis di hadapan pintu menyambut kedatanganku. Barangkali anak perempuannya.

Aku terlihat pakcik terlantar di atas katil. Mukanya pucat. Badannya kurus seperti beberapa hari tidak makan. Namun yang mengagumkan aku, tangannya memegang kemas Al-Quran usang itu di dadanya. Mulutnya pula terkumat-kamit membaca Al-Quran.

“Esok ayah bakal menjalani pembedahan.”, gadis itu bersuara.

Pembedahan? Pakcik sakit apa? Hatiku resah dan tertanya-tanya. Mungkinkah pertemuan ini bakal berakhir?

Keesokannya, 
Institut Kanser Negara, Putrajaya

     Aku mendapat tahu daripada doktor dia mengalami kanser hati di tahap keempat. Luluh jantungku mendengarnya. Pakcik yang sentiasa dengan Quran ini bakal menemui ajalnya?

Aku merenung wajahnya. Mukanya pucat, namun tiada riak sedih mahupun kesakitan yang dia tampakkan. 

“Doktor, beri pakcik masa sejam sebelum pembedahan.”

Doktor menganguk memberi kebenaran. Beliau tahu pakcik ini amat sayang benar tinggalkan Al-Quran walaupun sekejap.

Aku menemani di sisinya. Dia membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Kadang-kadang menangis kecil. Rasa sayu hadir dalam jiwaku, sedih kerana sosok ini tak lama lagi Allah ambil kembali

Sampai akhir ayat 46 surah Al-Haj tangisan kecil semakin kedengaran,

فانها لا تعمى الأبصر ولكن تعمى القلوب التي في الصدور
 Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada”

Mungkin hati aku sudah mati hinggakan sambil lewa dalam pembacaan Quran. Sungguh, hati pakcik ini telah hidup dengan Al-Quran!

1 Muharram 1434 Hijrah bersamaan 15 November 2012

       Tarikh yang mengubah aku menjadi manusia. Sejak aku bertatih dalam dunia Al-Quran aku telah diajar agar bertanggungjawab atas hafalanku. Apa yang aku hendak perjawabkan di hadapan Allah kelak?

      Ramai yang mengucapkan tahniah di atas kejayaanku mengkhatamkan Al-Quran secara hafazan. Tak, bukan aku yang kalian perlu ucap perkataan itu sepatutnya ucapkan kepada pakcik itu. Dia yang mengubah aku menjadi aku yang hari ini.

1 Muharram 1433, 1 Muharram 1434. Kedua-duanya ada kisah yang berbeza. Sengaja aku memilih 1 Muharram biar sama dengan tarikh pemergian dia.

Tahniah kerana mengubah aku, pakcik!
Terima kasih atas inspirasi serta kata-kata semangat kecil.

Pakcik, izinkan aku tulis cerita hidupmu supaya orang lain turut terinspirasi sama seperti aku dahulu.

Kata-katanya terngiang-ngiang kembali.

“Pakcik nak nanti Quran yang temankan waktu dalam kubur.”

“Sekurang-kurangnya ada hujah yang kita nak persembahkan di hadapan Allah.”

Sungguh, kehadirannya menghidupkan jiwa-jiwa yang telah mati. Dia antara orang yang Allah sebut dalam Quran,

“Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya...”

Tuhan, hidupkan hati-hati kami dengan Al-Quran sepertimana Kau menghidupkan hatinya suatu ketika dahulu. Jadikan Al-Quran peneman kami di dalam kubur dan di syurga sebagai hujjah.

Dia yang bangkit kerana inspirasi,
Dan terus memberi inspirasi kepada lain.
Rahmati rohnya, 
Tunggu aku di syurga, pakcik!

Imtisal
Dalam bilik 
Sakan 2,
Mafraq, Jordan.
an, semua kerana inspirasi. Aku ingin ceritakan satu sosok tubuh pemberi inspirasi jiwa-jiwa yang sedang jauh dari Tuhan.

Tahun 2008, Masjid Al-Fateh.

Menjadi rutin harianku datang ke masjid mengikuti ayah setiap kali waktu solat. Kebiasaannya, kelihatan seorang tua berusia 60-an duduk di sudut hadapan masjid. Bersamanya pasti ada senaskhak Al-Quran yang tampak usang dan seutas tasbih di tangan.

Friday, 3 April 2015

Matahari dan Bulan.

"Dia yang menciptakan matahari dan bulan untuk makhluk-makhlukNya memikirkan"

Waktu kecil dahulu, aku mengagumi sang bulan. Hampir setiap malam  kulihat ke luar tingkap menunggu munculnya dia. Kalau aku ada hal sedih, selalu aku berdialog dengan bulan seolah-olah dia yang mendengar masalah aku.

Abah pesan, "Kalau suka bulan, suka jugalah pada Allah sebab Dia yang cipta bulan. Kalau bulan cantik, Allah itu maha cantik Wahidah."

Bila dah masuk alam sekolah menengah aku masih meminati dan mengangumi bulan. Sampai satu malam sedang aku memerhatinya, kawan aku pesan, "Jadilah seperti matahari, sanggup berkorban kerana bulan."

Aku cuba hadam apa yang dia maksudkan. Satu hari kakak beli buku 'Matahari' karya Hilal Asyraf baru aku tersedar sebenarnya bulan hidup kerana matahari. Matahari lebih berjasa.

Bulan hadir kerana cahaya matahari. Bulan cantik sebab cahaya matahari. Bulan hidup pun kerana matahari. Nah, nampak pengorbanan sang matahari lantas bulan yang dapat nama kerana kecantikannya, sinarannya di malam hari sedangkan sang matahari yang mengorbankan dirinya.

Sang matahari pula di siangnya bercapik memancarkan cahaya dan kehangatan. Lantas manusia mengeluh dan seringkali memarahi kewujudannya , "hai matahari, teriknya hari kerana engkau. Alangkah baiknya jika engkau tidak muncul." Walhal sang matahari hanya akur perintah Tuhannya walau ramai yang tidak sukakan kehadirannya.

Kerana sinaran sang matahari, kejelekan rupa sang bulan bisa ditutup.
Yang saban hari berkorban hakikatnya sang matahari.
Yang munculkan diri.

Tapi aku tetap tidak menafikan pada setiap makhluk yang Allah cipta, ada kelebihan masing-masing, ada tugasan tersendiri. Jika matahari sepanjang siang dan malam, bila masa manusia hendak berehat? Jika malam sahaja, bila masa manusia hendak mencari rezeki?

Dan aku mula mengakui, pada setiap ciptaannya memang tiada kesempurnaan. Tiada.
Dan pada Dia sahaja makna sempurna itu.

Maka, sembahlah Dia. Dia yang menciptakan bulan dan matahari pada peredarannya.

Ada kisah nabi Ibrahim dengan kaumnya yang menyembah makhluk dalam Al-Quran.

"Ketika malam telah menjadi gelap, dia Ibrahim melihat sebuah bintang lalu dia berkata, "Inilah Tuhanku" Maka ketika bintang tu terbenam dia berkata, "Aku tidak suka kepada yang terbenam."

"Lalu ketika dia melihat bulan terbit dia berkata, "Inilah Tuhanku." Tetapi ketika bulan terbenam, "Sungguh jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk dalam orang yang sesat."

"Kemudia ketika dia melihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Tuhanku, ini lebih besar." Tetapi ketika matahari terbenam, dia berkata "Wahai kaumku! Sungguh aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan."

(al-An'am 76-78)

Kisah cintanya aku pada bulan dan kagumnya pada matahari
aku rakamkan dalam memoir rasa
bukti aku dikurnia sifat suka
biar bulan matahari jadi saksi.

4/4/2015
Mafraq, Jordan.

Semoga Allah Redha

Saturday, 28 March 2015

Anak tangga.

Meninggalkan masa lalu.

Ada manusia yang hidup dalam kepura-puraan , senang dalam angan-angannya yang sudah jadi kenangan. Kakinya melangkah tetapi mata dan kepala masih lagi menoleh ke belakang.

Gelap akan  berganti terang, terang akan disusul gelap. Apa bezanya?
Kalau kehidupan manusia selalu berputar dan berputar lalu sejarah akan terus berulang, apa bezanya masa lalu dengan masa hadapan?
Hakikatnya kehidupan memang berputar. Boleh jadi sahaja sejarah akan berulang. Tapi dunia ini punya akhir. Kehidupan ada batasnya. Sampai waktu, yang terbatas ini diminta pertanggungjawaban.

Sesungguhnya saat ini adalah waktunya beramal dan tidak ada perhitungan, adapun kita di akhirat adalah saatnya perhitungan dan tidak ada waktu untuk beramal.  -Saidina Ali

Dalam keterbatasan waktu beramal ini, tidakkah begitu menyedihkan bila hanya kita isi dengan keluhan dan ratapan? Bukankah leher akan sakit jika asyik menoleh ke belakang?

Jadi, tatap masa hadapan dan melangkahlah!

Sebab masa lalu takkan ke mana-mana, kita lah yang akan berganjak pergi meninggalkannya.
Masa lalu macam anak tangga.

Dan anak tangga ada untuk dipijak lalu kita tinggalkan begitu sahaja, bukan untuk dihuni lama-lama.

Semoga Allah Redha

Thursday, 29 January 2015

Cerpen : Darah Perjuangan (ending)

klik untuk episod 7

Rayyan dan tentera muslimin yang lain menuju ke masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Mereka ternyata terlalu gembira dengan kejayaan ini walaupun jelas terpancar keletihan pada wajah.

                 Haikal al-Amin menjadi bilal pada subuh yang penuh syahdu itu. Suaranya yang merdu membangunkan umat Islam yang masih belum terjaga. Hati Rayyan tersentuh. Sudah sekian lama dia tidak menunaikan solat subuh di masjid.

                Solat subuh diimami oleh Syeikh Ali Abdul Rahim al-Hadad. Masing-masing menghadap Tuhan dengan penuh khusyuk. Tiba-tiba...

              " Aaaaaaaarghhhhhhhh !!!! ". Rayyan menjerit kesakitan. Jemaah lain menghentikan solat kerana terlihat darah megotori masjid suci itu. Dengan kekuatan yang ada, Rayyan mencabut pisau yang terbenam di perutnya. Rupa-rupanya, terdapat pengkhianat dalam masjid ini yang telah berusaha membunuhnya.

              " Rayyan !!!! ", jerit Professor Syakir.Beliau tersedar daripada mimpi. Wajah Rayyan yang pucat lesi masih jelas terbayang dalam mindanya. " Astaghfirullah al-azim. Mimpi rupanya". Beliau beristighfar.

                     **********************************************

              Prof Syakir mundar-mandir di dalam bilik itu. Beliau ternyata sanagt risau dengan ketidakpulangan Rayyan. Kebiasaannya, Rayyan hanya mengambil masa beberapa jam sahaja tetapi kali ini,sudah lima hari dia di sana. Tambahan pula, mimpi buruknya malam tadi benar-benar menggusarkannya.

            Tiba-tiba Prof Syakir merasakan badannya dipeluk daripada belakang. Beliau menoleh. Rayyan ! Belaiu berasa sungguh gembira dan memeluknya dengan erat.

            " Alhamdulillah, kitorang berjaya ! ", ucap Rayyan debgan penuh teruja.

           " Alhamdulillah..", Prof Syakir juga mengucap syukur. " Abang mimpi buruk malam tadi. Nasib baik, adik abang ni selamat, " balas Prof Syakir.

           Sedang mereka berbual-bual,mereka dikejutkan dengan kehadiran Daniel and the geng. Rayyan terdiam membatu. Mungkin kerana terkejut dan tidak menyangka kehadiran mereka. Pegawai yang bertugas membuka pintu bilik itu dan membawa Rayyan ke ruang pelawat.

             " Assalamualaikum", Rayyan tersenyum manis dan menghulur tangan untuk berjabat dengan Daniel dan juga mereka yang lain.

              Daniel terpinga-pinga kehairanan. " Aik ? sejak bila pula dia dah jadi malaikat ? ", bisik hati kecil Daniel. Dia menyambut tangan Rayyan dengan teragak-agak.

             " Aku...minta maaf", perlahan-lahan Daniel bercakap.

             " Cerita lamalah. No biggie. Aku dah maafkan ",Rayyan menepuk-nepuk bahu Daniel.

           " Tapi yang ni memang salah"

           " Apa dia yang salah sangat tu? cube hang habaq mai lagu mana? Aku lagi banyak salah dengan kau ", Rayyan sengih.

            " Kau ingat lagi ice lemon tea yang kau minum sebelum masuk sini? ",tanya Daniel.

           Rayyan membuntangkan mata. Tentulah dia ingat. Hanya kerana air yang telah dicampur pil khayal itu, dia dipenjara di sini. Dia berdiri kerana rasa marah membuak-buak. " Kau ke  yang masukkan pil khayal dalam air aku?"

             Daniel juga berdiri. " Tak, bukan aku !". Dia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. " Aku cuma masukkan serbuk gula-gula hacks supaya bila dia react dengan teh, teh akan jadi pahit. Lepas tu, kau akan cirit-birit"

           " Dan air tu...", Daniel menyambung. " Bukan aku yang beli."

          Rayyan menarik tangan Daniel untuk duduk di sisinya bersama-sama. Dia membisikkan sesuatu di telinga Daniel, " tapi air tu tak rasa pahit langsung".

               " Maknanya....", mereka berkata serentak. Mata masing-masing membulat.

           " Betul tekaan kamu berdua",suara seorang wanita menyampuk perbualan. Rayyan , Daniel and the geng memandang wanita itu serentak. Mereka kaget. Puan Amalina Azmi !!

           " Memang bukan Daniel yang bersalah. Sebenarnya AKU !" Puan Amalian ketawa dengan angkuh. Mereka terkejut bukan kepalang.

            " Cikgu ? ", Rayyan kehairanan.

             " Hahaha", gempita ruang itu. Beliau menuding jari kepada Daniel. " Kau hampir gagalkan rancangan aku. Asalnya aku masukkan pil khayal jenis masam supaya otaknya menjadi lemah. Tapi gula-gula kau menyebabkan air tu jadi neutral. Nasib baik air tu masih dapat cipta halusinasi untuk Rayyan ". Beliau merenung tajam. Daniel berasa gugup.

              " Tapi kenapa? Apa salah saya ? ", tanya Rayyan.

               Beliau ketawa lagi. Kali ini dengan lebih kuat. " Hey, kau memang tak salah. Aku cuma nak selesaikan ni", belia mengeluarkan sekeping cip kecil daripada beg tangannya. "Kau tahu ni untuk apa? "

            Rayyan menggeleng. Puan Amalina menyambung," Aku dapat tahu markah IQ test kau 250. Betul? "

            Dia diam lagi. Dalam hatinya,dia mengiyakan. Pada tahun lepas, dia pernah melakukan ujian IQ. Ternyata, markah IQnya dikatakan melebihi Albert Einstein.

           " Aku perlukan neuron otak kau untuk aktifkan cip ni. Bila cip ni berjaya aktif dan dimasukkan dalam remote SXX 14, akua akan berkuasa mencipta manusia segenius kau. Automatik, ekonomi Malaysia akan jatuh dalam tangan aku perlahan-lahan".

              " Tapi...",kata-kata Rayyan terputus.

              " Tak ada tapi-tapi ! ", tegas beliau menjawab. " Kau tak ada pilihan lain. Doktor Haniff bekerjasama dengan aku. Kalau kau cuba lari, akau akan pastikan akaun bank ayah dan ibu kau beku dan pelabur saham seluruh dunia takkan melabur lagi kat syarikat ayah kau !". Beliau ketawa dengan kejam.

             " Pap ! pap ! pap !", John yang sejak tadi diam, tiba-tiba menepuk tangan. Daniel meremung susk John. Dia mengutuk dalam hati, " Apa hal pula mamat ni nak tepuk-tepuk tangan? aku cepuk dia baru tahu ".

             " Hebat rancangan cikgu. Hebat. Kagum sungguh saya ", John bangun daripada duduknya.

            " Baru kamu tahu ? ", Puan Amalina menjawab. Berlagak sungguh bunyinya.

            " Tapi slack betul lah, cikgu ", Dia membalas sinis.

            " Hah? "

           " Cikgu lupa ke kat ruang ni ada 15 CCTV  yang open dan yang tertutup? ", John bertanya sambil tangannya menunjuk sudut siling ruangan itu.

           " Hahahahahaha". Belaiu ketawa angkuh. " Aku dah matikan awal-awal. Kau ingat aku bodoh ?! ", Puan Amalina menjerit lantang. Pinggangnya dicekak seperti gaya lady boss pula.

           John pula ketawa. Daniel dan Rayyan terpinga-pinga. " Ada lagi kamera cikgu belum matikan", John memberi senyum senget.

           " What ? " Beliau terkejut.

           John mengeluarkan iPad. Mata beliau membuntang. " Cikgu lupa iPad ni? Saya pernah bawa ke sekolah lah...". Daniel sengih. " Segala bukti, ada dalam ni. Heh, get ready to be a prisoner ". Dia menunjukkan cap jempol pada Rayyan. Rayyan membalas dengan cap jempol juga.

            Tanpa disangka-sangka, Puan Amalina Azmi berlari ke arah John dan menghempas iPad itu ke lantai. Jantung mereka bagai diragut kencang. John memandang beliau dengan rasa geram. " Cikgu tahu tak iPad ni mahal? "

           Pn. Amalina tersengih. " Kau memang materialistik kan? iPad je kau fikir. Ahhhh!!" Beliau menjerit.

" Aku tak hairan dengan iPad kau. Yang penting, bukti dah hilang ".

           " Saya tak bodoh,cikgu. Tadi saya dah upload video tu ke Youtube dan Facebook. Add lah saya kalau nak tengok video tu Tolong like sekali,ye". Dia bagai mengejek. Hati Rayyan sedikit marah. Seharusnya guru itu dihormati walau apa jua cara. Tapi nasib baik, John selamatkan dia. Alhamdulillah.

            Daniel tersenyum. " Hari ni, kau dan orang yang tak gila akan selamat".

            *************************************************************

Dua puluh tahun kemudian
20 April 2031
Jerusalem, Palestin

              Kehangatan Islam terasa di ruang Palestin. Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan bumi anbiya' ini ke tangan orang-orang Islam. Burung-burung berkicau riang. Pepohon melambai-lambai. Terasa syahdu di jiwa. Masjid Aqsa yang pernah dikotori dengan tangan Zionis Yahudi,kini suci malah diperluas 10 kali ganda agar dapat memuatkan jemaah yang bertambah bilangannya dari sehari ke sehari.

               Pada 5 tahun yang lalu, konco-konco Israel telah meruntuhkan masjid suci ini. Umat Islam seluruh dunia yang berjumlah 1.4 bilion terjaga daripada lena. Mereka yang selama ini lalai tanpa memikirkan soal jihad,bangun dan bersatu menentang Yahudi laknatullah. Meskipun kekuatan Yahudi itu tidak terkira namun apabila seluruh muslimin itu berpadu tanpa mengira bangsa, bahasa dan negara, mereka menjadi umat yang sangat gagah kerana memiliki Allah Yang Maha Gagah.

             Rayyan kini menjadi Presiden Palestin. Namanya harum di pelosok dunia kerana berjaya menukar Palestin yang asalnya ketinggalan zaman kepada negara yang termaju di dunia. Dia juga sangat fasih berbahasa Arab, Inggeris, Turki, Sepanyol dan Hebrew. Walaupun dia bukan anak Palestin namun kerana tingginya rasa hormat rakyat ini kepadanya, dia diangkat menjadi Presiden.

             Daniel and the geng telah menubuhkan Pusat Penyelidikan DNA termaju di dunia.Mereka telah menggunakan cip yang pernah dicipta oleh Puan Amalina Azmi dan menggantikan bahan pengaktif iaitu neuron dengan sejenis madu khas dari Romania. Setiap ibu yang hamil perlu hadir ke sana dua bulan sekali untuk dibacakan ayat al-quran dan anak dalam kandungannya itu akan diaktifkan otaknya melalui cip itu supaya bayi itu akan menjadi genius dan seterusnya membangunkan Islam.

          Professor Syakir pula memiliki Pusat Nukear terbesar yang dinamakan al-Hafeez. Al-Hafeez bererti penjaga iaitu penjaga keselamatan umat Islam. Amerika dan sekutunya telah diancam sekiranya mereka menyerang Palestin,al-Hafeez akan melancarkan nuklear yang akan menghancurkan negara mereka.

           Segala puji bagi Allah atas segala nikmat ini. Akhirnya, Palestin tersenyum kembali. Bendera yang selama ini dipijak,kini gah berkibar di puncak kemenangan.Subhanallah =)

            ************************TAMAT**************************

                                                                                  By : Nazrah El 

Nota kaki dari penulis : Tulisan ini adalah idea asal penulis. Tidak ada kaitan dengan hidup dan mati.
Tidak dibenarkan mengopy tanpa izin. hak cipta terpelihara. sekian.

Semoga Allah Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...